Archive for 28 Mei 2009

MESRA RAKYAT : YB. DATO’ SERI MOHD SHAFIE BERTEMU RAKYAT

Mei 28, 2009

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Program Mesra Rakyat anjuran KEMAS Daerah Semporna akan diadakan pada 30hb / Mei / 2009 bertempat di kampung Terusan Baru, Semporna.Program dijangka bermula jam 7.30 pagi dengan pelbagai aktiviti melibatkan kanak-kanak Tabika KEMAS. Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia akan merasmikan program ini.

 

pelan program mesra rakyat di sk. Terusan Baru Semporna

pelan program mesra rakyat di sk. Terusan Baru Semporna

DSC01568DSC01603DSC01529Lokasi program ini amat strategi sebagai salah satu kawasan yang menjadi contoh dalam pembangunan kampung-kampung dikawasan pedalaman.

Untuk perkembangan liputan program ini sila layari http://armendrah.wordpress.com

Kerajaan Tak Benar Chin Peng Balik Ke Malaysia: Najib

Mei 28, 2009

Kerajaan Tak Benar Chin Peng Balik Ke Malaysia: Najib

 

PUTRAJAYA, 27 Mei (Bernama) — Kerajaan tidak akan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali menetap di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kepulangan bekas pengganas itu hanya akan menimbulkan rasa tidak puas terutama sekali kepada pejuang negara dan ahli keluarga mereka yang terkorban angkara pemberontakan PKM dari tahun 1948 hingga 1981.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di sini Rabu ketika diminta mengulas saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan supaya kerajaan membenarkan Chin Peng pulang dari Thailand untuk menetap di Malaysia dengan alasan bekas pemimpin komunis itu bukan lagi merupakan ancaman terhadap keselamatan negara.

Kenyataan Teng itu mencetuskan kecaman hebat pelbagai pihak termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan usaha membawa pulang Chin Peng sebagai satu tindakan yang akan menghiris perasaan seluruh anggota dan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia.

Mengenai Ketua Jemaah Islamiah Singapura, Mas Selamat Kastari, yang diberkas di Jophor baru-baru ini, Najib berkata dia kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting selama dua tahun bagi membolehkan kerajaan mengumpul lebih banyak maklumat yang diperlukan.

Katanya Mas Selamat merupakan ancaman terhadap keselamatan Malaysia dan Singapura, justeru penahanan itu merupakan sesuatu yang wajar dilakukan.

“(Penahanan) ini merupakan keputusan Malaysia namun saya pasti jika dia berada di Singapura, dia akan ditahan juga. Saya tak nampak mengapa Singapura hendak membebaskan Mas Selamat,” katanya.

 

— BERNAMA