Archive for Jun 2009

Tuan Aziz: Saya dipilih sebulat suara…

Jun 30, 2009
 
Muda Mohd Noor | Jun 29, 09 2:26pm

 

Calon BN dalam pilihanraya kecil Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, beliau dipilih secara sebulat suara untuk bertanding di kerusi tersebut.

tuan aziz tuan mat manek urai by election 290609“Saya difahamkan saya disokong penuh oleh semua ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Kuala Krai.

“Saya tanya pihak tertentu dalam bahagian, saya dapat sokongan penuh oleh AJK bahagian,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan ada pemimpin bahagian yang akan melakukan sabotaj terhadapnya.

Tuan Aziz yang juga ketua Pemuda Umno bahagian berkata, cerita ‘kerat mengerat’ di kalangan AJK Umno bahagian tidak berlaku di Manek Urai.

Katanya, hanya pihak tertentu yang menyebarkan spekulasi dan ia merupakan perkara biasa menjelang pilihanraya.

“Tidak sepatutnya berlaku kerat mengerat kerana saya dipilih oleh parti dan mereka juga orang parti yang sama,” tambahnya.

Tuan Aziz berkata, jika seseorang calon yang tidak menunjukkan prestasi yang baik, rakyat akan menolak dan ini tidak bermakna berlaku kerat mengerat.

Peluang seimbang

Seorang AJK bahagian yang enggan namanya disiarkan memberitahu Malaysiakini, ada ahli Umno bahagian bimbang ada kumpulan AJK yang tidak puas hati, akan mensabotaj Tuan Aziz.

Katanya, ini kerana ia pernah berlaku dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008.

“Kita juga meminta Tuan Aziz yang baru berumur 39 tahun itu tidak meminggirkan orang tua dalam kempennya nanti.

tuan aziz tuan mat bn candidate for manek urai by election 290609“Maklumlah beliau orang baru, rakan-rakannya orang muda dan keadaan ini boleh menyebabkan beliau lupa kepada pengundi golongan tua,” katanya.

Mengenai peluang Tuan Aziz, beliau berkata, calon BN dan PAS itu mempunyai peluang yang seimbang.

Katanya, ini kerana pengaruh calon PAS, Fauzi Abdullah, tidak sama dengan bekas Adun Manek Urai, Ismail Yaacob yang meninggal Mei lalu.

Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 14 Julai hari

Calon BN Yakin Punya Peluang Cerah Lakar Sejarah Di Manik Urai

Jun 30, 2009

 

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA KRAI, 29 Jun (Bernama) — Calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat yakin beliau mempunyai peluang cerah untuk mencipta kemenangan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai berdasarkan hubungan baiknya dengan masyarakat setempat.

Katanya sebagai anak tempatan yang memahami budaya dan masalah masyarakat setempat selain pernah bertugas sebagai Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Kuala Krai, beliau menaruh keyakinan penduduk akan menyokong BN pada 14 Julai depan.

“Secara tradisi, Manik Urai memang dianggap kawasan Pas tetapi saya yakin mempunyai peluang yang cerah untuk menang di sini kerana mempunyai hubungan rapat dengan rakyat pelbagai lapisan termasuk di peringkat akar umbi.

“Apa yang penting, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendekati rakyat dan dengan sokongan padu dan kerja keras daripada jentera parti, saya percaya kita akan memberi saingan paling sengit kepada Pas,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pusat Operasi BN Manik Urai, di sini, Isnin.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Tuan Aziz, 39, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai calon mewakili BN pada pilihan raya kecil itu.

PAS sebelum ini mengumumkan seorang pemborong ikan, Mohd Fauzi Abdullah, 50, sebagai calon parti itu bagi mempertahan kerusi DUN itu.

Tuan Aziz yang juga bekas Pengurus Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Kesedar hari ini mula bertemu penduduk setempat dengan beramah-mesra dengan mereka selain mendengar masalah yang dihadapi mereka.

Beliau berkata sepanjang tempoh berkempen mulai 6 Julai ini, beliau akan mengamalkan pendekatan turun padang dari rumah ke rumah serta berusaha sedaya-upaya untuk bersemuka dengan seberapa ramai pengundi di Manik Urai.

“Bagi saya, rakyat Manik Urai memerlukan seorang pemimpin yang sensitif terhadap keperluan mereka serta seorang wakil rakyat yang mampu mengetengahkan masalah yang dihadapi mereka, insyaAllah saya akan memberi khidmat terbaik kepada semua lapisan masyarakat di sini,” katanya.

Selain itu, katanya, beliau tidak akan berkempen secara menyerang peribadi mana-mana pemimpin parti lawan termasuk calon Pas, sebaliknya akan mengamalkan pendekatan mesra rakyat serta turun padang bagi menjelaskan apa yang akan dilakukannya kepada masyarakat setempat jika dipilih sebagai calon.

“Saya tidak akan menyerang peribadi atau individu dalam Pas… sebaliknya saya mahu memberitahu rakyat bahawa saya bertanding pada pilihan raya kecil ini kerana ingin berkhidmat kepada mereka,” katanya.

Seorang penduduk di Kampung Sungai Sok, Yahya Seman, 45, gembira kerana BN memilih Tuan Aziz untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Katanya Tuan Aziz banyak berjasa kepada penduduk Manik Urai kerana banyak membantu meningkatkan taraf ekonomi terutama dalam sektor pertanian.

“Kalau pengundi Manik Urai tolak calon BN adalah sangat rugi kerana jasanya terhadap petani di sini memang tidak boleh dinafikan,” katanya sambil diakui rakannya Abdullah Muda, 47.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat daripada PAS Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai sebagai tarikh penamaan calon manakala 14 Julai sebagai hari pengundian.

— BERNAMA

Calon BN Sesuai Dengan ‘Selera’ Penduduk Manik Urai

Jun 30, 2009

 

<!–

By: Ramjit

–>

ALOR SETAR, 29 Jun (Bernama) — Calon Barisan Nasional (BN) daripada UMNO, Tuan Aziz Tuan Mat dipilih berdasarkan ‘selera’ pengundi serta perubahan yang sedang dilakukan parti bagi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap Umno, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Selain berkebolehan dan layak, beliau berkata calon yang dipilih juga harus diterima oleh masyarakat setempat.

Beliau berkata Tuan Aziz, yang merupakan bekas Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah membuktikan keupayaannya dan diyakini dapat membawa perkhidmatan yang dituntut pengundi.

“Walaupun bukan penduduk Manik Urai, Tuan Aziz adalah calon terbaik yang dikemukakan UMNO,” kata Mohd Shafie kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN Kedah di sini, malam tadi.

Mohd Shafie, yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Kedah, berkata parti itu akan menghantar anggotanya ke Manik Urai bagi membantu jentera pilihan raya BN yang diketuai Datuk Mustapa Mohamed.

— BERNAMA

Umno Wanita Bahagian Di Sabah Diminta Aktifkan Laman Web

Jun 30, 2009

 

<!–

By: Ramjit

–>

KOTA KINABALU, 29 Jun (Bernama) — Pergerakan Wanita UMNO Sabah menyarankan semua bahagiannya supaya mengaktifkan atau mewujudkan laman web dan blog sebagai bahan asas untuk menerangkan ideologi dan aspirasi parti kepada golongan muda di negeri ini.

Penolong Setiausahanya Datuk Jainab Ahmad berkata langkah itu perlu agar UMNO dapat memperkukuhkan kedudukan selain cara paling berkesan mendekati pengundi khususnya golongan muda.

Dalam kenyataan di sini Isnin, katanya, budaya maklumat alam siber menjadi ciri baru dalam politik negara memandangkan generasi baru lebih terdedah kepada teknologi tersebut di samping mampu memujuk atau menawan hati pengundi.

Jainab berkata sistem penyampaian bersepadu dan berkesan serta bersifat memenuhi cita rasa dapat membendung generasi baru daripada terpengaruh dengan dakyah yang semakin disebarkan secara meluas oleh pembangkang.

Katanya UMNO masih lemah dalam perang siber sehingga telah menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya dan ini terbukti apabila blog yeng cenderung ke arah pembangkang lebih mendapat perhatian generasi baru.

“Semua ini berlaku kerana kelemahan UMNO mengambil kesempatan mewujudkan atau memperkukuhkan ‘tentera sibernya’,” katanya.

Jainab menjelaskan laman web UMNO tidak harus dilihat sekadar untuk carta organisasi atau mempaparkan aktiviti biasa sahaja tetapi menjadi perantara berkesan dalam menyalurkan maklumat tepat tentang perancangan kerajaan untuk rakyat.

Beliau, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, berkata UMNO perlu menjadikan generasi muda sebagai sasaran kerana mereka bakal mencorakkan kerangka politik negara di samping meneruskan kesinambungan misi membela nasib rakyat.

Dalam melaksanakan gerak kerja melalui alam siber ini, beliau meminta semua ahli pergerakan itu supaya jangan lupa untuk meneruskan amalan pendekatan turun padang dan berdialog dengan semua lapisan masyarakat serta menggunakan sepenuhnya kecanggihan dunia teknologi maklumat.

— BERNAMA

Soal Masa Depan Umat Islam Dan Negara Tidak Boleh Diselesaikan Melalui Debat, Kata Najib

Jun 30, 2009

 

PUTRAJAYA, 29 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata soal masa depan umat Islam dan negara tidak boleh diselesaikan melalui forum perdebatan seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang tidak nampak faedah yang akan diperolehi melalui debat itu berkata jalan terbaik ialah melalui musyawarah dan perbincangan secara ikhlas dan bukan melalui perdebatan.

Tambahan pula, katanya, beliau mendapati terdapat banyak pihak yang tidak bersetuju agar debat itu diadakan.

“Itulah cara dan kaedah yang terbaik. Tapi sebelum kita boleh berbincang, janganlah kita mengutuk pihak lain.

“Jika kita dah hina dan kutuk pihak lain bererti orang kita ini tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan ini sangat penting untuk masa depan umat Islam dan negara,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mempelawa beliau supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik antara Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lama.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pula menasihatkan Pas dan Umno menyelesaikan kemelut antara parti itu melalui perbincangan kerana pendekatan berdebat tidak akan menyelesaikan masalah utama yang dihadapi masyarakat Melayu dan Islam.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata perdebatan itu hanya membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan ideologi yang berbeza.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pelawaan Mursyidul Am Pas itu sebagai membuang masa dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada Umno dan rakyat.

Berhubung sikap permusuhan yang ditunjukkan berikutan cadangan mengadakan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan itu, Najib berkata: “Sebenarnya Pas sudah berpecah.”

Katanya ada anggota di dalam parti itu yang mahu supaya perbincangan itu diadakan tetapi ada juga yang bersungguh-sungguh membantah.

“Jadi, kita tengok apa yang berlaku. Semuanya terpulang kepada Pas. Umno telah menyatakan pendiriannya, dengan lain perkataan, kita bersikap terbuka untuk berbincang dengan Pas.

“Tapi, terpualng kepada Pas untuk putuskan apa yang mereka mahu lakukan. Bahagian yang melucukan ialah bola kini berada di gelanggang mereka,” katanya.

— BERNAMA

Umno Kedah hantar petugas ke Manek Urai

Jun 29, 2009

ALOR SETAR: Umno Kedah akan menghantar petugas bagi membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan, 14 Julai ini.

Ketua Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata kumpulan petugas berkenaan akan berlepas beberapa hari sebelum penamaan calon, 6 Julai ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah anggota yang dihantar Umno Kedah untuk membantu kempen BN itu.
“Apa yang boleh saya katakan ialah jumlah mereka yang dihantar menepati bilangan yang dikehendaki oleh ibu pejabat parti.

“BN yakin kita mempunyai peluang yang cerah untuk merampas kerusi DUN Manik Urai,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno dan BN Kedah di sini, semalam.

Mohd Shafie yang juga Pengerusi BN Kedah berkata, beliau juga akan mempelawa anggota komponen BN negeri ini menghantar petugas bagi membantu kempen calon BN di Manik Urai.

Mengenai pemilihan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, sebagai calon BN, beliau berkata amat ia amat bertepatan kerana Tuan Aziz rapat dengan penduduk setempat.

“Tuan Aziz adalah orang yang amat dikenali dan disenangi di Manik Urai, malah beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang baik kerana sering turun padang membantu penduduk.

“Ini adalah satu kelebihan kepada BN untuk menang pada pilihan raya kecil itu nanti,” katanya.

Janganlah sampai macam tu Tok Guru…

Jun 29, 2009

Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Kalau marahkan nyamuk jangan kelambau dibakar. Begitu juga kalaupun terlalu benci pada UMNO dan marahkan sangat pada anak buah, Datuk Seri Haji Hadi Awang kerana cetus idea kerajaan perpaduan rasanya tidak perlu keterlaluan dalam membakar semangat ahli dan penyokong parti sampai ke situ.

Apa lagi kalau ia melibatkan ulama besar seperti Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ramai yang terkejut dan menjadi buah mulut apabila Mursyidul Am PAS itu membuat seruan penyokong parti itu agar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai walaupun terpaksa ‘bertumpah darah’.

Nik Aziz membuat seruan itu ketika melancarkan jentera pilihan raya PAS DUN Manek Urai Jumaat.

Istilah ‘ bertumpah darah’ itu dibimbangi boleh mencetuskan pelbagai andaian negatif dan salah tafsiran sepanjang kempen pilihanraya kecil di kawsan yang terpencil di Kelantan itu.

Ia turut mengundang reaksi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapa Mohamed yang merasa amat dukacita dengan provokasi Menteri Besar Kelantan itu.

MANEK-3

“Ambo (saya) dengar kenyataan itu amat sedih dan dukacita sekali, kita bukan nak bergocah (bertumbuk), tidak nak berbalah…kita hanya ingin cari pengaruh, kita hendak berhujah, kita nak cambahkan buah fikiran, nak jumpa adik kakak nak bagi tahu kebaikan BN tentang kenapa kita perlu mengundi lambang dacing,” kata Mustapa dalam nada sedih semasa berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional Manek Urai di Sekolah Kebangsaan Peria, Kuala Krai Sabtu malam.

Beliau menambah, “tujuan kita hendak cari pengaruh, bukan nak bergocah, bukan nak bertumpah darah, bukan nak hilang nyawa…maka kita nyatakan hari ini bahawa kita pengundi Manek Urai inginkan perdamaian, silaturrahim, perpaduan di kalangan orang Islam, orang Melayu dan di kalangan bangsa-bangsa di Malaysia ini”.

“Kita menolak sekeras-kerasnya mana-mana pihak di Kelantan mahupun di luar Kelantan…yang nak bertumpah darah… ni budaya mana…?”ujarnya

Seterusnya Mustapa dengan nada sayu menyeru, “Wahai anak beranak ambo di Manek Urai marilah kita nyatakan pendirian bahawa pilihan raya kecil ini kita hendak cari perpaduan, kita nak cari silaturrahim…sekiranya ada mana-mana pihak yang mencari lain pada itu seperti bergocah atau berbalah, itu bukan tujuannya.”

Mustapa menegaskan semua pihak di kawasan DUN Manek Urai samada ahli UMNO, ahli PAS atau pihak ‘atas pagar’ merupakan ‘anak beranak’ belaka, sesama Melayu, Islam dan satu Malaysia.

URAI-1

“Kita hadir di sini untuk menyeru ke arah berbaik-baik bukannya suruh bergaduh sesama sendiri, dalam pilihan raya kecil ini kita jaga akhlak dan tertib, kita boleh bersyarah berhujah tetapi jangan sekali-kali kita gunakan kekerasan, provokasi, menghina orang lain, menghina pegawai polis dan pegawai kerajaan…ia menepati anggapan mereka adalah kerajaan Islam maka kenalah berakhlak mulia,” tambahnya.

Beliau berharap hentikan provokasi pertumpahan darah dan beri tumpuan ke arah perpaduan di kalangan orang Melayu dan umat Islam dalam Malaysia ini.

“Yang menghairankan, kata Mustapa, “kenapa tidak mahu perpaduan dan berbaik-baik, malah kata pula pada mereka yang mahukan perpaduan ini adalah boneka UMNO, kita bercakap yang baik, perpaduan dikatakan kita jahat, perpaduan itu dituntut oleh Islam…inilah perkara yang amat mendukacitakan.”

Katanya, “kita cukup dukacita apabila dibuat seruan sanggup bertumpah darah untuk pertahankan kerusi DUN Manek Urai dan dukacita lagi apabila mereka menolak usaha-usaha menyatupadukan umat Islam.”

“Apakah pincangnya, apakah buruk sangat nak cari perpaduan ini dengan orang Melayu, adakah berpadu dengan DAP yang dulunya amat tidak disukai oleh PAS tapi sekarang sudah berdakap-dakapan, adakah DAP ini lebih daripada UMNO,” kata Mustapa.

Bagi menghadapi PRK Manek Urai, Mustapa mengumumkan motto yang akan digunakan oleh jentera BN adalah ‘Rakyat Didahulukan, Manek Urai Diutamakan’.

URAI-7

Mustapa juga akan memastikan DUN Manek Urai akan dijadikan anak angkat kerajaan pusat sekiranya BN berjaya menawannya dalam PRK 14 Julai ini.

Menurutnya, bermula di Manek Urai, sekiranya BN menang di situ maka akan bersatulah Melayu dan gelombang biru akan menyelubungi negeri Kelantan.

Katanya, “PRK Manek Urai akan menjadi permulaan kepada kebangkitan UMNO Kelantan seterusnya kebangkitan UMNO Malaysia.”

“Saya kagum dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh pemimpin dan masyarakat di Manek Urai ini, bersatu hati adalah amat penting untuk kita merapatkan barisan untuk menjadikan kita kuat bagi memastikan kemenangan besar,” ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh lebih 3000 orang yang terdiri daripada pengundi DUN Manek Urai.

Majlis pelancaran jentera itu disempurnakan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Afdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husin, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA Kelantan serta seluruh pemimpin dan jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Krai.-14/6/200

Dipetik dari AgendaDaily

Tuan Aziz calon BN di Manek Urai

Jun 29, 2009


MUHYIDDIN bersama Tuan Aziz (kanan) selepas majlis pengumuman calon BN bagi DUN Manek Urai di Sungai Sok Luar, Kuala Krai, semalam.

KUALA KRAI: Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

Pemilihan Tuan Aziz yang juga Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan kira-kira 5,000 penyokong BN di Pusat Operasi BN Manek Urai, Sungai Sok Luar di sini, jam 5.15 petang semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Tuan Aziz dipilih berdasarkan kemampuan, pengalaman, kelulusan tinggi serta hubungan eratnya dengan masyarakat setempat, terutama sekitar Manek Urai yang selama ini didampingi selaku pegawai Kesedar.
Beliau berkata, pemilihan Tuan Aziz mendapat sokongan padu kepemimpinan parti termasuk Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak serta di peringkat bahagian Kuala Krai yang diketuai Datuk Ramzi Abdul Rahman.

” Kita ada ramai tokoh yang layak, tetapi selepas kita timbang secara halus, kita letakkan calon yang diterima pengundi,” katanya.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon BN itu ialah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Ahmad Maslan; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed; Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin serta Ramzi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat dari Pas, Ismail Yaakob akibat sakit jantung pada 22 Mei lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian 14 Julai.

Jumaat lalu, Pas menamakan peraih ikan yang juga Bendahari Pas kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, sebagai calonnya.

Timbalan Presiden Angkatan Kemajuan Insan Malaysia (Akim), Zakaria Salleh, turut mengumumkan hasrat bertanding di kerusi berkenaan, tetapi semalam Presiden Akim, Hanafi Hamat, pula menyatakan hasrat sama.

Muhyiddin berkata, BN menaruh harapan tinggi menerusi pencalonan Tuan Aziz untuk menebus kekalahan lalu.

“Kita bertekad merampas kembali DUN Manek Urai dan berharap semua pengundi memberi peluang kepada BN membuktikan kemampuannya membawa perubahan di kawasan ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin mahu seluruh jentera pilihan raya BN bertekad mencipta kemenangan di Manek Urai demi membela nasib agama, bangsa dan negara.

Pada sidang medianya, Muhyiddin menolak dakwaan Pas kononnya berlaku “cah keting” (cantas mencantas) dalam proses pemilihan calon BN.

“Itu anggapan Pas saja dan ia tidak pernah berlaku, sebaliknya calon ini mendapat sokongan semua pihak.

“Tuan Aziz ini bukan saja mampu menarik sokongan golongan muda, tetapi berdasarkan sokongan yang diterima, kita yakin semua golongan akan menerimanya dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, BN juga mempunyai strategi tersendiri bagi menarik sokongan rakyat dan serius untuk membangunkan kawasan berkenaan.

Terdahulu, dalam ucapannya Muhyiddin berkata, BN akan menyenaraikan semua usahanya membangunkan Kelantan sepanjang tempoh negeri ini di bawah Pas bagi memudahkan pengundi membuat perbandingan menjelang pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

SYABAS CALON BN PILIHAN RAYA DUN MANEK URAI : TUAN AZIZ TUAN MAT, KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUALA KRAI

Jun 28, 2009

Syabas dan tahniah kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilhan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

profil_dun_manek_urai

Pemilihan beliau yang juga pegawai kanan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Pusat Operasi BN manek Urai, sebentar tadi.

Jumaat lalu, Pas mengumumkan pemilihan peraih ikan yang juga Bendahari Pas kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, sebagai calonnya.

Berdasarkan REKOD pemilihan calon dikalangan Pemuda UMNO, kejayaan akan mengiringi perjuangan BN kerana lahirnya pemimpin dari Pergerakan Pemuda benar-benar memahami erti kasih sayang terhadap rakyat. Ini bertepatan dengan konsep Yang amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia; 1Malaysia; Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan.

Syabas juga kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB. Khairy Jamaluddin kerana barisan Pemuda UMNO diberi kepercayaan untuk menjadi calon yang berbisa bagi menumpaskan pihak lawan. Saya yakin dengan kepimpinan Ketua Pemuda UMNO yang baru ini yang berjiwa rakyat,SAHABAT kepada Belia 1Malaysia akan dapat menawan kawasan ini kelak.Insyaallah.

Saya melihat pemimpin-pemimpin pemuda yang lahir dari Pergerakan Pemuda UMNO mempunyai ciri-ciri yang amat memahami hati rakyat,prihatin,berjiwa murni,penyayang dan rajin turun padang bertemu rakyat. Sebagai contoh Y.B. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi Ahli Parlimen P188 Silam Calon BN dari kalanagn Pemuda UMNO mempunyai rekod cemerlang dan gemilang apabila menang besar dalam pilihanraya ke-12 yang lepas. Syabas dan Tahniah kepada YB. Silam yang lahir dari barisan Pemuda sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Silam. Saya yakin pada pilihanraya ke-13 kelak Y.B. Tuan Haji Salleh akan mendapat majoriti 3 kali ganda kerana budaya kerjaya yang diamalkannya yang luar biasa proaktif dan prihatin dan rajin turun padang bertemu rakyat. Tidak hairanlah jika pemilihan pemimpin di masa akan datang dari kalangan Pemuda bagi mewakili UMNO khususnya di sabah amnya di Malaysia

“1Pemuda Gemilang 1Malaysia”

Penganalisis SilamGemilang

Tuan Aziz Tuan Mat Calon BN Manek Urai

Jun 28, 2009

Jun 28th, 2009 | By administrator | Category: Berita Utama

KUALA KRAI, 28 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pengumuman dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dalam satu majlis di Kampung Sok Luar, Manik Urai, di sini.

Tuan Aziz yang juga Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Kesedar mendapat sokongan padu dari segenap ahli-ahli parti termasuklah Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ulasannya, Tan Sri muhyiddin menyatakan bahawa perundingan dilakukan terlebih dahulu bagi menentukan calon yang akan mewakili parti.

Pilihan raya kecil tersebut akan berlangsung 14 Julai hadapan berikutan kekosongan kerusi DUN Manek Urai kerana kematian penyandangnya Ismail Yaacob.