MERCU TANDA SILAM GEMILANG : IKLAN GERGASI “SILAM ZON AKUAKULTUR 1MALAYSIA”.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog https://silamgemilang.wordpress.com / email:karismasilam@gmail.com bagi meninjau,beramah mesra,sebagai 1pasukan dalam mengangkat martabat dunia penulisan dan bahan berita sensasi dalam arus pembangunan yang berterusan dan seimbang.

Saya amat kagum dengan pembangunan yang pantas dan cepat berlaku di kawasan/parlimen silam. Apakah yang menyebabkan pembangunan ini berlaku dengan pantas ? Apakah Pembangunan yang telah dibawah masuk ke silam ? Keunikan Silam sehingga pantas maju dan sedikit masa lagi akan dinaiktaraf sebagai Majlis Perbandaran Lahad Datu. Benarkah proses pembangunan ini akan meletakkan Silam lebih pantas dalam merencana pembangunan bagi mencorakkan 1 dimensi baru dalam pembangunan Bandar.????

Secara totalnya, kepada yang ingin melawat Silam ini akan berpendapat kemajuan yang dikecapi dikawasan ini mampu berdayasaing dengan Bandaraya-Bandaraya lain yang terdapat di seluruh negeri di Malaysia. Keunikan pembangunan yang kita boleh saksikan dengan pertumbuhan Bank-Bank seperti Maybank,Alliance Bank, Bank rakyat,Bank Islam,Bank Pertanian,Bank Simpanan nasional,Eon Bank dan lain-lain lagi. Pertumbuhan Bank yang semakin banyak dikawasan silam ini menandakan pelabur-pelabur berkeyakinan tinggi bahawa Silam berpotensi dalam industri pembangunan bandar yang strategik dan dinamik. Pembangunan ini disokong oleh tanaman kelapa sawit yang paling terbesar di negeri Sabah. Hadiah yang paling bermakna untuk rakyat dikawasn silam dengan terbinanya pusat POIC  Lahad Datu,Sabah. Di ramalkan pelabur-pelabur luar dan dalam negara akan membina kilang-kilang bagi memanfaatkan sumber kelapa sawit yang subur.

Pembangunan yang semakin rancak berkembang samada dalam bidang perumahan seperti Sri Perdana, Taman Aman Tiga,Taman Setia dan lain lain lagi mendapat sambutan diluar jangkaan apabila kebanyakan penduduk di kawasan ini memilki rumah yang bernilai RM 200 ribu ke bawah. Ini bermakna penduduk yang berbilang kaum di kawasan ini telah mempengaruhi pola kependudukan dan pembangunan yang lebih pantas dan dinamik.Bandar-bandar yang tumbuh seperti cendawan seperti Bandar Lahad Datu,Bandar Wilayah,Bandar Fajar,Bandar Tabanak,Bandar Sri Perdana,Bandar DamRoad dan sedikit masa lagi akan gemilang Bandar Tungku,Bandar Segama dan lain-lain lagi.

SILAM ZON AKUAKULTUR NEGARA 1MALAYSIA IKTIRAF YB. SILAM Pencetus Idea Kekayaan Baru Rakyat Didahulukan Prestasi Diutamakan.

SILAM ZON AKUAKULTUR NEGARA 1MALAYSIA IKTIRAF YB. SILAM Pencetus Idea Kekayaan Baru Rakyat Didahulukan Prestasi Diutamakan.

Pernahkah kita mendengar Zon Akuakultur Negara telah bertapak di kawasan Silam ? Apakah kita dapat melihat pembangunan ini sedang rancak diusahakan oleh pengusaha tempatan ? Saya berpendapat Zon Akuakultur Negara Silam ini merupakan satu lagi industri pembangunan Silam. Mungkin rakyat di kawasan ini menganggap hadiah negara kepada silam Zon akuakultur negara kurang mendapat perhatian dan kurang menarik disebabkan beberapa faktor yang boleh diatasi dengan beberapa langkah drastik melalui Pemasangan IKLAN GERGASI “SILAM ZON AKUAKULTUR NEGARA”. Iklan ini memainkan peranan utama bagi memperkenalkan Silam di mata dunia dan negara. Sumbangan pihak pemimpin membawa Silam Zon akuakultur negara ini merupakan satu usaha yang bukan mudah tanpa ada fakta-fakta yang bernas bagi menyokong hujah-hujah bahawa kawasan ini mempunyai perairan dan air yang sangat baik untuk zon akuakultur negara.

Saya ingin mengucapkan syabas,syabas,syabas,syabas,syabas,syabas,syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia P188 Silam yang telah bersuara,berhujah berdasarkan fakta bernas sehingga kerajaan Malaysia melalui Dewan Rakyat Dewan Mulia berkeyakinan bahawa SILAM SABAH ZON AKUAKULTUR NEGARA. Saya berpendapat usaha murni YB Silam ini perlu dihargai dengan membina PAPAN IKLAN GERGASI sebagai satu simbol kegemilangan YB Silam membawa masuk industri baru yang dilaksanakan di perairan Silam. Nama pejuang pembangunan Silam dalam industri ini perlu di catat dalam sejarah SILAM dan di bina IKLAN GERGASI ZON AKUAKULTUR NEGARA berhampiran jalan pintu masuk jalan sandakan lahad Datu dan Jalan Tawau ke Kunak serta Jalan Semporna ke Kunak dan Jalan lahad Datu ke Tungku.

Saya berharap akan ada pihak-pihak tertentu yang prihatin memberi penghargaan kepada YB Salleh sebagai pejuang SILAM bagi membantu rakyat keluar dalam kemiskinan yang membelenggu rakyat selama ini. Saya juga ingin mencadangkan agar rumah PPRT dikaji semula khususnya dikawasan Silam dengan memberi atau menyalurkan projek AGROPOLITAN Berasaskan SILAM ZON AKUAKULTUR NEGARA. Rumah-rumah Terancang dan perusahaan melalui AKUAKULTUR ini merupakan satu usaha baru bagi memberi pekerjaan dan pendapatan lumayan kepada rakyat Silam. Jika sebelum ini AGROPOLITAN di Banggi berasaskan Getah dan Kelapa Sawit, maka silam dicadangkan berasaskan Zon Akuakultur Negara.

Jika anda bersama saya sila beri komen melalui email : karismasilam@gmail.com. Komen anda akan disiarkan dipaparan utama blog ini.

 

“SilamGemilang 1Malaysia”

 

Penganalisis Silamgemilang

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: