MUSA AJAK RAKYAT SERTAI PESTA KAAMATAN PERINGKAT NASIONAL

MUSA AJAK RAKYAT SERTAI PESTA KAAMATAN PERINGKAT NASIONAL  
 
Pukulgong-2-1_6kamatanundukngadau2009

RASMI … Musa memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai menandakan perasmian karnival sukan Kaamatan. 
1st June, 2009
PENAMPANG: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman mengajak seluruh rakyat Malaysia, khususnya di Sabah untuk datang beramai-ramai menyertai perayaan Pesta Kaamatan peringkat nasional pada 7 Jun ini.

Semasa berucap menutup Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di bangunan Hongkod Koisaan di sini kelmarin, beliau melahirkan keyakinan bahawa kehadiran rakyat bukan sahaja akan memeriahkan majlis itu tetapi membuktikan betapa kukuhnya semangat perpaduan, muhibah dan harmoni sesama mereka.

“Secara keseluruhannya, perayaan ini merupakan manifestasi ekonomi, sosial dan budaya negeri Sabah yang perlu dihayati, bukan saja oleh masyarakat Kadazandusun dan Murut malah seluruh masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

“Di samping memelihara dan mengekalkan budaya serta tradisi suku kaum masing-masing, masyarakat lain juga sewajarnya mencontohi aspek-aspek positif yang ditonjolkan melalui perayaan ini. Semangat ini bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Musa.

Pesta Kaamatan Peringkat Nasional itu yang akan diadakan di Padang Merdeka Kota Kina-balu, dijangka dirasmikan oleh Timbalan Per-dana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Musa berkata penglibatan semua pihak dalam menjayakan Pesta Kaamatan peringkat negeri jelas menunjukkan semangat perpaduan dan muhibbah di kalangan rakyat di negeri ini, sememangnya amat membanggakan.

“Keamanan dan perpaduan yang kita nikmati pada hari ini membolehkan rakyat Malaysia, khususnya di Sabah terus hidup dalam suasana aman, damai dan makmur.

“Namun demikian, perlu diingat bahawa sua-sana aman dan stabil bukanlah sesuatu yang wu-jud secara semula jadi, sebaliknya perlu dipupuk dan dipelihara agar sentiasa teguh dan tidak mampu untuk digugat oleh golongan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan yang juga pengerusi jawatan-kuasa induk perayaan peringkat negeri, pula berharap suatu hari nanti program sebegini termasuk segala bentuk warisan tradisi masyarakat Kadazandusun dan Murut secara khusus dan Malaysia secara amnya, dapat dikeluarkan dalam bentuk dokumentasi, journal atau buku rujukan.

Katanya ini amat penting bukan saja untuk pengetahuan generasi akan datang tetapi juga sebagai usaha tambahan bagi memartabatkan Malaysia di mata dunia.

“Oleh yang demikian, saya berharap kepada semua lapisan masyarakat di negeri ini agar sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada agensi-agensi kerajaan bagi membawa atau mengetengahkan warisan-warisan tradisi atau kebudayaan yang belum diketahui atau dipromosi sebelum ini,” kata Pairin.

Beliau juga menyuarakan penghargaan atas kelulusan peruntukan RM800,000 kepada Persatuan Kebudayaan Kadazandusun yang diumumkan oleh Musa kelmarin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: