Archive for 3 Jun 2009

LAPANGAN TERBANG BARU SILAM : DESTINASI PELANCONGAN MEMACU PELABUR GLOKAL DAN GLOBALISASI

Jun 3, 2009

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Abd. Rahim Bakri, Timbalan Menteri Pengangkutan yang turun padang melihat sendiri lapangan terbang Lahad Datu,Sabah. Lapangan Terbang daerah ini sudah tiba masanya berwajah baru dengan Transformasi Pembangunan Parlimen Silam yang berpotensi tinggi dan strategik dalam aspek Industri Kelapa Sawit,POIC,Perkapalan,Pelancongan,Pusat Persinggahan utama di Sabah,Ekonomi Pantas berkembang maju,Keunikan Kebudayaan dan Sukukaum,Majlis Perbandaran Lahad Datu dijangka akan dilancarkan dalam tempoh 6 bulan dari sekarang,tahun 2010 sebagai tahun melawat parlimen silam,Silam Zon Akuakultur Negara yang telah diluluskan di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, Kependudukan yang semakin meningkat lebih kurang 50 ribu orang ke atas dan lain-lain lagi.

Parlimen Silam sememangnya sudah lama maju setanding dengan daerah-daerah lain malahan boleh berdayasaing dengan Majlis Perbandaran Tawau dan sandakan selama ini. Namun bila pelabur-pelabur ingin datang ke daerah ini, kesukaran yang memungkinkan mereka datang kerana prasarana lapangan terbang yang masih berorentasikan ala zaman silam dan masih jauh ketinggalan menyebabkan pelabur-pelabur tidak berminat untuk melabur di daerah ini kerana sistem lapangan terbang yang masih mundur dan ketinggalan zaman.

Saya juga berpendapat jika saya diberi peluang untuk menaiki kapal terbang kecil di daerah Lahad Datu saya lebih rela menaiki Bas yang beroperasi dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu.Kenapa saya berkata demikian sebab kapal terbang yang sedia ada tidak sesuai lagi digunakan kerana pelancong-pelancong mahupun pelabur-pelabur yang datang merupakan tetamu yang telah maju dan jika pelaburan dibawah ke sini perubahan lapangan terbang perlu diubah dulu barulah orang lain berkeyakinan untuk turun melalui lapangan terbang baru yang lebih selesa,tidak menakutkan dan ini memandakan kemajuan pembangunan yang drastik dikawasan ini seimbang dengan tahap kejayaan daerah ini yang telah lama maju.

Saya berharap Lapangan Terbang Daerah Lahad Datu di ubah nama kepada Airport Silam sebagai penghargaan kepada rakyat yang meliputi daerah Lahad Datu,Kunak dan Tungku dibawah satu bumbung Parlimen P188 Silam. Saya juga berkeyakinan pembinaan airport Silam ini akan menjadi satu destinasi industri pelancongan yang menarik kerana terdapat kawasan yang sungguh menarik dan indah dan nyaman seperti Gua Madai, Air Terjun Madai, Pantai Sarina, Telaga Tujuh, Lumpur Gunung Berapi,Lembah Danum,POIC,Resort Felda Sahabat,Resort di kawasan Terusan,Pesta Silam dan lain-lain lagi.

Saya berkeyakinan tinggi Parlimen Silam akan jauh lebih maju jika lapangan terbang yang baru akan dibina dan secara lansung jalan raya yang baru juga akan dapat mengatasi masalah kesesakan jalan yang telah membelenggu rakyat sekian lama. Rakyat Di dahulukan Pencapaian Di utamakan akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa lagi khususnya di AIRPORT BARU MERCU PEMBANGUNAN DAN PELANCONGAN SILAMGEMILANG 1MALAYISA.

 

“SILAMGEMILANG 1MALAYSIA “

 

Penganalisis SilamGemilang

Cadangan Naik Taraf Lapangan Terbang Lahad Datu

Jun 3, 2009

Cadangan Naik Taraf Lapangan Terbang Lahad Datu

 

LAHAD DATU, 3 Jun (Bernama) — Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Pejabat Daerah Lahad Datu diminta mengemukakan kertas cadangan berhubung kerja menaik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kertas cadangan berkenaan akan diteliti oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri dan kementerian sebelum dikemukakan bagi pertimbangan untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

“Sama ada kita bina lapangan terbang baru atau menaik taraf lapangan terbang sedia ada bergantung kepada kajian yang akan dibuat oleh DCA dan Pejabat Daerah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Lapangan Terbang Lahad Datu di sini hari ini.

Turut serta Anggota Parlimen Silam, Salleh Kalbi, dan Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Nasrun Mansor.

Abdul Rahim berkata sudah sampai masanya lapangan terbang yang beroperasi sejak tahun 1940an itu dinaik taraf memandangkan permintaan pengguna perkhidmatannya kian meningkat berikutan kepesatan perbangunan ekonomi kawasan berkenaan.

“Lapangan Terbang Lahad Datu ini sudah melebihi kapasitinya. Ia cuma boleh digunakan untuk pendaratan pesawat jenis ATR dan Fokker 50 sedangkan Lahad Datu sedang mengalami pertubuhan ekonomi yang kian pesat,” katanya.

— BERNAMA