PESTA KAAMATAN PERINGKAT KG. KADUMU, JALAN DAMROAD, P188 SILAM.SABAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera

PROGRAM : PESTA KAMAATAN PERINGKAT KAMPUNG KADUMU, JALAN DAMROAD.

MASA          : 08.30 PAGI  HINGGA 05.00 PETANG

dompokdompok1dompok2

PERASMIAN PEMBUKAAN : YB. TAN SRI BERNARD GILUK DOMPOK, PRESIDEN UPKO SABAH

PERASMIAN PENUTUP         : YB. TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI DEWAN RAKYAT PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM

 

Setelah kita meraihkan Pesta Kaamatan Peringkat Nasional di Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah suasana ini sebenarnya masih lagi terasa bahang-bahangnya apabila rakyat di kawasan kampung Kadumu menganjurkan pesta ini dengan penuh meriah bersama masyarakat kampung dan penduduk di sekitar Lahad Datu, Kunak,Tungku dan seisi keluarga yang tinggal diluar kawasan. Program ini akan dihadiri oleh masyarakat setempat dan pemimpin tempatan.

Program ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Bernard Giluk Dompok Presiden UPKO Sabah. Pelbagai aktiviti dijangka akan dilaksanakan seperti Ratu Unduk Ngadau, Sumpit, Ratu Fesyen kanak-kanak, Bina Badan Untuk golongan warga emas dan banyak lagi.

Penganalisis menemubual saudara Azmi Chan Ketua Bahagian UPKO, N50 Lahad Datu katanya ” Program ini diadakan buat kali yang ke 10 dan kampung ini juga telahpun wujud lebih kurang 10 tahun, saya berharap melalui program ini kita akan dapat mewujudkan perpaduan dikalangan pelbagai sukukaum khususnya di kawasan kampung-kampung berhampiran dan rakyat di p188 Silam.

Perasmian Penutup akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan haji salleh bin Haji Kalbi, Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, P188 Silam pada sebelah petang.Program ini bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Saya ingin mengajak kepada Datuk-Datuk,Datin-Datin,Tuan-Tuan,Puan-Puan,Encik-Encik,Cik-Cik, Wartawan-Wartawan,Media Massa dan orang ramai agar dapat hadir bagi memeriahkan dan memberi sokongan padu terhadap program ini.

 

Penganalisis SilamGemilang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: