PESTA KAAMATAN PERINGKAT KG. KADUMU : TETAMU YB. TAN SRI BERNARD GILUK DOMPOK DAN YB. TUAN HJ. SALLEH HJ. KALBI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PENGUMUMAN : Sementara waktu blog ini tidak dapat akses laporan bergambar…harap maaf…
SILA LAYARI BLOG http://rakyatp188silam.wordpress.com bagi melihat gambar PESTA KAAMATAN KG. KADUMU bersama YB. Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan YB. Hj. Salleh Hj. Kalbi. Harap maklum….terima kasih..

 

kaamatan kg kadumu

Sabtu.Kadumu,Silam-Sempena ulang tahun yang ke-10 perayaan pesta kaamatan peringkat zon kampung kadumu jalan dam-sabahmas plantations Lahad Datu anjuran JKKK kampung ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Bernard Giluk Dompok Ahli Parlimen P174 Penampang dan Perasmian Penutup disempurnakan oleh Yang Berhormat Kolonel Kehormat Tuan Haji salleh Bin Haji Kalbi Ahli Parlimen Malaysia merangkap Duta Keamanan PBB.Pengerusi perayaan ini Melanie Desmond.

Sebagaimana yang telah saya analisis berhubung ucapan yang akan disampaikan oleh YB. Tan Sri, memang benar kebudayaan yang diraihkan merupakan satu lambang ke arah perpaduan bangsa 1Malaysia. Program ini akan mengalami proses peningkatan di masa akan datang jika ekonomi negara akan stabil semula kerana bajet pelaksanaan program ini merupakan hasil sumbangan pihak-pihak tertentu yang sudi menderma dan menyumbang ke arah menjayakan 1misi 1visi mengeratkan perpaduan dikalangan pelbagai sukukaum.

Peranan pesta kaamatan ini akan menarik minat pelancong-pelancong untuk berkunjung ke daerah ini. Tidak dinafikan sumbangan kebudayaan yang unik dan menarik merupakan satu sokongan besar untuk menarik pelancong melihat secara dekat lagi acara-acara kebudayaan yang terdapat di negara kita.

Perayaan ini merupakan warisan budaya suku kaum kadazandusun yang telah menjadi identiti penting negara Malaysia, khususnya di Sabah. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia telah memperkenalkan slogan “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” yang berasaskan kepada semangat saling hormat menghormati dan mempercayai sesama kaum di Malaysia. Ini bermakna penyertaan dan sumbangan setiap kaum di dalam proses pembangunan negara Bangsa Malaysia adalah sangat penting dan dihargai. Sesungguhnya, wawasan negara hanya dapat dicapai apabila semua kaum mendapat tempat dan peluang seadilnya di dalam proses pembangunan negara kita.

Dalam konteks ini, masyarakat kadazandusun harus terus memainkan peranan yang lebih pro aktif, sebagai sebuah masyarakat bumiputera, ia harus mengambil inisiatif untuk mengambil peluang daripada dasar dan program pembangunan kerajaan yang ingin melihat semua kaum di malaysia lebih maju, kerajaan juga sentiasa memahami aspirasi rakyat terutamanya untuk melihat keseimbangan pembangunan di antara wilayah bandar dengan luar bandar, di antara Sabah dan sarawak dengan semenanjung.

Penganalisis SilamGemilang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: