Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
SILA LIHAT http://rakyatp188silam.wordpress.com bagi melihat gambar PAPAN TANDA ( BANDAR PELANCONGAN SILAM )
Alhamdullilah syukur kehadrat Allah SWT, Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Saya amat kagum dengan Yang Berhormat Kolonel Kehormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB yang komited membangunkan Parlimen Silam sebagai pusat tumpuan Pelancong Dunia bukan hanya kepada rakyat 1Silam, 1Malaysia malahan fokus rakyat antarabangsa akan beralih angin untuk melihat,menghirup udara,melawat,mengkaji dan meletakkan silam gemilang di mata dunia yang hebat, luarbiasa dan di kagumi di arena antarabngsa.
2 minggu lepas saya ada menulis berhubung Silam di bawah kepimpinan YB. Hj. Salleh yang memperkenalkan tahun 2010 sebagai tahun melawat 1Silam. Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pelancong luar negara bagi meningkatkan ekonomi Silam seterusnya memudahkan pengiktirafan Bandar Lahad Datu sebagai Majlis Perbandaran Lahad Datu pada tahun 2010.
Hari ini juga Parlimen P188 Silam telah mencipta rekod dengan pemasangan papan tanda di jalan Sri Perdana Lahad Datu sebagai simbol pembangunan industri pelancongan. Hari ini juga dalam sejarah 1Malaysia Parlimen Malaysia memulakan persidangan dan bermulanya Ahli-Ahli Parlimen memulakan persidangan di Dewan rakyat Mulia. Pemikiran kepimpinan YB. Salleh yang kehadapan membawa P188 Silam hebat,terkenal,dikagumi dan di kunjungi masyarakat antarabangsa bukanlah satu kerja yang mudah tanpa anjakan paradigma minda,wawasan dan jiwa yang mementingkan rakyat. Saya berpendapat rakyat P188 Silam (Kunak,Lahad Datu, Tungku ) memang hebat,bijak,tepat pada masanya memilih YB Salleh sebagai Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, P188 Silam.
Syabas dan tahniah di atas usaha YB. Salleh yang mengantarabangsakan tulisan JAWI sehingga menjadi simbol PERPADUAN RAKYAT. Tulisan ini semasa kepimpinan YAB Tun Abd. Razak Perdana menteri ketika itu, telah meletakkan Perpaduan 1 gagasan yang sangat utuh dan menjadi lambang kekuatan bangsa melayu. Hari ini kita melihat YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia memperkenalkan 1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Syabas sekali lagi kepada YB. Salleh kerana berpandangan 25 tahun ke hadapan yang memperjuangkan PERPADUAN 1BANGSA SILAM 1BANGSA MALAYSIA apabila meletakkan tulisan pelbagai kaum sempena kempen PELANCONGAN SILAM dengan meletakkan tulisan JAWI,MELAYU,CINA,INDIA,ENGLISH dan SUKUKAUM sabah. Ini menandakan pemimpin generasi muda di bawah kepimpinan YAB Perdana menteri sekarang amat prihatin,berpandangan jauh,proaktif dalam menterjemahkan konsep gagasan YAB Perdana Menteri.
Saya berharap kepada Menteri Pelancongan Malaysia agar dapat menyenaraikan Parlimen P188 Silam dalam kalendar dan buku pelancongan 1Malaysia bagi mengakses kegemilangan ini sebagai Pusat pelancongan Yang terkenal di Mata Dunia. Kajian dan penghasilan Buku Pelancongan P188 Silam di martabatkan dalam kalendar pelancongan negara 1Malaysia. Berdasarkan sejarah Silam sebenarnya telah lama terkenal sebagai pelancongan, namun sebelum ini tiada usaha untuk mengantarabangsakan P188 Silam sebagai Pusat pelancongan. Kita bersyukur dibawah kepimpinan generasi muda seperti YB. Salleh banyak perubahan yang telah dilakukan dan akan dilaksanakan di masa akan datang. Syabas,syabas,syabas,syabas,syabas,syabas,syabas dan tahniah kepada YB. HJ. SALLEH HJ. KALBI yang gemilang mengantarabangsakan kekuatan pelancongan tanah air SILAM ini.
Penganalisis SilamGemilang.