Kekejaman Israel Terhadap Palestina – The most amazing bloopers are here
Archive for 16 Jun 2009
HIJRAH KE ARAH GEMILANG : AIRPORT TAWAU KE KLIA
Jun 16, 2009Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Penerbangan pertama bagi rombongan Kakitangan dan Sahabat parlimen P188 Silam berlepas menaiki pesawat Boing Air Asia dari Lapangan Terbang Utama Bandar Tawau, Sabah.
SELAMAT DATANG KE BANDAR PELANCONGAN P188 SILAM : TEMUBUAL BERSAMA YB. SILAM
Jun 16, 2009Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Setiap pengunjung yang datang dari arah Semporna,Tawau,Kalabakan,Kunak destinasi ke daerah Lahad Datu akan di layan mesra dengan ucapan Selamat Datang Ke Bandar Pelancongan Parlimen P188 Silam. Ketika anda berada dari Kota Kinabalu, Ranau, Sandakan, Kinabatangan menuju ke Daerah Kunak, Semporna, Tawau dan Kalabakan anda akan di layan dengan ucapan Selamat Jalan. Inilah kata-kata yang tertera di papan tanda yang unik,simbolik dan mesra khususnya kepada pengguna jalan raya.
Saya telah menghubungi Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin haji Kalbi, Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, P188 Silam. Ikuti temubual saya bersama YB. Silam.
1. Penganalisis SilamGemilang
Assalamualaikum YB. Tuan Haji Salleh, Saya melihat terdapat papan tanda telah dipasang di tepi jalan Sri Perdana menuju ke bandar ? Sebelum itu saya juga ingin mengucapkan kepada YB. Silam yang mengantarabangsakan pelancongan dan perpaduan 1Silam 1Malaysia.
2. YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, P188 Silam
Saya ikhlas membantu,membangunkan,memperkenalkan dan mempromosikan Parlimen P188 Silam yang melibatkan 3 kawasan iaitu Kunak,Lahad Datu dan Tungku di peringkat Sabah, Nasional dan antarabangsa. Amanah yang saya pikul sebagai Ahli Parlimen P188 Silam adalah satu tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya yang ke-13 bagi mengakses kegemilangan P188 Silam yang mampu berdayasaing,berdayamaju dan hebat bukan sahaja di kawasan malahan hebat di peringkat Nasional dan antarabngsa. Secara jujur dan ikhlas yang lahir dari hati,jiwa sanubari dan minda saya, saya hanya bekerja untuk agama, bangsa dan negara serta SILAM yang tersayang.
3. Penganalisis SilamGemilang
Saya berpendapat hari ini YB. Tuan Haji Salleh dalam sejarah kerana adanya papan tanda Bandar Pelancongan Silam. Hari ini juga dalam sejarah Dewan Mulia Parlimen Malaysia sedang bersidang.
4. Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Duta Keamanan PBB dan Kolonel Kehormat Rela
Terima kasih saudara, sebagai makluman hari ini juga saya turut membahas pindaan rang undang-undang program PLKN.
5. Penganalisis SilamGemilang
Terima Kasih YB. Silam
6. Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, P188 Silam
Saya ucapkan terima kasih kepada saudara, sampaikan salam saya kepada rakyat Silam, marilah kita bersama-sama bekerja memajukan P188 Silam dan doakan saya semoga gemilang dalam mengantarabngsakan P188 silam yang tersayang. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penganalisis SilamGemilang