SELAMAT DATANG KE BANDAR PELANCONGAN P188 SILAM : TEMUBUAL BERSAMA YB. SILAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setiap pengunjung yang datang dari arah Semporna,Tawau,Kalabakan,Kunak destinasi ke daerah Lahad Datu akan di layan mesra dengan ucapan Selamat Datang Ke Bandar Pelancongan Parlimen P188 Silam. Ketika anda berada dari Kota Kinabalu, Ranau, Sandakan, Kinabatangan menuju ke Daerah Kunak, Semporna, Tawau dan Kalabakan anda akan di layan dengan ucapan Selamat Jalan. Inilah kata-kata yang tertera di papan tanda yang unik,simbolik dan mesra khususnya kepada pengguna jalan raya.

Saya telah menghubungi Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin haji Kalbi, Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, P188 Silam. Ikuti temubual saya bersama YB. Silam.

1. Penganalisis SilamGemilang

Assalamualaikum YB. Tuan Haji Salleh, Saya melihat terdapat papan tanda telah dipasang di tepi jalan Sri Perdana menuju ke bandar ? Sebelum itu saya juga ingin mengucapkan kepada YB. Silam yang mengantarabangsakan pelancongan dan perpaduan 1Silam 1Malaysia. 

2. YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, P188 Silam

Saya ikhlas membantu,membangunkan,memperkenalkan dan mempromosikan Parlimen P188 Silam yang melibatkan 3 kawasan iaitu Kunak,Lahad Datu dan Tungku di peringkat Sabah, Nasional dan antarabangsa. Amanah yang saya pikul sebagai Ahli Parlimen P188 Silam adalah satu tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya yang ke-13 bagi mengakses kegemilangan P188 Silam yang mampu berdayasaing,berdayamaju dan hebat bukan sahaja di kawasan malahan hebat di peringkat Nasional dan antarabngsa. Secara jujur dan ikhlas yang lahir dari hati,jiwa sanubari dan minda saya, saya hanya bekerja untuk agama, bangsa dan negara serta SILAM yang tersayang.

3. Penganalisis SilamGemilang

Saya berpendapat hari ini YB. Tuan Haji Salleh dalam sejarah kerana adanya papan tanda Bandar Pelancongan Silam. Hari ini juga dalam sejarah Dewan Mulia Parlimen Malaysia sedang bersidang.

4. Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Duta Keamanan PBB dan Kolonel Kehormat Rela

Terima kasih saudara, sebagai makluman hari ini juga saya turut membahas pindaan rang undang-undang program PLKN.

5.  Penganalisis SilamGemilang

Terima Kasih YB. Silam

6. Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, P188 Silam

Saya ucapkan terima kasih kepada saudara, sampaikan salam saya kepada rakyat Silam, marilah kita bersama-sama bekerja memajukan P188 Silam dan doakan saya semoga gemilang dalam mengantarabngsakan P188 silam yang tersayang. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Penganalisis SilamGemilang

DSC02039DSC02048

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: