Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Yang Dipertua Dewan Negara Parlimen Malaysia mempersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, bagi mengemukakan soalan yang ke 9. Sebelum itu YB. Hj. Salleh memohon izin untuk memperkenalkan kepada sidang Dewan rakyat bahawa rombongan staf dan sahabat parlimen P188 Silam hadir menyaksikan persidangan di Dewan Mulia. Tepukan gemuruh dari Ahli-Ahli Parlimen Malaysia di atas komitmen dan komited YB. Haji Salleh membawa rombongan bagi melihat,menimba ilmu dan membuka minda masyarakat walau dimana jua berada.

i
Berdasarkan jawapan balas dari soalan YB. Haji Salleh, Timbalan Menteri Kesihatan berkata, peruntukan sebanyak 38.5 juta telah digunakan sebahagian untuk membeli ambulan sebanyak 100 buah, 8 di sabah dan 4 di Sarawak. Peruntukan tambahan di kementerian sebanyak 25 juta bagi membeli pacuan empat roda dan boat. Boat akan di edar ke kawasan-kawasan lain termasuk Kota Kinabalu dan Kudat.
Sekali lagi YB. Haji Salleh berdiri bagi memperjelaskan negeri Sabah dan Sarawak mempunyai faktor geografi yang sangat luas dan pengagihan ini perlu dikaji bagi negeri ini ada yang tinggal di pulau-pulau malahan di kawasan sungai. Khususnya Pantai Timur Sabah penduduk kampung tinggal di pulau-pulau di Parlimen Silam terlalu jauh dari mendapatkan kemudahan perubatan. Persoalannya bila peruntukan ini akan di salurkan kepada P188 Silam???
NOTA ; Sidang Parlimen Malaysia akan bersambung esok hari khamis. Pengumuman kepada rakyat 1Silam, 1Sabah, 1Malaysia YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, P188 Silam secara langsung temuramah bersama TV 3 dijangka pada sebelah pagi. Jom…kita lihat TV 3 esok….bersambung..
Penganalisis SilamGemilang