Archive for 18 Jun 2009

MEMBINA SEBUAH NEGARA BANGSA : TEMUBUAL Y.B. TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI BERSAMA RTM 1

Jun 18, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSC02189DSC02190

1. Apakah Pandangan Yang Berhormat tentang KOKUM ? Ko-kurikulum adalah satu bidang yang amat penting bagi melahirkan golongan intelektual. Pembangunan modal insan berkualiti perlu berteraskan kecergasan dan kecerdasan rohani,minda dan intelek bagi mewujudkan keseimbangan dalam kendiri yang berkarisma dan berinovatif tinggi bagi menterjemahkan pembangunan sebenar. Jika syarat kemasukan ke univiersiti hanya ditetapkan 10% dalam bidang ini maka sudah tiba masanya peratus ini dikaji supaya pengamal kendiri lebih sensitif dan bertindak proaktif  bagi keseimbangan dalam ketrampilan kejayaan insan cemerlang dan gemilang. Kita hendak melahirkan kendiri yang berjati diri kental, berketrampilan, kaya dengan nilai-nilai murni bagi menterjemahkan modal insan yang bersahsiah kebenaran dan ketakwaan.

DSC02188DSC02187

2. Perhutanan Negara terpelihara dan terkawal kesan perhatian pihak yang dipertanggungjawabkan bagi mengawal selia keindahan,kekukuhan dan tidak mudah untuk dibolosi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menceroboh hutan simpan negara. Kekayaan hutan simpan khususnya di negeri Sabah yang amat terjaga,terpelihara mampu mengekalkan ekosistem keseimbangan ph alam semulajadi bumi negeri dibawah bayu. Saya kagum dengan pentadbiran Yang amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman Ketua Menteri negeri Sabah, ingin melihat hutan sabah kekal, dijaga, terpelihara demi kegagahan dan kesinambungan pembangunan generasi masa akan datang.

3. Dalam sebuah negara yang hidup berbilang bangsa dan sukukaum, perpaduan utuh perlu kekal sebagai paksi pembinaan sebuah negara bangsa yang berdaulat, bermaruah bagi mencapai hasrat dan wawasan kerajaan kelak. Jika kekuatan ini diteruskan saya yakin dan percaya negara kita tidak menghadapi masalah untuk maju dan terus bangun membina kegemilangan pentadbiran yang stabil dan ekonomi negara akan bertambah baik. Perpaduan perlu diterjemahkan dalam konsep 1Malaysia; Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan kepada bangsa Malaysia. Yang Berhormat Parlimen P1188 Silam juga telah memperkenalkan SLOGAN,TEMA, KONSEP  1Silam,1Love, 1Unity bagi memperkasa dan mengakses kegemilangan agenda kerajaan dibawah pentadbiran Yang amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia. Sebagai menyahut konsep ini YB. SILAM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah membina Papan tanda PERPADUAN di Silam bagi erat dan kuatkan kasih sayang rakyat dan meletakkan kekuatan pentadbiran dan ekonomi sebagai paksi kejayaan negara. Jutaan terima kasih kepada Kelab Penyokong Kerajaan Malaysia yang melantik Yang Berhormat Tuan Haji salleh haji Kalbi, Ahli Jawatankuasa Pelancongan dan Kepenggunaan MALAYSIA.

Selamat Bersidang…………………..

 

Penganalisis SilamGemilang

PARLIMEN MALAYSIA : JAWAPAN OLEH Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Jun 18, 2009

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Tuan Salleh bin Kalbi ( Silam ) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimanakah usaha Kerajaan setakat ini untuk memperbanyakkan lagi kemudahan ambulans yang diubah suai daripada kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan bot laju, memandangkan keadaan geografi Sabah dan sarawak, sekaligus memerlukan pendekatan berlainan berbanding penggunaan ambulans yang biasa digunakan di Semenanjung.

DSC02194

Tuan Yang di-Pertua,

Pada tahun 2008, Kementerian Kesihatan telah memperuntukkan RM38.5 juta untuk pembelian 100 buah ambulans bagi seluruh negara termasuk lapan buah untuk Sabah dan empat buah untuk Sarawak. Pada tahun ini, Kementerian telah memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM25 juta untuk pembelian ambulans untuk seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Peruntukan ini akan digunakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan sarawak untuk membeli ambulans dan juga kenderaan pacuan empat roda. Selain itu, kedua-dua negeri ini juga diberikan peruntukan tambahan melalui peruntukan klinik bergerak. Daripada peruntukan ini, Sarawak akan mendapat 14 buah kenderaan pacuan empat roda manakala Sabah pula lapan buah.

Bagi bot ambulans pula, di Negeri Sabah terdapat 2 buah bot ambulans. Pada masa ini, terdapat sebuah bot di Kota Kinabalu di mana pemandu bot tersebut sedang diberikan latihan penggunaannya manakala sebuah lagi di Kudat tepah beroperasi sepenuhnya. Bot-Bot ini digunakan untuk menghantar pesakit dari kawasan pedalaman ke klinik yang terdekat. bagi Negeri Sarawak pula, terdapat 27 buah bot ambulans yang digunakan untuk menghantar pesakit dari kawasan pedalaman ke klinik atau jalan raya yang terdekat.

 

Salinan dari kertas Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat.

PARLIMEN MALAYSIA : YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, P188 Silam

Jun 18, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

SOALAN :

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha pihak kementerian untuk meningkatkan penglibatan pengusaha dan usahawan Islam dalam industri halal terutamanya di Sabah yang masih rendah berbanding usahawan bukan Islam meskipun industri berkenaan mempunyai pasaran masa depan yang cerah dengan pasaran halal dunia kini dianggarakan bernilai RM7.4 trilion setahun.

DSC02219DSC02210

JAWAPAN :

Tuan Yang di Pertua,

1. Pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan penglibatan pengusaha dan usahawan dalam industri halal di Malaysia. Di antara langkah-langkah utama yang telah diambil oleh kerajaan adalah menubuhkan Halal Industry Development Corporation atau HDC pada 18 September 2006 untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan industri halal secara integrasi dan menyeluruh.

2. Sebagai langkah awal, Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional dimana maklumat-maklumat mengenai pembangunan industri halal dan peluang-peluang perniagaan kepada pengusaha-pengusaha tempatan telah disampaikan. Usahawan-usahawan tempatan juga diberi peluang untuk berinteraksi dengan syarikat Multinasional untuk memperolehi maklumat daripada syarikat-syarikat berkenaan mengenai peluang-peluang serta kriteria untuk menjadi pembekal mereka.

3. Bahkan sebelum ini, usaha-usaha juga telah dijalankan oleh pihak JAKIM yang dahulunya melaksanakan Pensijilan Halal untuk meningkatkan penglibatan pengusaha dan usahawan Islam dalam industri  halal Sabah.

4. Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional HDC telah diadakan di 11 lokasi serata negara termasuk negeri Sabah pada 14 Januari 2008. Sejumlah lebih daripada 300 orang usahawan tempatan dari merata Sabah telah menyertai Seminar tersebut dan memperolehi manfaat daripada acara ini. Selain daripada HDC, terdapat juga agensi-agensi Kerajaan Negeri yang telah mengadakan program pembangunan Industri Halal termasuklah Seminar & Ekspo Pembangunan Industri Halal Nasional, Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan pada bulan Mei 2009 di Tawau, Sabah.

5. Dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran semua pihak yang terlibat di dalam industri halal ini, HDC turut menyediakan program latihan intensif Halal yang komprehensif iaitu Latihan Kesedaran Halal, Latihan Industri Halal dan Latihan Professional Halal. HDC juga bekerjasama dengan semua agensi Kerajaan yang terlibat dalam pembangunan industri halal dan kerjasama ini dapat membangunkan kapisiti pengeluaran usahawan tempatan dalam meningkatkan pengeluaran produk halal yang berkualiti.

6. Usaha-usaha juga sedang dijalankan untuk menubuhkan HDC di negeri Sabah. Dengan adanya pejabat HDC diperingkat negeri ini, usahawan-usahawan akan dapat memperolehi pelbagai maklumat berhubung pembangunan industri halal.

7. HDC juga akan mengadakan kunjungan hormat kepada Majlis AgamaIslam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri Sabah pada 22 Jun 2009, untuk sama-sama meningkatkan kesedaran mengenai halal dan membangunkan industri halal di Sabah.

8. Kerajaan akan sentiasa mengadakan acara-acara berkaitan industri halal di seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan penglibatan rakyat tempatan dalam industri ini.

Salinan semula dari kertas Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat;

 

Penganalisis SilamGemilang