PARLIMEN MALAYSIA : YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, P188 Silam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

SOALAN :

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha pihak kementerian untuk meningkatkan penglibatan pengusaha dan usahawan Islam dalam industri halal terutamanya di Sabah yang masih rendah berbanding usahawan bukan Islam meskipun industri berkenaan mempunyai pasaran masa depan yang cerah dengan pasaran halal dunia kini dianggarakan bernilai RM7.4 trilion setahun.

DSC02219DSC02210

JAWAPAN :

Tuan Yang di Pertua,

1. Pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan penglibatan pengusaha dan usahawan dalam industri halal di Malaysia. Di antara langkah-langkah utama yang telah diambil oleh kerajaan adalah menubuhkan Halal Industry Development Corporation atau HDC pada 18 September 2006 untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan industri halal secara integrasi dan menyeluruh.

2. Sebagai langkah awal, Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional dimana maklumat-maklumat mengenai pembangunan industri halal dan peluang-peluang perniagaan kepada pengusaha-pengusaha tempatan telah disampaikan. Usahawan-usahawan tempatan juga diberi peluang untuk berinteraksi dengan syarikat Multinasional untuk memperolehi maklumat daripada syarikat-syarikat berkenaan mengenai peluang-peluang serta kriteria untuk menjadi pembekal mereka.

3. Bahkan sebelum ini, usaha-usaha juga telah dijalankan oleh pihak JAKIM yang dahulunya melaksanakan Pensijilan Halal untuk meningkatkan penglibatan pengusaha dan usahawan Islam dalam industri  halal Sabah.

4. Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional HDC telah diadakan di 11 lokasi serata negara termasuk negeri Sabah pada 14 Januari 2008. Sejumlah lebih daripada 300 orang usahawan tempatan dari merata Sabah telah menyertai Seminar tersebut dan memperolehi manfaat daripada acara ini. Selain daripada HDC, terdapat juga agensi-agensi Kerajaan Negeri yang telah mengadakan program pembangunan Industri Halal termasuklah Seminar & Ekspo Pembangunan Industri Halal Nasional, Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan pada bulan Mei 2009 di Tawau, Sabah.

5. Dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran semua pihak yang terlibat di dalam industri halal ini, HDC turut menyediakan program latihan intensif Halal yang komprehensif iaitu Latihan Kesedaran Halal, Latihan Industri Halal dan Latihan Professional Halal. HDC juga bekerjasama dengan semua agensi Kerajaan yang terlibat dalam pembangunan industri halal dan kerjasama ini dapat membangunkan kapisiti pengeluaran usahawan tempatan dalam meningkatkan pengeluaran produk halal yang berkualiti.

6. Usaha-usaha juga sedang dijalankan untuk menubuhkan HDC di negeri Sabah. Dengan adanya pejabat HDC diperingkat negeri ini, usahawan-usahawan akan dapat memperolehi pelbagai maklumat berhubung pembangunan industri halal.

7. HDC juga akan mengadakan kunjungan hormat kepada Majlis AgamaIslam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri Sabah pada 22 Jun 2009, untuk sama-sama meningkatkan kesedaran mengenai halal dan membangunkan industri halal di Sabah.

8. Kerajaan akan sentiasa mengadakan acara-acara berkaitan industri halal di seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan penglibatan rakyat tempatan dalam industri ini.

Salinan semula dari kertas Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat;

 

Penganalisis SilamGemilang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: