KEBAKARAN RUMAH DI SUNGAI ATAS, DAERAH KUNAK.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Kunak,21.06.2009-Kebakaran rumah yang berlaku di kampung Sungai Atas daerah Kunak lebih kurang jam 2.00 petang telah menyebabkan banyak kerugian kepada 4 keluarga dan memusnahkan 3 buah rumah. Berdasarkan maklumat daripada encik Paulus Plipus beralamat kampung sungai atas 91200 Kunak, Sabah, yang tinggal dirumah pertama seramai 9 orang. Rumah kedua melalui temuramah dengan adik Mastika Wati Redang memaklumkan mereka tinggal dirumah seramai 8 orang manakala rumah ketiga yang hangus terbakar juga seramai 6 orang. Kebakaran hanya memusnahkan harta benda dan isi rumah terlibat dalam kebakaran semuanya SELAMAT.

Abd. Sabur Wahid, Wakil Pejabat Parlimen P188 Silam Kawasan Kunak hadir meninjau keadaan kebakaran rumah mangsa

Abd. Sabur Wahid, Wakil Pejabat Parlimen P188 Silam Kawasan Kunak hadir meninjau keadaan kebakaran rumah mangsa

Mangsa telah ditempatkan di rumah rehat

Mangsa telah ditempatkan di rumah rehat

Sufian menunjukkan laporan kebakaran yang siap dari pejabat polis daerah Kunak

Sufian menunjukkan laporan kebakaran yang siap dari pejabat polis daerah Kunak

DSC02429

Ketika rakyat 1malaysia menyambut Hari Bapa penuh dengan kegembiraan, ketika itulah rakyat di kampung sungai atas berdukacita,menderita dan hidup tanpa rumah, tanpa harta benda kerana kepantasan api menyala membakar rumah dan hartabenda mereka. Nasib malang ini bukan dipinta tetapi inilah satu ujian Allah SWT kepada hambanya. Disebalik kejadian ini mungkin ada hikmahnya kepada yang terlibat.

Namun demikian, kejadian yang berlaku ini tidak boleh diserah begitu sahaja kepada ketentuan Allah SWT malahan pihak-pihak tertentu perlu membuat kajian bagi mengelakkan kejadian ini tidak berulang kembali. Apa yang menjadi persoalan ialah, sejak akhir-akhir ini banyak kejadian kebakaran rumah berlaku. Siapa yang bertanggungjawab membuat kajian tentang masalah ini ? Peranan NGO bagi memberi ceramah-ceramah /Kempen dengan kerjasama BOMBA daerah perlu bagi mempastikan kecuaian setiap isi rumah tidak berlaku.

Saya berharap kajian peringkat daerah tentang kebakaran yang sering berlaku ini perlu diperhalusi dan memerlukan kerjasama semua pihak agar isu ini tidak berlarutan memusnahkan nyawa dan harta benda orang lain. Tugas dan tanggung jawab untuk mencegah kebakaran tidak boleh diletakkan dibahu seseorang sahaja. Tugas ini perlu dipikul bersama agar kebakaran tidak berulang semula.

 

“1Silam Gemilang 1Malaysia”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: