SAHABAT PARLIMEN P188 SILAM : KAMI UCAP JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA Y.B. SILAM YANG MEMBAWA LAWATAN KE PARLIMEN MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

DSC02130DSC02141

Setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB dan Ybhg Puan Hajah Fatmah Hj. abd. Aziz selaku Pengerusi Sahabat Parlimen P188 Silam yang memberi peluang mengikuti lawatan ke Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur dan negeri Melaka serta lain-lain. Sesungguhnya budi baik dan jasa Y.B. Silam tidak terbalas dan kami hanya mampu berdoa dan bekerja ikhlas semoga Allah SWT melindungi,mengangkat martabat,murah rezeki,di panjangkan umur,dapat berkhidmat sehingga seumur hidup dan Allah Maha Kaya, Maha Melihat, Maha Mendengar dan maha Berkuasa. Manusia tidak mampu menentukan nasib hambanya hanya Allah yang berkuasa tempat memohon doa.Amin.Amin.Amin Ya Rabbulalamin.

Pengalaman melawat menaiki kapal terbang dari airport Daerah Tawau menuju airport Kuala Lumpur walaupun ketika itu cuaca angin kuat namun kami tabahkan hati berdoa kepada Allah SWT yang maha berkuasa. Dalam perjalanan hampir 2jam 50 minit akhirnya kami sampai di airport KLIA. Kami amat berbangga dan terharu apabila kedatangan kami disambut oleh Y.B. Silam walaupun jam menunjukkan jam 01.00 tengah malam. Melihat kami sampai dengan selamat, Y.B. silam saya lihat baru mengeluarkan senyuman, mungkin Y.B. juga baru merasa lega kerana rombongan lawatan dapat sampai dengan selamat. Dalam perjalanan kami menaiki kereta jenis Toyota lebih kurang 2 jam perjaalanan menuju ke tempat penginapan untuk merehatkan kendiri. Hebat hidup dibandar besar tidak sama dengan dengan kehidupan dikawasan luar bandar. Walaupun malam semakin larut namun kenderaan, orang ramai masih lagi kelihatan, kalau di tempat saya sudah pasti tenga malam begini tidak ada lagi kenderaan….Inilah yang dinamakan kemajuan dan pembangunan kota besar seperti hidup di Kuala Lumpur…..

Esok paginya..kami dikejutkan oleh kawan-kawan sebab mau ke Parlimen Malaysia….Saya melihat jam 6.00 pagi…memang betul kawan-kawan semua bangun untuk bersiap. Bila turun ke bawah apa yang menghairankan masih lagi gelap…pelik tapi benar..inilah hakikatnya kalau di Sabah jam 6.00 pagi da siang atau pagi tapi di Kuala Lumpur ni… masih lagi gelap (subuh)…hebat betul orang sabah ni….bangun awal….Kawan-kawan lain pula…masih tidur sehingga jam 9.00 pagi…malahan mereka merasakan hidup di Kuala Lumpur ni…macam tiada siang dan tiada malam bagi mereka sama saja….ini kisah benar ni….Bah..kami ke Parlimen di iringi Y.B. Silam….terus melawat dan menerangkan kepada kami tempat-tempat yang terdapat di Parlimen Malaysia seperti Dewan Rakyat,Dewan Negara,Perpustakaan,Surau,dan lain-lain lagi…….Bersambung………….

 

Penganalisis SilamGemilang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: