SEKOLAH

By

Dr. Mahathir Mohamad

on June 12, 2009 3:55 PM | Permalink | Comments (218) | TrackBacks (0)

Bookmark and Share

1. Seorang tetamu datang berjumpa saya kerana masalah yang dihadapi olehnya. Semasa dia menuju pintu keluar dia berkata, ” Saya sedih anak saya yang sedang bersekolah tak tahu langsung sejarah Malaysia.”

2. Isterinya yang turut bersama mencelah, “Anak saya tak tahu pun ibukota negeri-negeri. Dulu semasa saya di sekolah saya hafal nama semua ibukota bukan sahaja negeri-negeri di Malaysia, tetapi negara-negara di dunia.”

3. Saya baca dalam akhbar bahawa bahasa Inggeris tidak perlu diwajibkan. Jadi apakah yang diwajibkan jika sejarah tak wajib, bahasa Inggeris pun tidak.

4. Saya percaya kita hantar anak ke sekolah supaya dia akan menguasai ilmu. Kita tidak hantar mereka bersekolah untuk dapat sijil tanpa ilmu.

5. Sijil dengan sendirinya tidak akan melayakkan kita untuk apa-apa. Yang melayakkan kita ialah ilmu-ilmu yang sijil berkenaan menyenaraikan telah dikuasai oleh pemegang. Oleh itu jika kita kurangkan ilmu yang diwajibkan supaya kita lulus dengan mudah, catitan dalam sijil tidak punyai makna lagi. Sijil sudah tidak berguna lagi.

6. Mungkin sejarah tak ada kena mengena dengan jenis kerja yang akan dibuat oleh kita. Tetapi tanpa sejarah kita tidak tahu siapa kita, dari mana kita datang dan kenapakah kita berada di sini dan tidak di tempat lain. Apabila kita tidak tahu dari mana kita datang, maka sukar bagi kita menentukan kearah mana kita akan pergi. Mungkin kita percaya kita sedang maju kehadapan tetapi sebaliknya kita sedang undur ke belakang.

7. Semua mata pelajaran susah. Kalau senang apa gunanya kita adakan sekolah, apa perlunya guru yang terlatih. Sebenarnya sekolah mempermudah penguasaan ilmu melalui susunan dan tingkatan, sehingga yang lemah pun boleh belajar, dari satu tingkat ke satu tingkat.

8. Dahulu kita dikehendaki baca dan hafal. Di sesetengah negara Islam masih dilihat kanak-kanak berkumpul di keliling guru (ustaz) di masjid dan membaca Al-Quran dan kitab-kitab dengan suara yang nyaring. Apakah mereka faham atau tidak saya tak tahu. Apakah kelulusan guru dan adakah sijil yang dikeluarkan?

9. Sekarang kita bukan sahaja baca tetapi kita perlu faham apa yang dibaca dan kita tahu relevannya kepada kehidupan masa depan kita.

10. Sesungguhnya cara menyampaikan ilmu telah ditingkatkan sepanjang masa. Demikianlah peningkatan cara menyampaikan ilmu di zaman komputer ini sehingga guru pun akan dapat mempelajari bersama dengan murid.

11. Dalam mempelajari bahasa umpamanya, terdapat software (perisian) yang bersuara dan gambar bergerak yang boleh kita turuti.

12. Jika guru tidak cekap pun, software menerangkan apa yang perlu dibuat untuk mempelajari sesuatu.

13. Tulisan atas skrin akan dibaca oleh pakar dengan sebutan yang baik dan boleh diulangi sehingga sebutan pelajar menjadi cukup baik.

14. Soalan boleh ditanya kepada software dan pelajar boleh banding jawapannya yang ada dalam software. Jika salah jawapan boleh diulangi sehingga pelajar dapat lafazkan jawapan yang baik. Ulangan boleh dibuat berkali-kali.

15. Dinding bilik sekolah boleh diguna sebagai skrin dan ditayang gambar orang yang berkata sesuatu dan perkataan akan tertulis di kaki gambar seperti subtitle yang sering kita lihat.

16. Ia tidak bosan untuk mengulangi berapa kali pun. Pita rakaman boleh dibawa balik untuk mengulangi episod-episod tertentu.

17. Dalam menggunakan software ini guru juga akan mempelajari atau memperbaiki lagi penguasaan bahasa berkenaan.

18. Soal tidak cukup guru tidak timbul. Yang dikehendaki ialah latihan kepada guru bagaimana mengguna software berkenaan. Saya percaya siapa pun boleh belajar cara menggunanya.

19. Sesungguhnya sistem software untuk belajar bahasa amatlah berkesan dan berjaya. Kalau bersungguh-sungguh hanya beberapa hari sahaja yang diperlukan oleh guru atau pelajar untuk menguasai bahasa apa pun.

20. Saya belajar bahasa Perancis secara main-main tetapi saya dapat faham bahasa ini dengan menggunakan hanya piring hitam sebelum ada komputer. Kemudahan di zaman komputer ini jauh lebih baik daripada piring hitam.

21. Seperti bapa dan ibu yang kecewa dengan ilmu yang dipelajari oleh anak mereka, saya juga kecewa dengan desakan supaya dipermudah lagi perolehan sijil sekolah.

22. Jika sijil sudah begitu mudah diperolehi ia tidak akan dihargai lagi, tidak akan berguna untuk dapat kerja dan tak berguna untuk meneruskan pelajaran lebih tinggi juga.

23. Kalau sudah tak berguna, apa perlunya adakan sekolah dan sijil.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: