Archive for 27 Jun 2009

Pemuda UMNO ajak muzakarah

Jun 27, 2009
COPY DARI Blog http://www.rembau.net
KUALA LUMPUR 26 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO sekali lagi menyatakan komitmen untuk terus mengadakan muzakarah dengan Dewan Pemuda Pas demi kepentingan negara dan ummah.

Ketua Penerangannya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, bagi tujuan itu pihaknya bersedia memulakan langkah tersebut pada bila-bila masa.

Beliau berkata, secara sedar atau tidak, orang Melayu di negara ini telah melihat keperluan meneruskan usaha muzakarah antara UMNO dan Pas bagi tujuan perpaduan.

“Ini semua ada kaitan dengan kebimbangan pemimpin kita seperti Naib Presiden (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) bahawa perpecahan akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa.

“Bagi Pemuda, malapetaka kepada kehilangan kuasa mesti dielakkan dan perubahan landskap politik mesti diterjemah kepada usaha memulihkan semangat dan perpaduan orang Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas ingatan Hishammuddin semalam bahawa kuasa orang Melayu akan hilang selama-lamanya jika perpecahan yang berlaku sekarang dibiarkan berterusan.

Ia reaksi kepada kekecewaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terhadap gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika mengulas kenyataan Harussani itu semalam juga sama yakin terdapat sebahagian besar ahli Pas ingin melihat sekurang-kurangnya berlaku muzakarah antara UMNO dan Pas.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya bersedia bermuzakarah secara terbuka dengan Pemuda UMNO dan satu surat rasmi akan dihantar dalam masa terdekat.

“Pemuda Pas berharap Pemuda UMNO tidak menolak muzakarah ini sebaik saja menerima surat rasmi daripada kami dalam masa terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata, Pemuda UMNO tidak perlu khuatir sama ada muzakarah tersebut dapat dilaksanakan atau sebaliknya jika mereka yakin perjuangan UMNO selama ini tidak menyalahi Islam dan syariat.

“Pemuda UMNO boleh jelaskan bahawa perjuangan mereka tidak menyalahi Islam dan mereka tidak perlu mengelak daripada muzakarah ini jika mereka benar,” tambah Nasrudin.

(Source: Utusan Malaysia)

KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA BERSAMA MANTAN SETIAUSAHA PEMUDA UMNO SILAM

Jun 27, 2009

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Syukur kehadrat Allah SWT, Selawat Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, Para Sahabat Kaum Muslimin dan Muslimat. Apa khabar pengunjung Blog ? Saya mendoakan anda semua Sihat,Bahagia,Gemilang Urusan, Di murahi Rezeki dan Selamat, Aman dan Makmur. Perjuangan untuk membina gerbang kegemilangan perlu diteruskan bagi kemodenan dan pembangunan agama, bangsa, dan negara.

DSC02199

PEMUDA UMNO sebagai pelapis pembangunan nadi ummah dan bangsa proaktif berlari pantas menghalusi minda belia-belia agar selaras dengan arus visi dan misi UMNO MALAYSIA. Pemuda hari ini semakin matang berfikir dalam menentukan hala tuju dan masa depan pemimpin masa depan negara. Pemuda mempunyai turbo untuk mengakses kualiti budaya kerja yang aktif dan pantas. Hari ini…nasib Pemuda memerlukan sokongan dan perhatian serius bagi meletakkan kendiri Belia di landasan yang kukuh dan kuat.

Hari ini saya masih lagi bergelar PEMUDA UMNO yang ingin melihat Transformasi dan perubahan besar dalam gerak kerja. Perubahan drastik perlu dipercepatkan bagi menawan hati dan masa depan yang lebih berkilau bah mutiara bukan seperti besi berkilat akhirnya berkarat. Jika anjakan paradigma dalam pembentukan Pemuda mantap dan di ingati dan di hargai saya yakin kepimpinan peringkat tertinggi tidak perlu lagi mengeluarkan belanja besar untuk menjadikan rakyat tulen dan putih. Secara total Pemuda akan kehadapan melestarikan perjuangan Pemuda UMNO. Saya masih menanti dan berharap 101 Transformasi Besar bagi mengemudi Pemuda UMNO yang benar-benar PUTIH. Jika tidak keberatan izinkan saya untuk berkata-kata bagi membangunkan minda Pemuda gemilang di masa hadapan.

1. Pemuda UMNO perlu berjalan dari langkah pertama dengan perancangan yang strategik bagi memantulkan cahaya yang berkilau di hati sanubari kendiri setiap insan. Perancangan awal yang perlu paling aktif seperti mana yang telah di angkat kewibawanya Pemuda oleh Yang Berhormat Khairy Jamaluddin yang menjiwai hati Pemuda itu sendiri. Berjiwa Pemuda samalah seperti kita menjadikan setiap kendiri ahli Pemuda seperti Rakan,Kawan,Sahabat dan yang paling tepat sekali sebagaimana kita memiliki sahabat atau teman sejati tanpa rasa prejudis dan buruk sangka. Ahli Pemuda ini mengharapkan hanya satu yang paling utama iaitu layanan baik sehingga kita merasakan hari-hari bertemu dan berjumpa senyuman, salaman┬ádan lambayan itu satu kewajipan yang menjadi amalan nombor satu di hati setiap pemimpin Pemuda. Bersambung……………..101 Transformasi Besar bagi mengemudi Pemuda UMNO yang benar-benar PUTIH.