KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA BERSAMA MANTAN SETIAUSAHA PEMUDA UMNO SILAM

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Syukur kehadrat Allah SWT, Selawat Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, Para Sahabat Kaum Muslimin dan Muslimat. Apa khabar pengunjung Blog ? Saya mendoakan anda semua Sihat,Bahagia,Gemilang Urusan, Di murahi Rezeki dan Selamat, Aman dan Makmur. Perjuangan untuk membina gerbang kegemilangan perlu diteruskan bagi kemodenan dan pembangunan agama, bangsa, dan negara.

DSC02199

PEMUDA UMNO sebagai pelapis pembangunan nadi ummah dan bangsa proaktif berlari pantas menghalusi minda belia-belia agar selaras dengan arus visi dan misi UMNO MALAYSIA. Pemuda hari ini semakin matang berfikir dalam menentukan hala tuju dan masa depan pemimpin masa depan negara. Pemuda mempunyai turbo untuk mengakses kualiti budaya kerja yang aktif dan pantas. Hari ini…nasib Pemuda memerlukan sokongan dan perhatian serius bagi meletakkan kendiri Belia di landasan yang kukuh dan kuat.

Hari ini saya masih lagi bergelar PEMUDA UMNO yang ingin melihat Transformasi dan perubahan besar dalam gerak kerja. Perubahan drastik perlu dipercepatkan bagi menawan hati dan masa depan yang lebih berkilau bah mutiara bukan seperti besi berkilat akhirnya berkarat. Jika anjakan paradigma dalam pembentukan Pemuda mantap dan di ingati dan di hargai saya yakin kepimpinan peringkat tertinggi tidak perlu lagi mengeluarkan belanja besar untuk menjadikan rakyat tulen dan putih. Secara total Pemuda akan kehadapan melestarikan perjuangan Pemuda UMNO. Saya masih menanti dan berharap 101 Transformasi Besar bagi mengemudi Pemuda UMNO yang benar-benar PUTIH. Jika tidak keberatan izinkan saya untuk berkata-kata bagi membangunkan minda Pemuda gemilang di masa hadapan.

1. Pemuda UMNO perlu berjalan dari langkah pertama dengan perancangan yang strategik bagi memantulkan cahaya yang berkilau di hati sanubari kendiri setiap insan. Perancangan awal yang perlu paling aktif seperti mana yang telah di angkat kewibawanya Pemuda oleh Yang Berhormat Khairy Jamaluddin yang menjiwai hati Pemuda itu sendiri. Berjiwa Pemuda samalah seperti kita menjadikan setiap kendiri ahli Pemuda seperti Rakan,Kawan,Sahabat dan yang paling tepat sekali sebagaimana kita memiliki sahabat atau teman sejati tanpa rasa prejudis dan buruk sangka. Ahli Pemuda ini mengharapkan hanya satu yang paling utama iaitu layanan baik sehingga kita merasakan hari-hari bertemu dan berjumpa senyuman, salaman dan lambayan itu satu kewajipan yang menjadi amalan nombor satu di hati setiap pemimpin Pemuda. Bersambung……………..101 Transformasi Besar bagi mengemudi Pemuda UMNO yang benar-benar PUTIH.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: