Pemuda UMNO ajak muzakarah

COPY DARI Blog http://www.rembau.net
KUALA LUMPUR 26 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO sekali lagi menyatakan komitmen untuk terus mengadakan muzakarah dengan Dewan Pemuda Pas demi kepentingan negara dan ummah.

Ketua Penerangannya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, bagi tujuan itu pihaknya bersedia memulakan langkah tersebut pada bila-bila masa.

Beliau berkata, secara sedar atau tidak, orang Melayu di negara ini telah melihat keperluan meneruskan usaha muzakarah antara UMNO dan Pas bagi tujuan perpaduan.

“Ini semua ada kaitan dengan kebimbangan pemimpin kita seperti Naib Presiden (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) bahawa perpecahan akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa.

“Bagi Pemuda, malapetaka kepada kehilangan kuasa mesti dielakkan dan perubahan landskap politik mesti diterjemah kepada usaha memulihkan semangat dan perpaduan orang Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas ingatan Hishammuddin semalam bahawa kuasa orang Melayu akan hilang selama-lamanya jika perpecahan yang berlaku sekarang dibiarkan berterusan.

Ia reaksi kepada kekecewaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terhadap gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika mengulas kenyataan Harussani itu semalam juga sama yakin terdapat sebahagian besar ahli Pas ingin melihat sekurang-kurangnya berlaku muzakarah antara UMNO dan Pas.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya bersedia bermuzakarah secara terbuka dengan Pemuda UMNO dan satu surat rasmi akan dihantar dalam masa terdekat.

“Pemuda Pas berharap Pemuda UMNO tidak menolak muzakarah ini sebaik saja menerima surat rasmi daripada kami dalam masa terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata, Pemuda UMNO tidak perlu khuatir sama ada muzakarah tersebut dapat dilaksanakan atau sebaliknya jika mereka yakin perjuangan UMNO selama ini tidak menyalahi Islam dan syariat.

“Pemuda UMNO boleh jelaskan bahawa perjuangan mereka tidak menyalahi Islam dan mereka tidak perlu mengelak daripada muzakarah ini jika mereka benar,” tambah Nasrudin.

(Source: Utusan Malaysia)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: