Masa pengajaran BM, BI wajar ditambah

Oleh Nazmi Yaakub
bminggu@bharian.com.my


Ungku Aziz

Pendekatan pembelajaran sedia ada sudah lapuk, perlu digantikan dengan kaedah terkini

SHAH ALAM: Prof Diraja Ungku Aziz menyarankan masa pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada semua peringkat sekolah ditambahkan kepada sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam seminggu untuk meningkatkan penguasaan dua bahasa berkenaan.

Beliau berkata, penguasaan bahasa Melayu penting untuk tujuan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum, manakala bahasa Inggeris pula berperanan untuk menambah ilmu dan menembusi dunia besar.
“Masa untuk belajar bahasa itu (sekarang) tidak cukup, sedangkan ia kunci kepada kualiti pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti.

“Ia bertujuan apabila pelajar berusia 17 tahun, mereka menguasai bahasa berkenaan tanpa (dicemari) bahasa rojak dan menggu-nakan tatabahasa yang baik,” katanya pada Ucaptama Kolokium Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) serta Implikasinya Terhadap Pembangunan Modal Insan Murid di Bangunan Umno Bahagian Shah Alam, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), Datuk Abdul Raof Hussin.

Ungku Aziz berkata, pengajaran bahasa juga perlu menggunakan kaedah dan teori pendidikan terkini, manakala pendekatan sedia ada itu disifatkan sudah lapuk sehingga perlu diubah.

“Ramai yang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (pendidikan) di Eropah sejak 30 tahun dulu dan membawa teori yang (kini) sudah lapuk,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Pembina yang juga Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata bahasa Melayu paling berkesan diguna dan dimartabatkan sebagai bahasa pengantar tunggal sistem pendidikan di negara ini.

“Bahasa Melayu adalah alat yang terbaik bagi mendalami ilmu pengetahuan, bermula sekolah rendah hingga universiti.

“Buktinya terserlah di mana beribu-ribu pelajar kita berjaya dalam semua bidang sains dan teknologi sebelum kita memperkenalkan PPSMI,” katanya dalam teks yang dibacakan Abdul Raof.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: