‘Perpaduan kaum paksi kemakmuran’

Oleh Magendran Rajagopal dan Nazura Ngah
bhnews@bharian.com.my

Najib mahu konsep 1Malaysia asas penyatuan kemakmuran berterusan

KUALA LUMPUR: Kesatuan dan perpaduan antara kaum selaras dengan konsep 1Malaysia adalah tunjang kepada masa depan dan cita-cita negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, kesatuan dan perpaduan menjadi asas paling penting untuk memastikan kemakmuran terus dinikmati masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Tiada guna jika negara mempunyai ramai cerdik pandai, hasil bumi yang banyak dan memiliki teknologi tinggi jika tidak berpaksikan pada kesatuan dan perpaduan,” katanya berucap melancarkan logo 1Malaysia dan program Senam Seni Malaysia di Dataran Merdeka di sini, semalam.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Sebelum pelancaran Logo 1Malaysia dilakukan, logo itu diusung ke atas pentas oleh 40 orang termasuk empat anggota Kabinet iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan dan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.

Najib kemudian menyimpulkan pengertian 1Malaysia dengan menggunakan analogi berdasarkan perhimpunan itu yang terdiri daripada mereka yang memakai baju merah, biru, kuning dan putih (merujuk pada pakaian yang dipakai peserta).

“Walaupun memakai baju berlainan warna perhimpunan bergerak menuju satu matlamat. Ini bererti jika ada ikatan kukuh dan teguh pun, jika seperti ‘enau dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuk’, kita bergerak sendirian.

“Cuba bayangkan kumpulan biru atau merah atau lain-lain bergerak sendiri, sudah tentu perhimpunan ini bercelaru. Tetapi apabila kita bergerak mengikut satu hala tuju kepada satu rentak, satu peraturan dan ikut panduan, maka perhimpunan akan menjadi amat indah dan mencerminkan konsep 1Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, logo 1Malaysia mempunyai pengertian amat mendalam, iaitu bermula dengan angka satu kerana tiada angka lebih besar daripada satu, sekali gus menggambarkan keunggulan Malaysia.

Sementara itu, berucap pada majlis perasmian Konvensyen Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St John, Najib berkata, sekolah mubaligh memiliki semangat unik bagi memupuk perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Semangat diutarakan sekolah mubaligh ini membentuk perwatakan dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar tidak banyak berbeza daripada konsep 1Malaysia,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: