Umno Kedah hantar petugas ke Manek Urai

ALOR SETAR: Umno Kedah akan menghantar petugas bagi membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan, 14 Julai ini.

Ketua Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata kumpulan petugas berkenaan akan berlepas beberapa hari sebelum penamaan calon, 6 Julai ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah anggota yang dihantar Umno Kedah untuk membantu kempen BN itu.
“Apa yang boleh saya katakan ialah jumlah mereka yang dihantar menepati bilangan yang dikehendaki oleh ibu pejabat parti.

“BN yakin kita mempunyai peluang yang cerah untuk merampas kerusi DUN Manik Urai,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno dan BN Kedah di sini, semalam.

Mohd Shafie yang juga Pengerusi BN Kedah berkata, beliau juga akan mempelawa anggota komponen BN negeri ini menghantar petugas bagi membantu kempen calon BN di Manik Urai.

Mengenai pemilihan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, sebagai calon BN, beliau berkata amat ia amat bertepatan kerana Tuan Aziz rapat dengan penduduk setempat.

“Tuan Aziz adalah orang yang amat dikenali dan disenangi di Manik Urai, malah beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang baik kerana sering turun padang membantu penduduk.

“Ini adalah satu kelebihan kepada BN untuk menang pada pilihan raya kecil itu nanti,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: