Posted on Sunday, June 28 @ 03:00:54 MYT Topic: Berita Terkini |
|
|
Archive for Jun 2009
KetuaPemuda: Manik Urai : Pemuda Tumpu Gerakan Dekati 2030 Pengundi Muda
Jun 28, 2009MT UMNO ditentukan 2.3j ahli?
Jun 28, 2009
Posted on Thursday, June 25 @ 11:42:31 MYT Topic: Keratan Akhbar |
|
|
Persidangan Tahunan Cawangan Dan Bahagian 2009
Jun 28, 2009
Apr 15th, 2009 | By administrator | Category: Berita Utama
KUALA LUMPUR, 15 April – Ibu Pejabat UMNO mengeluarkan pekeliling memaklumkan bahawa tarikh-tarikh Persidangan Tahunan Cawangan dan Perwakilan Bahagian termasuk Pergerakan Sayap-sayap bagi tahun 2009.
Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan bagi tahun 2009 adalah seperti berikut:
1. Persidangan Tahunan Cawangan 2009
1.1. Cawangan-cawangan bolehlah mengadakan Persidangan Tahunannya bila-bila masa mulai hari Jumaat, 15 Mei 2009 sehingga hari Selasa, 30 Jun 2009.
1.2. Cawangan-cawangan yang telah berdaftar pada atau sebelum 31 Disember 2008 serta telah memperolehi Sijil Pendaftaran Cawangannya sahaja yang layak mengadakan Persidangan Tahunannya untuk tahun 2009.
1.3. Tarikh bagi semua Persidangan Tahunan Cawangan hendaklah ditentukan oleh Bahagian setelah berunding dengan Cawangan berkenaan.
1.4. Merujuk kepada Peraturan Persidangan 5.3 “Persidangan Cawangan hendaklah diadakan pada satu tempat yang berkecuali dalam Cawangan berkenaan, melainkan jika tidak ada kemudahan di situ maka Persidangan bolehlah diadakan di mana-mana tempat yang munasabah termasuk di luar Cawangan setelah berunding dengan Bahagian”.
1.5. Setiausaha Cawangan hendaklah memberitahu ahli-ahli secara bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan Persidangan Tahunan Cawangan.
1.6. Sebarang permohonan untuk menunda tarikh-tarikh persidangan Tahunan Cawangan di luar daripada tempoh yang telah ditetapkan tidak akan diluluskan.
1.7. Persidangan Cawangan hendaklah terdiri daripada :-
i. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap
ii. Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan
iii. Ahli-ahli Cawangan yang telah menjelaskan yuran tahunannya sebelum atau pada 31 Disember 2008.
1.8. Sesuai dengan Fasal 17.5 Perlembagaan UMNO, di antara tugas-tugas Persidangan Cawangan ialah:-
FASAL 17.5.6
Memilih Wakil-wakil ke Perwakilan Bahagian. Wakil-wakil yang tidak dipilih di dalam Persidangan Cawangan atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah.
FASAL 17.5.8
Tertakluk kepada Fasal 8.4.3, mencadangkan 7 nama untuk dipilih sebagai wakil UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO.
2. Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda Dan Puteri Cawangan 2009
2.1.1. Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan bolehlah mengadakan Persidangan Tahunan masing-masing bila-bila masa mulai dari hari Jumaat, 15 Mei 2009 sehingga hari Selasa, 30 Jun 2009.
2.2.2. Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Cawangan hendaklah diadakan terlebih dahulu sebelum Persidangan Tahunan Cawangan masing-masing.
2.2.3. Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan hendaklah memberitahu ahli-ahli secara bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan persidangan masing-masing.
2.2.4. Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan hendaklah terdiri daripada :-
i. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan
ii. Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan UMNO Cawangan
iii. Ahli-ahli Pergerakan UMNO Cawangan yang telah menjelaskan yuran tahunannya sebelum atau pada 31 Disember 2008.
iv. Tidak lebih dari dua orang wakil daripada Jawatankuasa UMNO Cawangan.
2.2.5. Sesuai dengan Fasal 19.4, Peraturan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, tugas-tugas Persidangan Tahunan Cawangan masing-masing adalah :-
FASAL 19.4.3
Memilih dua (2) orang wakil ke Mesyuarat Perwakilan Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Bahagian sebagaimana Fasal 14.2.4 Peraturan ini.
FASAL 19.4.5
Tertakluk kepada Fasal 9.2.4 Peraturan ini, mencadangkan dua (2) orang wakil Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Malaysia.
MESYUARAT PERWAKILAN BAHAGIAN
2.3.1. Bahagian-Bahagian bolehlah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagiannya bila-bila masa mulai hari Khamis, 16 Julai 2009 sehingga hari Ahad, 16 Ogos 2009.
2.3.2. Bahagian hendaklah menetapkan tarikh, masa dan tempat Mesyuarat Perwakilan Bahagian dalam tempoh yang dinyatakan di atas. Badan Perhubungan UMNO Negeri hendaklah menentukan Pemerhati-pemerhatinya ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian tersebut.
2.3.3. Merujuk kepada Peraturan Persidangan 5.2 “ Mesyuarat Perwakilan Bahagian hendaklah diadakan pada satu tempat dalam Bahagian yang berkenaan, tetapi jika tidak ada kemudahan di situ maka kebenaran boleh diberi oleh Majlis Tertinggi untuk mengadakan perwakilan di luar Bahagian.
2.3.4. Setiausaha Bahagian hendaklah memberitahu Cawangan secara bertulis sekurang-kurangnya empat belas (14) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan Perwakilan Bahagian.
2.3.5. Sebarang permohonan untuk menunda tarikh Mesyuarat
Perwakilan Bahagian di luar daripada tempoh yang telah ditetapkan tidak akan diluluskan.
2.3.6. Mesyuarat Perwakilan Bahagian hendaklah terdiri daripada :-
i. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap
ii. Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian
iii. Ketua Cawangan yang Cawangannya telah mengadakan Persidangan dan telah menjelaskan yuran kepada Bahagian bagi tahun 2008. Ketua Cawangan yang menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Cawangan.
iv. Wakil-wakil yang dilantik oleh Persidangan Cawangan sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap lima puluh orang ahli yang telah menjelaskan yurannya sebelum atau pada 31 Disember 2008, tetapi jumlah Ahli Perwakilan itu tidak lebih daripada lima (5) orang dari satu (1) Cawangan.
v. Tidak lebih daripada sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Wanita, sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Pemuda dan sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Puteri yang dipilih oleh Perwakilan Bahagiannya masing-masing.
2.3.7 Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian boleh dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi ataupun sesiapa saja yang difikirkan sesuai untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian masing-masing.
MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI BAHAGIAN
2.4.1. Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian bolehlah mengadakan Mesyuarat Perwakilannya pada bila-bila masa mulai dari hari Khamis, 16 Julai 2009 sehingga hari Ahad, 16 Ogos 2009. Semua Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian hendaklah diadakan sebelum Mesyuarat Perwakilan Bahagian masing-masing.
2.4.2. Tarikh Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian hendaklah ditentukan oleh Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Bahagian dengan persetujuan Bahagian masing-masing.
2.4.3. Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian hendaklah memberitahu ahli-ahli secara bertulis sekurang-kurangnya empat belas (14) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan Mesyuarat Perwakilan diadakan.
2.4.4. Sebarang permohonan untuk menunda tarikh Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian di luar daripada tempoh yang telah ditetapkan tidak akan diluluskan.
2.4.5. Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian hendaklah terdiri daripada :-
i. Pengerusi Tetap Pergerakan UMNO Bahagian dan Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan UMNO Bahagian.
ii. Jawatankuasa Pergerakan UMNO Bahagian.
iii. Ketua-ketua Pergerakan UMNO Cawangan. Sekiranya ia menjadi Ahli Jawatankuasa Pergerakan UMNO Bahagian, maka bolehlah ia melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Pergerakan Cawangan UMNO.
iv. Dua (2) orang wakil yang dipilih oleh Mesyuarat Persidangan Pergerakan UMNO Cawangan dalam Bahagian itu, mana-mana wakil yang tidak dapat hadir tidak boleh melantik gantinya.
v. Tidak lebih dari tiga (3) orang wakil daripada Jawatankuasa UMNO Bahagian.
2.4.6. Sesuai dengan Fasal 14.3, Peraturan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, tugas-tugas Mesyuarat Perwakilan masing-masing adalah:-
FASAL 14.3.3
Memilih Sepuluh (10) orang wakil Perhimpunan Agung Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Bahagian menurut Fasal 14.4.6 Perlembagaan UMNO.
FASAL 14.3.4
Memilih dua (2) orang wakil Perhimpunan Agung Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Malaysia menurut Fasal 9.2.4 Peraturan ini.
3. BORANG 9 ( AKTA PERTUBUHAN 1966 )
Semua Cawangan dan Bahagian hendaklah mengisi Borang 9 ( Akta Pertubuhan 1966 ), bersama minit Mesyuarat (Peringatan Persidangan/Perwakilan), senarai Ahli-ahli Jawatankuasa dan Penyata Kewangan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari selepas persidangan, bagi memenuhi kehendak peruntukan di bawah Akta Pertubuhan. Tindakan ini perlu diambil bagi mengelakkan daripada berlakunya pembatalan mana-mana Bahagian atau Cawangan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
4. KEDUDUKAN AHLI YANG MUFLIS
Sesuai dengan Fasal 9 ‘A’ (1) (d) dan 9 ‘A’ (7) (c) Akta Pertubuhan 1966, dan Fasal 6.3.4 Perlembagaan UMNO, maka seseorang muflis tidak dibenarkan bertanding atau memegang sebarang jawatan di mana-mana peringkat Persidangan Tahunan Cawangan atau mesyuarat Perwakilan Bahagian, termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri. Mereka juga dilarang untuk menjadi wakil dari Cawangan ke Bahagian atau dari Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO.
5. PENGERUSI TETAP
Semua Pengerusi Tetap yang mempengerusikan mana-mana Persidangan Tahunan Cawangan termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Pergerakan Puteri dikehendaki menandatangani Surat Akaun dan membaca surat tersebut di hadapan Perwakilan untuk mengesahkan mereka tidak muflis.
Sehubungan itu, Ibu Pejabat UMNO berharap agar semua pihak yang terbabit akan mengambil tindakan sewajarnya dan dapat mematuhi semua aturan dalam persidangan yang telah digariskan dalam parti.
Selamat Bersidang!
TIADA WAKIL PEMUDA UMNO SILAM KE PERSIDANGAN PEMUDA UMNO CAWANGAN 1 TRANSFORMASI KE ARAH KEMUNDURAN
Jun 28, 2009Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
1. Persidangan Pemuda UMNO Cawangan di salah sebuah kampung di daerah Lahad Datu merasa amat dukacita apabila Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Silam tidak menghantar wakil bagi menghadiri dan mengesahkan perjalanan persidangan yang telah dirancang mengikut jadual. Sebagai Pemuda UMNO Cawangan lebih kurang 40% terdiri golongan muda merasa amat kesal dengan sistem pentadbiran yang mengabaikan dan membiarkan ahli bersidang tanpa Pemuda UMNO Bahagian Silam.
2. sebagai Ahli Pergerakan Pemuda UMNO cawangan amat kecewa,dukacita,hampa dan sedih kerana tanggungjawab yang diberikan oleh Ahli Pemuda Cawangan agar mereka dapat membawa 1 transformasi besar akhirnya berkecai dan sia-sia sahaja. Semasa pemilihan jawatan mereka datang merayu-rayu agar dapat mencalonkan dan memilih mereka dalam jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Silam. Apabila sudah dapat jawatan mereka sudah lupa dan alpa dengan tugas dan tanggungjawab terhadap Ahli Pemuda UMNO Cawangan.
3. Jika inilah yang dinamakan perubahan tidak hadir ke Persidangan Pemuda UMNO Cawangan saya yakin Ahli Pemuda UMNO akan merasa kendiri tidak dihargai dan hanya diperalatkan untuk memilih mereka ke peringkat jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian, dan akhirnya Ahli tidak akan memilih mereka lagi kerana tidak Amanah. Persoalannya sampai bila Pergerakan Pemuda UMNO perlu berubah???….Mereka hanya datang berjumpa Ahli Pemuda UMNO Cawangan semasa pemilihan sahaja. Jika mahu Ahli Pemuda UMNO Cawangan menghormati Pemuda UMNO Bahagian Silam Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian perlu berubah ke arah 1Transformasi Baru yang tidak menyisihkan Persidangan Pemuda UMNO Cawangan.
4. Saya ingin melihat Persidangan dan Ahli Pemuda UMNO dihargai dan dijadikan SAHABAT bukannya dilayan seperti tiada nilai dan harga diri.
5. Saya ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Naib Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Silam Saudara Hazlan yang komited membawa perubahan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Silam apabila sudi menerima Respon dan menyelesaikan masalah ini, walaupun beliau pada ketika itu, bertugas di tempat lain dapat membantu menyelesaikan masalah Persidangan Pemuda UMNO Cawangan ini. Terima kasih sekali lagi kepada saudara Hazlan.
AHLI PEMUDA UMNO
CAWANGAN
‘Perpaduan kaum paksi kemakmuran’
Jun 28, 2009Oleh Magendran Rajagopal dan Nazura Ngah
bhnews@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Kesatuan dan perpaduan antara kaum selaras dengan konsep 1Malaysia adalah tunjang kepada masa depan dan cita-cita negara, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, kesatuan dan perpaduan menjadi asas paling penting untuk memastikan kemakmuran terus dinikmati masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Tiada guna jika negara mempunyai ramai cerdik pandai, hasil bumi yang banyak dan memiliki teknologi tinggi jika tidak berpaksikan pada kesatuan dan perpaduan,” katanya berucap melancarkan logo 1Malaysia dan program Senam Seni Malaysia di Dataran Merdeka di sini, semalam.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Sebelum pelancaran Logo 1Malaysia dilakukan, logo itu diusung ke atas pentas oleh 40 orang termasuk empat anggota Kabinet iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan dan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.
Najib kemudian menyimpulkan pengertian 1Malaysia dengan menggunakan analogi berdasarkan perhimpunan itu yang terdiri daripada mereka yang memakai baju merah, biru, kuning dan putih (merujuk pada pakaian yang dipakai peserta).
“Walaupun memakai baju berlainan warna perhimpunan bergerak menuju satu matlamat. Ini bererti jika ada ikatan kukuh dan teguh pun, jika seperti ‘enau dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuk’, kita bergerak sendirian.
“Cuba bayangkan kumpulan biru atau merah atau lain-lain bergerak sendiri, sudah tentu perhimpunan ini bercelaru. Tetapi apabila kita bergerak mengikut satu hala tuju kepada satu rentak, satu peraturan dan ikut panduan, maka perhimpunan akan menjadi amat indah dan mencerminkan konsep 1Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, logo 1Malaysia mempunyai pengertian amat mendalam, iaitu bermula dengan angka satu kerana tiada angka lebih besar daripada satu, sekali gus menggambarkan keunggulan Malaysia.
Sementara itu, berucap pada majlis perasmian Konvensyen Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St John, Najib berkata, sekolah mubaligh memiliki semangat unik bagi memupuk perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum.
“Semangat diutarakan sekolah mubaligh ini membentuk perwatakan dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar tidak banyak berbeza daripada konsep 1Malaysia,” katanya.
Masa pengajaran BM, BI wajar ditambah
Jun 28, 2009Oleh Nazmi Yaakub
bminggu@bharian.com.my
Ungku Aziz |
Pendekatan pembelajaran sedia ada sudah lapuk, perlu digantikan dengan kaedah terkini
SHAH ALAM: Prof Diraja Ungku Aziz menyarankan masa pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada semua peringkat sekolah ditambahkan kepada sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam seminggu untuk meningkatkan penguasaan dua bahasa berkenaan.
Beliau berkata, penguasaan bahasa Melayu penting untuk tujuan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum, manakala bahasa Inggeris pula berperanan untuk menambah ilmu dan menembusi dunia besar.
“Masa untuk belajar bahasa itu (sekarang) tidak cukup, sedangkan ia kunci kepada kualiti pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti.
“Ia bertujuan apabila pelajar berusia 17 tahun, mereka menguasai bahasa berkenaan tanpa (dicemari) bahasa rojak dan menggu-nakan tatabahasa yang baik,” katanya pada Ucaptama Kolokium Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) serta Implikasinya Terhadap Pembangunan Modal Insan Murid di Bangunan Umno Bahagian Shah Alam, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Eksekutif Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), Datuk Abdul Raof Hussin.
Ungku Aziz berkata, pengajaran bahasa juga perlu menggunakan kaedah dan teori pendidikan terkini, manakala pendekatan sedia ada itu disifatkan sudah lapuk sehingga perlu diubah.
“Ramai yang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (pendidikan) di Eropah sejak 30 tahun dulu dan membawa teori yang (kini) sudah lapuk,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi Pembina yang juga Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata bahasa Melayu paling berkesan diguna dan dimartabatkan sebagai bahasa pengantar tunggal sistem pendidikan di negara ini.
“Bahasa Melayu adalah alat yang terbaik bagi mendalami ilmu pengetahuan, bermula sekolah rendah hingga universiti.
“Buktinya terserlah di mana beribu-ribu pelajar kita berjaya dalam semua bidang sains dan teknologi sebelum kita memperkenalkan PPSMI,” katanya dalam teks yang dibacakan Abdul Raof.
Permuafakatan BN dibincang
Jun 28, 2009Oleh Mohd Roji Abdullah
mdroji@bharian.com.my
MUHYIDDIN bergambar kenangan dengan peserta Pewaris 2009, di Muar, semalam. |
Semua parti komponen perlu sepakat, pendirian mesti konsisten: TPM
MUAR: Permuafakatan parti komponen Barisan Nasional (BN) terhadap perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan harus dibincangkan semula bagi memastikan semua yang terbabit sepakat dalam semua isu berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pendirian parti terhadap perkara yang sudah dipersetujui dalam perlembagaan tidak boleh dilihat sentiasa berubah kerana ia boleh menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat.
Beliau berkata, ketika ini, banyak berlaku perbezaan pendapat antara parti komponen BN berhubung perkara dalam perlembagaan dan ia dikhuatiri dilihat sebagai pendirian BN tidak konsisten.
Katanya, perkara pokok yang termaktub dalam perlembagaan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, hak kaum bukan Melayu, agama Islam, bahasa kebangsaan dan pengagihan kekayaan harus dipelihara dan dipertahankan.
“Selepas lebih 50 tahun konsep permuafakatan itu dilaksanakan dalam BN, kini wujud perbezaan pendapat di kalangan parti komponen. Perkara ini banyak disumbangkan oleh perkembangan politik semasa yang semakin berubah akibat wujudnya pemikiran baru serta timbulnya harapan generasi muda yang lahir selepas era merdeka.
“Pendirian terhadap perkara disepakati dalam perlembagaan tidak sewajarnya dikorbankan,” katanya selepas merasmikan Program Bersama Pewaris Muda (Pewaris) 2009, di sini, semalam.
Muhyiddin, berkata beliau sudah bertemu secara tidak formal dengan beberapa pemimpin parti komponen BN dan mereka bersetuju masalah yang timbul diselesaikan secara permuafakatan.
Sementara itu di MUAR, Muhyiddin berkata, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak perlu meminta maaf daripada Umno ekoran kenyataannya yang menyamakan Umno dengan Ayah Pin dan komunis sebaliknya memohon ampun daripada Tuhan.
“Sebagai ulama dan tokoh agama yang disegani, Mursyidul Am Pas itu sepatutnya lebih mengetahui hukum membuat tuduhan yang boleh mencemarkan imej sesuatu pihak,” katanya mengulas gesaan banyak pihak yang mahu Nik Aziz minta maaf kerana menyamakan Umno dengan Ayah Pin dan komunis.
Sementara itu, Muhyiddin yang akan mengumumkan calon BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini, berkata calon itu adalah yang terbaik dan mampu berkhidmat kepada rakyat.
Mengenai kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah, yang yakin BN mampu merampas semula kerusi DUN itu, Muhyiddin berkata, sebagai orang lama, Ahli Parlimen Gua Musang itu tentunya lebih tahu keadaan sebenar di kawasan berkenaan.
Nik Aziz ajak Najib berdebat
Jun 28, 2009Menteri Besar Kelantan itu berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.
“Jemputan itu sengaja dibuat kerana kekecohan dalam politik hari ini, terutama antara Pas dan Umno,” katanya selepas mengimamkan solat Sunat Dhuha di pekarangan Pasar Siti Khadijah, di sini, semalam.
Nik Aziz berkata, hasrat untuk perdebat itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.
Katanya perkara berlaku sekarang tidak akan selesai melalui media sebagai saluran tetapi mesti dibincangkan secara bersemuka. Bernama
Rumpai laut jadi projek impak tinggi: Noh
Jun 28, 2009Beliau berkata, kawasan seluas 102,000 hektar di Semporna, Lahad Datu, Kudat dan Sandakan sudah dikenal pasti bagi projek berkenaan.
Sebagai permulaan, katanya, seramai 220 peserta akan dipilih untuk menyertai projek tersebut yang akan dimulakan tidak lama lagi.
Pemuda UMNO ajak muzakarah
Jun 27, 2009COPY DARI Blog http://www.rembau.net |
![]() |
KUALA LUMPUR 26 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO sekali lagi menyatakan komitmen untuk terus mengadakan muzakarah dengan Dewan Pemuda Pas demi kepentingan negara dan ummah.
Ketua Penerangannya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, bagi tujuan itu pihaknya bersedia memulakan langkah tersebut pada bila-bila masa. Beliau berkata, secara sedar atau tidak, orang Melayu di negara ini telah melihat keperluan meneruskan usaha muzakarah antara UMNO dan Pas bagi tujuan perpaduan. “Ini semua ada kaitan dengan kebimbangan pemimpin kita seperti Naib Presiden (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) bahawa perpecahan akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa. “Bagi Pemuda, malapetaka kepada kehilangan kuasa mesti dielakkan dan perubahan landskap politik mesti diterjemah kepada usaha memulihkan semangat dan perpaduan orang Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas ingatan Hishammuddin semalam bahawa kuasa orang Melayu akan hilang selama-lamanya jika perpecahan yang berlaku sekarang dibiarkan berterusan. Ia reaksi kepada kekecewaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terhadap gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika mengulas kenyataan Harussani itu semalam juga sama yakin terdapat sebahagian besar ahli Pas ingin melihat sekurang-kurangnya berlaku muzakarah antara UMNO dan Pas. Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya bersedia bermuzakarah secara terbuka dengan Pemuda UMNO dan satu surat rasmi akan dihantar dalam masa terdekat. “Pemuda Pas berharap Pemuda UMNO tidak menolak muzakarah ini sebaik saja menerima surat rasmi daripada kami dalam masa terdekat ini,” katanya. Beliau berkata, Pemuda UMNO tidak perlu khuatir sama ada muzakarah tersebut dapat dilaksanakan atau sebaliknya jika mereka yakin perjuangan UMNO selama ini tidak menyalahi Islam dan syariat. “Pemuda UMNO boleh jelaskan bahawa perjuangan mereka tidak menyalahi Islam dan mereka tidak perlu mengelak daripada muzakarah ini jika mereka benar,” tambah Nasrudin. (Source: Utusan Malaysia) |