Archive for Julai 2009

REAKSI PENGANALISIS SILAMGEMILANG : KESESAKAN JALANRAYA LAHAD DATU MERUNCING?

Julai 25, 2009
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Kedamaianyb silamSaya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas pandangan yang bernas,berwawasan dan proaktif dalam transformasi pembangunan Parlimen P188 Silam. Berdasarkan kajian saya sebagai penganalisis SilamGemilang masalah jalan ini sebenarnya sudah lama hampir 15 tahun yang lalu menjadi satu penyakit kepada pembangunan daerah Lahad Datu. Saya pun hairan mengapa begitu lama perkara ini tidak selesai ?. Tetapi setelah hamba Allah SWT bernama Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi, menjadi wakil rakyat sebagai Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam YANG prihatin kepada rakyat barulah ada perubahan dan peruntukan diberi kepada Daerah Lahad Datu. Saya bangga mempunyai YB. Silam yang RELA BERKORBAN dengan berkata di kaca TV RTM yang lalu tentang masalah kesesakan jalan yang menjadi punca kepada kemerosotan YB-YB bukan sahaja dikawasan Lahad Datu malahan kawasan Kunak dan Tungku. YB. Salleh ikhlas memberi pandangan dan cadangan ini tidak meminggirkan mana-mana ADUN. YB. Salleh bukan sahaja bercakap ketika ditemuramah oleh RTM 1, malahan isu ini telah dibentangkan di Parlimen Malaysia oleh YB. Salleh. Dimana-mana YB. Salleh berkata tentang kesesakan jalan yang mendesak ini. Kesan keprihatinan YB. Salleh ini, akhirnya Kerajaan Malaysia telah meluluskan peruntukan tambahan kepada kerajaan Sabah dan saya dimaklumkan peruntukan untuk mengatasi masalah kesesakan ini sedang berjalan dan dalam proses kerja-kerja pembinaan jalan raya.

Sebagai Penganalisis SilamGemilang saya bangga dan kagum dengan YB. Tuan Haji Salleh walaupun baru setahun berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam telah berjaya membawa pembangunan prasarana jalan raya yang menjadi masalah utama kepada rakyat Lahad Datu. Cuba kita bayangkan masalah ini sudah 15 tahun berlaku di daerah Lahad Datu tetapi tiada yang berani menyuarakan masalah ini, tetapi keikhlasan YB. Salleh yang mendengar rintihan rakyatnya walaupun sebagai Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan P188 Silam dan baru setahun berkhidmat telah berjaya meyakinkan Kerajaan Malaysia dan Sabah agar jalan ini perlu dipercepatkan pembinaanya yang kritikal supaya rakyat YB. Salleh di P188 Silam tidak marah kepada kerejaan dan YB di tiga kawasan. Ini bermakna YB. Salleh telah menolong kepada ADUN di ke tiga-tiga kawasan. Sebagai penganalisis SilamGemilang saya berharap ADUN-ADUN perlu mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB. Tuan Haji Salleh kerana telah berjaya menyelesaikan masalah kesesakan sedikit masa lagi.

Isu yang seterusnya..nombor 2,3,4 dan 5 ini telah dibuat kajian oleh YB. Tuan Haji Salleh. YB. Salleh telah membuat kajian dan membawa seramai 13 Proffesor Doktor dari Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) Dekan Fakulti Sains dan ekonomi membuat kajian bukan sahaja dikawasan Lahad Datu Malahan di kawasan Tungku dan Kunak. Kajian ini bertujuan bagi Memperkasa Transformasi besar Penyelidikan Pembangunan Rakyat Parlimen P188 Silam. Alhamdullillah kajian terbukti berjaya menggemilangkan P188 Silam sebagai satu kawasan yang akan Terbilang bukan sahaja di negeri Sabah malahan akan gagah Terbilang di negara Malaysia kerana inilah satu-satunya projek pakar-pakar intelektual,teknokrat dan proffesional memilih P188 Silam di Malaysia sebagai Puast Penyelidikan Pembangunan Rakyat yang berpotensi dalam 300 pelbagai aspek,bidang dan potensi berasaskan kajian sains,ekonomi dan teknologi bagi mengantarabangsakan Parlimen Silam Sebagai 1 kebanggan rakyat bukan hanya di 1Silam malahan 1Malaysia 1Dunia.

Inilah keikhlasan YB. Tuan Haji Salleh akhirnya dalam tempoh 4 bulan dari sekarang dunia akan mengakses peta Silam sebagai pusat tumpuan dunia sebagai salah satu lagi daya tarikan terbaik di Sabah dan Malaysia. Percayalah, kita berharap sebagai rakyat 1Silam, 1Sabah, 1Malaysia marilah kita bersatupadu, bersepadu, berganding bahu memikul amanah bersama-sama YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi bagi membangunkan bumi anbiya Silam ini ke arah Transformasi besar dalam Pembangunan Rakyat P188 Silam.

Pepatah Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi katanya MARILAH BEKERJA BERSAMA-SAMA SAYA BAGI MEMBANGUNKAN NEGARA KITA, BUKAN BEKERJA UNTUK SAYA TETAPI UNTUK MASA DEPAN ANAK CUCU, GENERASI, BANGSA NEGARA MALAYSIA. JANGAN TANYA APA YANG SAYA DAPAT DARI NEGARA TETAPI TANYALAH APAKAH SUMBANGAN KITA KEPADA BANGSA DAN NEGARA???? Renung-renungkanlah kata-kata ini…Semoga Kita bersama-sama dengan agenda YB. Salleh yang berpandangan jauh kehadapan dan berwawasan dengan berasaskan Perpaduan Kaum sebagai teras utama dalam pembangunan Silam. Renungkanlah slogan YB. tuan Haji Salleh Haji Kalbi ( Kepimpinan Berteraskan Modal Insan, Kasih Sayang Mengeratkan Silaturrahim dan Perpaduan, 1Silam, 1Love 1family. )

 

Yang benar

DSC02045

Penganalisis SilamGemilang

KESESAKAN JALANRAYA LAHAD DATU MERUNCING?

PDF Print E-mail
Written by Admin   
Friday, 24 July 2009 20:19
  

Saudara Pengarang,

UNTUK perhatian Ahli Parlimen Silam, YB Tuan Hj. Salleh Bin Kalbi. Besarlah kiranya harapan saya jika YB menitikberatkan soal pembangunan di Parlimen Silam. Sebagai anak muda biasa, izinkan saya menyentuh beberapa isu yang memerlukan perhatian.

Antaranya ;

Isu Pertama:

Kesesakan trafik di waktu puncak di tiga jalan utama (Sandakan,Silabukan dan Tawau). Saya sebenarnya tidak faham mengapa masalah sedemikian boleh berlarutan selama 7 tahun ini. Saya masih ingat tahun 2003 di Batu 2, Jalan segama. Masa itu saya bangun pagi, ingatkan ada kemalangan sampai kereta sesak sepanjang dua batu jauhnya sehinggalah memasuki pusat bandar Lahad Datu.

Tapi yang menyedihkan, itu hanyalah kesesakan biasa sampailah ke hari ini. Yang saya faham, itu berlaku pada waktu masuk dan pulang pelajar sekolah. Saya suka buat perkiraan matematik di sini. Cuba bayangkan jika kos minyak bagi sebuah kereta yang terperangkap dalam kesesakan ini ialah RM3 secara minimanya. Kemudian dengan flat nombor LD sudah mencecah huruf D (skrg E), maknanya kereta LD sahaja sudah ada 40,000 kereta yang bergerak setiap hari. Jika RM3 X 40,000 = RM120000 sehari, dan setahun sahaja kos minyak shj RM43.8 juta! yg terpaksa rakyat Lahad Datu hadapi dengan tiada pilihan.

Melalui  perancangan yang baik, kualiti jalan raya kita boleh diguna pakai untuk tempoh 20 tahun (RM43.8 juta X 20 tahun = RM876 juta). Buat lah sesuatu untuk menarik perhatian kerajaan pusat yang masalah kita ini bukan sahaja masalah jiwa dan raga, YB cuba lah bersepakat dengan Adun-adun yang lain untuk meminta peruntukan agar jalan raya kita mempunyai empat laluan dengan laluan di tengahnya ‘reserved’ untuk kenderaan memasuki simpang. Buatlah ia merentasi lima kilometer di setiap tiga jalan utama yang saya nyatakan tadi. Jumlah kesemuanya 15 kilometer,terlalu sedikit jika dibandingkan jalan airport Tawau yg sepanjang 30 kilometer. Itu sekali ganda! Kita pun kaya dengan sumber batu kuari kita. Itu belum saya sentuh isu kuari tersebut. Itu pun satu hal.

Isu Kedua:

Isu industri perkilangan yang perlu mengikut piawaian negara kita ini. Banyak sangat kilang yang tahap pencemaran mereka meragukan.

Isu Ketiga;

Mudahkan permohonan IKS oleh pemohon-pemohon di Lahad Datu. Kita sudah ada sumbernya, walaupun rakyat kita yang kurang berinisiatif, pihak YB perlulah mengembleng usaha ini. Permudahkan mereka.

Isu Keempat;

Perbanyakkan kemudahan kesukanan aktiviti mempertemukan rakyat contohnya di setiap Taman Perumahan Lahad Datu

Isu Kelima;

Baik pulih sistem tebatan banjir kita. 


Kesimpulan;

Sebenarnya tidak adil juga jika saya senaraikan apa yang sebaiknya untuk rakyat YB, bila mengenangkan kemampuan dan daya Majlis Daerah kita. Tapi itulah keluhan dan sedikit pandangan saya. Kalau boleh, utamakan sahaja dahulu isi jalan raya kita kerana saya beranggapan kelancaran ekonomi di Parlimen YB dipengaruhi oleh akses jalan raya ini. Percayalah. Pilihlah perunding yg berwibawa.

Akhir kata, semoga perjalanan karier YB yang baik dan telus agar sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t..

 

Anak Tiri  Musman

PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN P188 SILAM

Julai 24, 2009

PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN P188 SILAM

Tarikh : 23hb / Julai / 2009            Tempat Dewan Sri Budiman SMK Agaseh, Lahad Datu.

Perasmian Oleh : YB. Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia Merangkap

Duta Keamanan PBB

 IMG_3433IMG_3352IMG_3373IMG_3360IMG_3389

LAHAD DATU- Program ini disempurnakan oleh YB. Tuan Hj. Salleh Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB beliau berkata; Setiap rakyat perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Perubahan cuaca yang ekstrem, yang ada kaitan dengan fenomena cuaca luar biasa, kawasan pesisir pantai yang semakin terancam, pencairan glasier, peningkatan kandungan asid di dalam air laut, gelombang panas dan perubahan tabii’ haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah tanda-tanda amaran pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil yang berlebihan untuk menghasilkan tenaga menyebabkan peningkatan pelepasan karbon dioksida ke atmosfera yang turut menyumbang kepada pemanasan global.

Program Rakan Alam Sekitar peringkat Parlimen P188 Silam bertujuan memberi kesedaran alam sekitar disetiap lapangan masyarakat hingga ke akar umbi. Rasa tanggungjawab dikalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar. Masyarakat umum perlu melaporkan atau aduan kepada Jabatan Alam Sekitar jika berlaku pencemaran yang boleh merosakkan pemandangan.

Keadaan persekitaran kita semakin berubah. Walaubagaimanapun, situasi ini boleh diperbaiki sekiranya peka dan prihatin terhadap isu pemanasan global dengan mengamalkan amalan mesra alam bagi menjamin kelestarian alam untuk generasi akan datang.

Amalan menjaga kebersihan merupakan satu tuntutan agama Islam. Oleh itu, setiap individu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan Bandar supaya keindahan dan keceriaan dapat di adaptasi secara optimum. Pelbagai kempen telah diadakan seperti gotong royong perdana,ceramah dan program Rakan Alam Sekitar. YB. Salleh berkata; Pelancong yang datang ke Silam akan merasa selesa,senang dan akan mengkhabarkan kepada rakan-rakannya bahawa keindahan Silam sebagai pusat Bandar pelancongan amat bersih dan mempunyai udara nyaman.Matlamat ini mudah tercapai jika setiap individu memberi  kerjasama padu bagi menjaga kebersihan.

IMG_3397IMG_3403IMG_3450IMG_3410IMG_3411IMG_3412

Seorang pelajar SMK Agaseh bernama Rudy mengajukan soalan kepada Proffesor Dr. Selmijah Shurif dari UKM berhubung penjagaan alam sekitar. Selmijah berkata ; penerapan nilai-nilai murni dan kempen-kempen kebersihan yang melibatkan institute masjid,sekolah,kampung-kampung  penting bagi mencapai kejayaan Bandar bersih. YB. Salleh berkata; Sebanyak 9 buah sekolah mengikuti pertandingan Rekacipta. Syabas dan tahniah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan di Parlimen Silam yang menyertai pertandingan rekacipta dari bahan terbuang dimana Johan dimenangi oleh Sekolah SMK Silabukan dengan membawa pulang cek RM6,000.00.Sekolah yang lain masing-masing menerima RM1,000.00 sebagai saguhati. Pengadil bagi pertandingan ini terdiri daripada 13 orang professor Doktor dari UKM yang sedang membuat kajian penyelidikan pembangunan rakyat (PROPER) P188 Silam.

Turut hadir sama Shazly Abd. Rahim Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar, Cawangan Tawau, Proffesor Dr. Musa ahmad Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM dan seramai 13 orang professor Doktor dengan kepakaran masing-masing, Murukesu A/L M. Margapandu Pengetua SMK Agaseh, Jabatan kerajaan Persekutuan dan negeri dan pelajar-pelajar serta orang ramai.

 

ARMENDRAH ABDUL RASHID

Penganalisis SilamGemilang

KANAK-KANAK TABIKA KEMAS SEBAGAI GENERASI PERMATA NEGARA

Julai 20, 2009

KANAK-KANAK TABIKA KEMAS SEBAGAI GENERASI PERMATA NEGARA

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,

LAHAD DATU- Sukaneka Tabika Kemas diadakan setiap tahun bagi membina kanak-kanak yang cergas dan cerdas. Jabatan KEMAS P188 Silam telah mengadakan Sukaneka peringkat Tabika Kemas kampung Burung/Unta supaya kanak-kanak menjadi modal insane yang sihat tubuh badan dan dapat belajar dengan baik. YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Ahli Parlimen P188 Silam telah merasmikan program ini dan berkata “Anak-anak hari ini sebagai generasi kepimpinan masa hadapan perlu mendapat pendidikan yang lengkap bagi membangunkan modal insane yang berkualiti dan Berjaya sehingga keperingkat pengajian tinggi.

Hj. Salleh menjelaskan “Tugas dan tanggungjawab mendidik kanak-kanak tidak boleh diserah 100% kepada guru-guru untuk mendidik malahan peranan ibu bapa penting bagi merencana kejayaan anak-anak. Ibu bapa perlu membahagikan masa bersama anak-anak selama 2jam3jam dalam sehari. Kempen 2jam 3jam yang diperkenalkan oleh Kementerian Kemajuan luar Bandar 2 tahun lepas bertujuan memupuk hubungan baik dan kasih sayang antara ibubapa dan anak,membolehkan ibubapa mengetahui prestasi anak dan merancang pelan masa hadapan anak dengan penambaikbaikan prestasi anak melalui ulangkaji bersama ibubapa. Kempen 2jam adalah untuk kanak-kanak peringkat sekolah rendah manakala 3jam pula untuk anak yang bersekolah peringkat Sekolah menengah.

Kemas berperanan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berdaya tahan dan memiliki nilai-nilai murni sehingga mampu menghadapi saingan dan cabaran bagi menjadikan kawasan luar Bandar maju, menarik dan menguntungkan.

Peningkatan perkembangan sosio-ekonomi, fizikal, intelek dan rohani serta member kemahiran 3M kepada kanak-kanak ( berumur 4-6 tahun ) melalui pendidikan prasekolah.

Selain daripada itu, Kemas juga memainkan peranan dalam membangunkan kampung-kampung melalui Gerakan daya Wawasan ( GDW ), membantu Belia dalam ekonomi dengan mengenalpasti usahawan berpotensi untuk diberi geran berkapita,Bimbingan Bina Insan, penyediaan pinjaman dan bahan bacaan Pusat Sumber, Bimbingan Kelas Jahitan,Masakan dan Gubahan Kraftangan dan program Mesra Rakyat.

Julai 19, 2009


Nasyid – Nostalgia (Shoutul Amal)Click here for the funniest movie of the week

Chua umum keluar MCA masuk PKR

Julai 19, 2009

Chua umum keluar MCA masuk PKR

Oleh Shamsul Kamal Amarudin dan Mohd Roji Abdullah
bhnews@bharian.com.my


Datuk Chua Jui Meng

Tindakan tak jejas BN: Ong

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, semalam mengumumkan keluar daripada MCA dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis forum anjuran PKR di sebuah hotel di Bandar Sunway, dekat sini, walaupun menafikan perkara itu dua hari lalu.

Pengumuman itu dibuat di hadapan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan 800 hadirin, yang menyertai forum itu.
Terdahulu, Chua muncul di majlis itu bersama Anwar dan disambut dengan tepukan gemuruh daripada hadirin, yang turut memegang kain pemidang dengan ucapan tahniah kepada Chua kerana menyertai parti itu.

Dalam laporan Malaysiakini, Chua dalam ucapannya berkata, beliau melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan dan menyertai PKR kerana sistem dua parti itu berdepan ancaman daripada Umno.

Katanya, beliau yakin membuat keputusan yang betul untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara selain menyatakan kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, Khamis lalu turut menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.

Khamis lalu juga, Chua melepaskan jawatannya sebagai Ketua Bahagian MCA Bakri yang dipimpinnya sejak 1988 dan menyerahkan tugas memimpin bahagian itu kepada Timbalan Pengerusi bahagian, Sia Ka Tuan, tetapi menafikan akan lompat parti.

Sementara itu, mengulas tindakan Chua, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, ia adalah keputusan peribadi Chua dan beliau yakin perkara itu tidak akan menjejaskan kedudukan MCA sebagai parti komponen BN.

Ditanya sama ada keputusan Chua itu ada kaitan dengan perasaan tidak puas hati terhadap parti, Ong yang juga Menteri Pengangkutan berkata: “Ketika dia mempengerusikan mesyuarat MCA Bakri untuk kali terakhir, dia meminta semua ahli jawatankuasa Bahagian untuk terus menyokong saya.”

Ong juga berkata, hubungan beliau sebagai rakan dengan Chua tidak terjejas dengan keputusan itu dan berharap bekas pesaingnya bagi jawatan presiden itu, membuat keputusan yang baik untuk kepentingan rakyat.

Di MELAKA, Timbalan Pengerusi Perhubungan MCA negeri, Datuk Gan Tian Loo merakamkan rasa kecewa dengan tindakan Chua tetapi yakin keputusan itu tidak akan melemahkan perpaduan anggota MCA khususnya bahagian Bakri, Muar, Johor.

Sharifah Khasif, Awangku Omar juarai tilawah

Julai 19, 2009

Sharifah Khasif, Awangku Omar juarai tilawah

Oleh Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my


AWANGKU Omar (kiri) bergambar dengan Sharifah Khasif selepas Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-52 di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, malam tadi.

Pemenang bawa pulang wang tunai RM10,000, pakej haji

IPOH: Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman mempertahankan gelaran juara bahagian qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan Kali ke-52 yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas, di sini, malam tadi.

Peserta dari Perak itu mencatatkan pungutan markah sebanyak 80 peratus mengalahkan 13 qariah lain dari seluruh negara dan beliau turut berada di tempat ketiga daripada keseluruhan peserta tilawah.
Kemenangan itu melayakkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, piala pusingan, piala iringan, pakej menunaikan haji, cenderahati dan sijil.

Naib johan qariah adalah milik peserta dari Johor, Nor Azrah Ayub dengan jumlah markah 76.67 peratus. Beliau membawa pulang wang tunai RM7,000, cenderahati dan sijil manakala tempat ketiga dimenangi Normalina Alias dari Wilayah Persekutuan.

Johan qari menjadi milik Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan dari Sarawak dengan markah 81 peratus, tempat kedua, Anuar Hasin dari Perak (80.33) dan tempat ketiga, peserta dari Sabah, Abdullah Abdul Wahid (79.67).

Johan keseluruhan bagi majlis tilawah tahun ini adalah milik Sarawak dengan pungutan markah keseluruhan 77.84 peratus.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.

 

Khazanah peti besi Tunku bernilai hampir RM400,000

Julai 19, 2009

Khazanah peti besi Tunku bernilai hampir RM400,000

Oleh Azrul Affandi Sobry
azr@bharian.com.my


ARTIFAK yang ditemui dalam peti besi Tunku Abdul Rahman kebanyakannya diperbuat dan bersadur emas hadiah diterima beliau ketika menjadi Perdana Menteri pada 1956 hingga 1970.

46 artifak ditemui dipamer pada orang ramai hujung tahun ini

KOLEKSI 46 objek atau artifak berharga termasuk cenderamata emas dalam peti besi milik Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj yang dibuka baru-baru ini, mempunyai nilai emas semasa kira-kira RM392,000.

Cenderamata seperti kepingan emas itu yang akan dinilai semula berdasarkan nilai sejarah serta buatannya, juga boleh dilihat orang ramai apabila dipamerkan selepas September ini, kata Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Sidek Jamil.
Kenyataannya itu sekali gus menjawab persoalan ramai yang berminat mendapatkan butiran terperinci serta nilai artifak yang ditemui dalam peti besi seberat 300 kilogram yang menjadi rahsia sejak 19 tahun lalu.

Pada 2 Julai lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim membuka peti besi berkenaan dengan disaksikan Timbalan Menteri, Senator Heng Seai Kie serta pegawai Arkib Negara di depan media.

Pembukaan peti besi itu turut melenyapkan spekulasi beberapa pihak yang menyifatkan ia menyimpan rahsia besar negara dan mendesak agar ia didedahkan kepada umum.

RAIS menunjukkan artifak yang terdapat di dalam peti besi Tunku Abdul Rahman pada 2 Julai lalu selepas pelbagai pihak mendesak kerajaan mendedahkan rahsia peti besi itu.

Peti besi itu disimpan dan dijaga dengan teliti oleh Tunku sejak beliau menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian sebagai Perdana Menteri pertama pada 1956 hingga 1970.

Peti besi itu pada mulanya diletakkan di pejabat Almarhum di bangunan Residensi dan kemudian dipindahkan ke kediamannya di Jalan Langgak Tunku apabila bersara pada 1970. Ia kemudian diserahkan kepada Arkib Negara pada 1994 oleh anak Bapa Kemerdekaan negara itu, Tunku Ahmad Nerang apabila residensi itu dijadikan sebagai sebahagian daripada Memorial Tunku Abdul Rahman Putra.

Namun, sejak ia dibuka, ramai berminat mengetahui apakah keistimewaan artifak itu yang hanya dapat diketahui selepas lebih sejam dibuka pakar kunci daripada syarikat Chubb Sdn Bhd.

Daripada koleksi 46 objek berkenaan, sebanyak 14 gunting dan 11 kepingan besi bersadur emas menjadi objek paling banyak disimpan, selain lapan kunci, dua plak dan dua syiling, serta masing-masing satu set butang baju, jam tangan, kotak emas, loket, replika pendayung sampan, pen jenama Parker, pingat, klip tali leher dan replika pengaut simen.

GUNTING bersadur emas, cenderamata sempena pembukaan Cathay Cinema pada 1958 antara 14 gunting yang diterima Tunku Abdul Rahman.

Semua objek itu sudah dikenal pasti komposisi bahannya oleh Arkib Negara dengan bantuan dan kepakaran daripada Bahagian Pendaftaran dan Pusat Konservasi Negara, Jabatan Muzium Negara dengan menggunakan sejenis alat yang dinamakan XRF dan hasilnya didapati kebanyakannya diperbuat daripada emas atau sekurang-kurangnya disadur emas tebal.

Objek itu adalah pemberian pelbagai lapisan masyarakat, pihak korporat mahupun agensi dari dalam atau luar negara sebagai tanda terima kasih atas kesudian Tunku merasmikan sesuatu acara atau melawat lokasi mereka.

Objek termahal yang berjaya dikenal pasti ialah seutas jam tangan dengan kompas binaan dalam buatan Silhoutte Swiss dengan jenama Dalil yang dibuat daripada emas putih serta bernilai lebih RM50,000.

Bagaimanapun, Sidek berkata, semua nilaian itu hanya dibuat berdasarkan nilai emas semasa selepas ditafsir berat dan kandungan bahan emas dalam setiap objek yang ditemui, bukan berdasarkan nilai sebenar atas faktor sejarah dan nostalgia sesuatu bahan itu.

“Arkib Negara akan menjalankan kajian lebih terperinci berkenaan semua barang itu bagi mengenalpasti nilainya yang sebenar. Kita juga masih dalam proses mendapatkan beberapa pakar yang mahir untuk membuat tafsiran nilai sebenarnya.

“Kita menjangkakan proses ini mengambil masa lebih sebulan lamanya. Hanya selepas itu, barulah ia akan dipamerkan kepada orang ramai,” katanya.

Sidek berkata, daripada 14 gunting yang ditemui, antaranya ialah pemberian daripada Cathay Cinema, Kuala Lumpur pada 23 Januari 1958 dengan berat 54.7 gram (gm), berukuran 14 sentimeter (cm) dan mempunyai komposisi emas 22 karat.

Salah satu gunting itu juga adalah cenderamata sempena pembukaan rasmi bangunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 7 Disember 1961 yang seberat 63.4 gm dan berukuran 14.3 cm dengan komposisi emas sebanyak 20 karat.

Antara objek bernilai dan mempunyai nilai sejarah tinggi ialah sebuah kotak bersadur emas seberat 1,485 gm dengan saduran emas 20 karat pemberian Presiden Amerika Syarikat, Lyndon Baines Johnson pada 1966 ketika presiden itu membuat lawatan ke negara ini.

Satu set butang baju seberat 4.8 gm bernilai lebih RM20,000 pemberian Sultan Kedah turut ditemui selain satu kunci bernilai lebih RM10,000 pemberian pemimpin daerah Dade, Florida dan satu kunci bernilai RM5,000 yang diperoleh sebagai cenderamata sempena pembukaan Hotel Federal pada 26 Ogos 1957.

Tunku bukan sekadar menyimpan cenderamata daripada orang kenamaan kerana turut ditemui satu kunci dengan 97.9 peratus kandungan emas bernilai RM3,500 yang diterimanya sempena pembukaan Masjid Ar-Rahmah, Alor Setar, pada 25 Ogos 1961.

Selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, Tunku yang banyak memberikan tumpuan kepada aktiviti mempertingkatkan perpaduan antara kaum diberi gelaran Bapa Muhibah dan ia terbukti melalui penemuan satu plak bertarikh 8 Februari 1970, namun tidak dapat dikenal pasti daripada siapa.

Ada juga disimpan cenderamata daripada individu yang diterimanya sempena hari jadinya pada 1966 iaitu kepingan plet besi dengan emas 18 karat daripada Annie dan Chooi Seng.

Warga sekolah Abdullah Munsyi, Pulau Pinang pasti berbangga kerana turut disimpan dalam peti besi itu ialah sekeping kepingan plet saduran emas dan kuprum seberat 5.22 gm yang diterima Tunku sempena pembukaan rasmi sekolah itu.

Menurut Sidek, semua 46 objek itu mempunyai nilai emas semasa berjumlah RM392,000 dan ia akan dinilai semula berdasarkan nilai sejarah serta buatannya dan semua penemuan itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas Aidilfitri.

“Ia akan dipamerkan di memorial ini kerana menjadi tugas kami mempamerkan sesuatu mengikut sejarah dan keadaan sebenarnya. Namun, kami akan mempertimbangkan untuk turut mempamerkannya di lokasi lain seperti Kedah dan Pulau Pinang kerana di situ juga ada kediaman Tunku,” katanya.

INFO
46 objek dalam peti besi milik Almarhum Tunku Abdul Rahman

  • 14 gunting
  • 11 kepingan besi bersadur emas
  • Lapan kunci
  • Dua plak dan dua syiling
  • Satu set butang baju
  • Seutas jam tangan
  • Satu kotak emas, loket, replika pendayung sampan, pen jenama Parker, pingat, klip tali leher dan replika pengaut simen.

    Barangan berharga termasuk:

  • Objek termahal ialah seutas jam tangan dengan kompas binaan dalaman buatan Silhoutte Swiss jenama Dalil yang dibuat daripada emas putih dan dikatakan bernilai lebih RM50,000.
  • Kotak bersadur emas seberat 1,485 gm dengan saduran emas 20 karat pemberian Presiden Amerika Syarikat, Lyndon Baines Johnson pada 1966 ketika presiden itu melawat Malaysia.
  • Satu set butang baju seberat 4.8 gm bernilai lebih RM20,000 pemberian Sultan Kedah turut ditemui.
  • Kunci dengan 97.9 peratus kandungan emas bernilai RM3,500 yang diterimanya sempena pembukaan Masjid Ar-Rahmah, Alor Setar, pada 25 Ogos 1961.
  • Said Wartawan Cemerlang Negara 2009

    Julai 19, 2009

    Said Wartawan Cemerlang Negara 2009


    SULTAN Ahmad Shah bergambar dengan Said (berkerusi roda), Akmal (kanan), Zaini (dua dari kiri) dan Yazid (dua dari kanan) di Kuala Lumpur, malam tadi.

    KUALA LUMPUR: Tokoh wartawan negara, Said Zahari, 81, dinobatkan sebagai Wartawan Cemerlang Negara 2009 oleh Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (PWM) di sini, malam tadi.

    Pada majlis sama, Pengarang Bintang Popular Berita Minggu, Akmal Abdullah, turut dinamakan pemenang Anugerah Wartawan Melayu 2009, yang pertama kali diperkenalkan oleh PWM. Turut memenangi anugerah sama, Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Mohd Zaini Hassan.

    Ketiga-tiga penerima anugerah menerima hadiah berupa sijil, plak dan sagu hati berbentuk wang tunai yang disampaikan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
    Selain itu Said turut menerima hadiah tengkolok. Hadir sama pada majlis itu, Presiden PWM, Datuk Yazid Othman.

    Said adalah tokoh wartawan yang memperjuangkan kebebasan dan keadilan dalam dunia kewartawanan. Malah beliau pernah dinobatkan sebagai Tokoh Kebebasan Akhbar 2001.

    Akmal pula, sepanjang kerjayanya sebagai penulis dan wartawan, sudah menerima 11 anugerah khususnya dalam bidang perfileman, kesenian dan muzik.

    Antara anugerah yang diterimanya ialah Anugerah Trofi Samad Idris, Anugerah Kewartawanan Terbaik Media Cetak dan Anugerah Pena Bestari-Wartawan Cemerlang.

     

    Peranan Mahkamah Bergerak Berhubung Pengeluaran Dokumen Ditingkatkan

    Julai 18, 2009

    Peranan Mahkamah Bergerak Berhubung Pengeluaran Dokumen Ditingkatkan

    <!–

    By: Ramjit

    –>

    KOTA KINABALU, 18 Julai (Bernama) — Mahkamah bergerak, yang diperkenalkan di Sabah kira-kira dua tahun lepas, akan memainkan peranan lebih penting dalam urusan pengeluaran dokumen kelahiran secara tertangguh bagi mengelak penipuan oleh pendatang asing tanpa izin.

    Ketika memberi jaminan itu Sabtu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri sedia membantu mahkamah itu melaksanakan peranannya dengan lebih berkesan, terutama dalam memastikan kesahihan maklumat berhubung kelahiran yang lewat didaftarkan, yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat tempatan.

    “Ya, itu adalah antara fungsinya,” katanya kepada pemberita apabila ditanya sama ada kerajaan negeri akan mendesak agar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menggunakan mahkamah itu bagi mengesahkan sesuatu permohonan mendapatkan sijil kelahiran secara tertangguh.

    Beliau berkata dua kenderaan disediakan bagi membolehkan para pegawai yang bertugas dengan mahkamah itu bergerak dengan lebih mudah ke kawasan pedalaman dan kerajaan negeri bersedia menghulurkan bantuan lain jika diperlukan.

    Musa berkata beliau sudah menyatakan dengan jelas kepada jabatan itu bahawa beliau mahu semua permohonan bagi mendapatkan sijil kelahiran disaring dengan teliti.

    “Saya beritahu pengarah Jabatan Pendaftaran supaya memastikan ia dijalankan dengan teliti dan tidak ada anak pendatang asing tanpa izin, yang bukan rakyat Malaysia, didaftarkan. Perkara ini memang jelas sejak awal lagi.

    “Saya dah beritahu ketua kampung, pegawai daerah serta pemimpin lain bahawa mereka perlu memastikan tiada dokumen diluluskan untuk pendatang asing tanpa izin dan mereka yang bukan rakyat Malaysia,” katanya.

    Musa berkata demikian selepas melancarkan seminar sehari anjuran bersama Majlis Jaksa-jaksa Pendamai Sabah (MAJAPS)dan Persatuan Undang-undang Sabah (SLA)di sini.

    Isu pendatang asing tanpa izin di Sabah mendapat kerakyatan melalui cara yang meragukan, terutama di kawasan luar bandar, amat membimbangkan rakyat Sabah dan baru-baru ini, pelbagai pihak menggesa agar mahkamah bergerak dilibatkan dalam membuat pengesahan terhadap setiap permohonan tertangguh bagi mendapatkan sijil kelahiran.

    Rabu lepas presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup berkata JPN perlu melibatkan pegawai undang-undang daripada mahkamah bergerak atau pegawai undang-undang lain dalam membuat pengesahan tentang maklumat berhubung kelahiran seseorang dalam pengeluaran sijil kelahiran.

    Sehari kemudiannya naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengingatkan para pemimpin Barisan Nasional (BN)supaya menangani urusan pengeluaran sijil kelahiran di Sabah dengan teliti dan tegas jika tidak mahu dimarahi rakyat.

    Naib pengerusi PKR Sabah Christina Liew pula mencadangkan agar JPN mencontohi tindakan Sarawak yang begitu teliti dalam menyemak sesuatu permohonan tertangguh bagi mendapatkan sijil kelahiran, yang tidak bergantung sepenuhnya kepada cadangan ketua kampung, dan memerlukan siasatan terperinci.

    Sementara itu ketika berucap merasmikan acara berkenaan, Musa berkata beliau akan merujuk kepada pejabat Peguam Besar Negeri tentang permintaan MAJAPS agar Jaksa Pendamai (JP) yang berkelayakan, dilantik sebagai Majistret Kelas Dua bagi membolehkan mereka mengenalikan kes kecil di mahkamah rendah.

    “Saya difahamkan bahawa anggota MAJAPS berminat untuk memberi sumbangan lebih bermakna kepada masyarakat, di samping menjalankan tugas sedia ada seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang,” katanya.

    — BERNAMA

    JAKARTA KENA BOM

    Julai 18, 2009

    Jakarta kena bom


    LETUPAN di Hotel Ritz-Carlton menyebabkan kerosakan teruk pada ruang bangunan dengan serpihan kaca tingkap bertaburan hingga seberang jalan.

    9 terbunuh, 50 cedera serangan di dua hotel

    JAKARTA: Serangan bom di dua hotel mewah di sini, pagi semalam, dipercayai dilakukan pengebom berani mati yang meletupkan diri ketika penginap sedang menikmati sarapan menyebabkan sembilan orang terbunuh dan mencederakan lebih 50 yang lain.

    Berikutan serangan berkenaan, polis Indonesia sedang menyiasat hubung kait kejadian itu dengan pengganas warga Malaysia, Noordin Mohammed Top yang dipercayai sedang bersembunyi di republik berkenaan.
    Seramai 18 rakyat asing antara yang dilaporkan maut atau cedera dalam serangan di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton, kira-kira jam 7.45 pagi waktu tempatan. Kedua-dua hotel adalah milik syarikat rangkaian perhotelan Amerika Syarikat, Marriott International, yang terletak bersebelahan di daerah perniagaan mewah Mega Kuningan. Letupan menyebabkan serpihan kaca tingkap bertaburan hingga seberang jalan, selain asap tebal.

    Letupan di JW Marriott – serangan bom kedua terhadap hotel berkenaan sejak yang pertama pada 2003 dan membunuh 12 orang – berlaku di tingkat bawah tanah, manakala letupan di hotel Ritz-Carlton yang berlaku selang dua minit kemudian menggegarkan restoran Air Langga dalam hotel itu.

    “Banyak mayat kelihatan dan satu daripadanya dengan perut terburai,” kata seorang lelaki yang bergegas ke hotel JW Marriott selepas mendengar letupan kuat itu.

    ANGGOTA polis meninjau kerosakan teruk yang berlaku di Hotel JW Marriott Jakarta, selepas letupan mengorbankan sembilan orang, semalam.

    Kejadian terbaru itu menyebabkan pasukan bola sepak Manchester United membatalkan lawatan ke Indonesia. Pasukan itu dijadualkan menginap di Ritz-Carlton pada malam Sabtu dan Ahad bagi perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan Indonesia.

    Menurut polis, seorang warga New Zealand adalah antara yang terbunuh, manakala 17 yang cedera adalah warga asing, termasuk Australia, Kanada, Hong Kong, India, Itali, Belanda, Norway, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Britain.

    Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata, serangan dilakukan kumpulan pengganas dan berikrar memberkas mereka yang bertanggung jawab.

    Beliau bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk menuduh kumpulan Jemaah Islamiah, walaupun kumpulan itu sebelum ini dipersalahkan terhadap beberapa serangan bom di Indonesia.

    Serangan semalam berlaku kira-kira dua minggu selepas pilihan raya presiden yang menyaksikan pemilihan semula Susilo yang berjaya menstabilkan Indonesia yang sebelum ini diancam pengganas.

    Pengerusi Suruhanjaya Keselamatan Parlimen, Theo Sambuaga, berkata ada petanda serangan membabitkan pengebom berani mati.

    Stesen televisyen tempatan, Metro TV melaporkan penyiasat mengesyaki penyerang mungkin tetamu hotel yang menyeludup bahan letupan melepasi pemeriksaan keselamatan.

    “Bahan yang tidak meletup ditemui dalam sebuah bilik di tingkat 18 hotel JW Marriott selepas kejadian dan berjaya dialihkan pasukan unit pemusnah bom,” kata seorang penyiasat.

    Polis tidak menyatakan pihak yang bertanggungjawab dan belum ada pihak mengaku, tetapi sumber kanan unit antikeganasan berkata ia mungkin dikaitkan dengan Noordin.

    “Jika serangan berani mati, ia mungkin dilakukan oleh rangkaian Noordin,” kata penganalisis kumpulan pemikir pengganas Group Crisis International, Sidney Jones. Noordin dilaporkan tidak lagi menganggotai Jemaah Islamiah, sebaliknya menubuhkan kumpulan serpihan. – AP/AFP