Calon BN Tuan Aziz Turun Padang Dengar Masalah Penduduk

 

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA KRAI, 1 Julai (Bernama) — Bagi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini, turun padang untuk mendengar masalah penduduk kampung bukan perkara asing baginya.

Ini kerana akktiviti seperti itu sering dilakukan beliau ketika berkhidmat sebagai Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Gua Musang.

Tuan Aziz Tuan Mat, 39, langsung tidak kekok untuk berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga tua semasa melakukan lawatan dari rumah ke rumah di Kampung Lata Rek dan Laloh, di sini, Rabu.

Pada lawatan itu, penduduk kampung terbabit mengambil peluang membangkitkan masalah dihadapi mereka.

“Bagi kedua-dua kampung ini, masalah yang dihadapi mereka ialah sukar mendapat bekalan air bersih, bekalan air sering terputus. Ini amat menyukarkan penduduk yang bergantung kepada bekalan air tandak daripada Sungai Lata Rek,” katanya kepada pemberita selepas lawatan itu.

Tuan Aziz, yang merupakan Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program (Kesedar) berjanji akan segera menyelesaikan masalah penduduk terbabit sekiranya BN diberi mandat pada pilihan raya kecil itu nanti.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob, 60, dari PAS pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung. PAS meletakkan pemborong ikan, Mohd Fauzi Abdullah, 50, yang juga Bendahari PAS Bahagian Kuala Krai sebagai calon mereka.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: