MCA, MIC yakin pengundi Cina, India di Manek Urai sokong BN

KUALA KRAI: Walaupun bilangan mereka tidak ramai, pengundi Cina dan India di Manik Urai dijangka memilih calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

Pengerusi Badan Perhubungan MCA Kelantan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata seramai 52 pengundi Cina yang berdaftar memberi jaminan untuk menyokong BN demi masa depan mereka.

“Saya yakin mereka tidak ada masalah untuk memilih BN dan kami dalam komponen BN akan tetap bersama mereka untuk memperjelaskan isu-isu terkini,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga Ong Guan Chong, 73, di Kampung Meset, Manik Urai Lama di sini, hari ini.
Ng yang juga Ketua Wanita MCA, berkata pengundi Cina gembira dengan pemilihan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon BN.

Katanya, Tuan Aziz, 39, disifatkan mereka sebagai banyak berjasa kepada penduduk di Manek Urai ketika berkhidmat dengan Lembaga Kemajuan Kelatan Selatan (Kesedar) sebelum dipilih untuk bertanding.

“Saya rasa tidak ada masalah untuk mereka menyokong BN kali ini,” katanya.

Pengerusi MIC Kelantan, M Kuppusamy, berkata seramai 33 pengundi India yang tinggal di Lepan Baru, Peria, juga telah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN.

“Saya baru sahaja ke Lepan Baru bertemu mereka dan dalam pertemuan itu mereka menyatakan akan tetap bersama BN,” katanya.

Kuppusamy berkata seramai 10 pengundi yang kini berada di luar Kelantan akan dihubungi bagi meminta mereka pulang pada hari pengundian, 14 Julai ini. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: