Parlimen Lulus Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia 2009

DSC02124

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Persidangan Dewan Rakyat Rabu meluluskan Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia (BNM) 2009 tanpa sebarang episod panas seperti yang berlaku semasa pembentangan beberapa rang undang-undang sebelum ini.

Malah perbahasan rang undang-undang itu selama dua hari berjalan lancar dan hanya dimonopoli beberapa isu, terutama soal agensi rujukan kredit khasnya Credit Tips Off Sdn Bhd (CTOS), isu ah long, kewangan Islam, insuran dan kad kredit.

Menyentuh isu CTOS, Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Ahmad Husni Hanadzlah ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata, BNM tidak pernah memberi arahan kepada institusi kewangan supaya tidak merujuk kepada CTOS atau menutup operasi agensi berkenaan.

Sebaliknya, Ahmad Husni berkata kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Agensi Rujukan Kredit pada sesi Parlimen akan datang yang bertujuan memperinci dan memperketatkan aspek kawal-selia agensi-agensi rujukan kredit, termasuk CTOS, yang telah menimbulkan banyak kontroversi dalam sektor kewangan negara.

Pembentangan rang undang-undang itu selari dengan pembentangan Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang juga akan dibentangkan pada sesi yang sama.

Mengenai isu sektor kewangan Islam, Ahmad Husni berkata, sejajar matlamat untuk mempromosi Malaysia sebagai pusat kewangan Islam, rang undang-undang itu memberi pengiktirafan sewajarnya kepada sektor berkenaan.

Malah, katanya, di bawah rang undang-undang berkenaan, keputusan yang dibuat Majlis Penasihat Syariah Kewangan Islam mengikat mahkamah yang membuat rujukan kepada majlis itu mengenai perkara syariah berkaitan perniagaan kewangan Islam.

“Kita juga akan terus mempromosi sektor kewangan Islam ini di luar negara, malah Bank Pembangunan Islam (IDB), telah datang ke Malaysia ketika mahu melancarkan bon Islam, Sukuk dalam mata wang tempatan,” katanya.

Menyentuh isu insuran perlindungan pihak ketiga bagi kenderaan yang dibangkitkan beberapa anggota Parlimen, Ahmad Husni berkata, berdasarkan undang-undang, pemilik kenderaan berkenaan tidak perlu lagi membayar insuran peribadi.

Justeru, katanya, mana-mana pemilik kenderaan yang dipaksa membeli insuran peribadi bagi kenderaan yang memiliki perlindungan pihak ketiga diminta membuat laporan polis kerana perkara itu salah di sisi undang-undang.

Rang undang-undang BNM, antara lain, bertujuan memperjelaskan mandat dan fungsi-fungsi utama bank pusat itu selari dengan perkembangan dalam persekitaran ekonomi dan kewangan masa kini yang menuntut BNM memastikan keberkesanannya dalam menjalankan mandat sebagai sebuah bank pusat moden.

Berdasarkan rang undang-undang itu, mandat BNM adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan bagi mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan.

Ia turut menggariskan lapan fungsi BNM, antaranya merumus dan mengendalikan dasar monetari di Malaysia, mengeluarkan matawang negara, mengawal dan menyelia institusi-institusi kewangan serta mengadakan pengawasan terhadap pasaran wang, pasaran pertukaran asing dan sistem pembayaran.

Persidangan dewan bersambung esok.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: