Pemuda Umno Sambut Baik Pelawaan Pemuda PAS Bagi Wacana Ilmiah

 

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Pergerakan Pemuda Umno pada Rabu menyambut baik pelawaan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk diadakan wacana mengenai pelbagai isu-isu semasa.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata inisiatif tersebut dilihat sebagai suatu perkembangan baru dan besar memandangkan usaha untuk mengadakan perbincangan antara PAS dan Umno di peringkat pusat sebelum ini sering diganggu oleh parti lain dalam pakatan pembangkang.

“Saya melihat Pemuda PAS berani untuk mengorak langkah mereka tersendiri malah pelawaan ini menepati pandangan dan pemikiran Pemuda Umno yang mahu melihat terjalinnya kerjasama antara PAS dan Umno,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini Rabu.

Selain itu, Khairy berkata kedua-dua pihak juga telah mencapai persetujuan untuk menubuhkan satu sekretariat bagi membincangkan secara lebih lanjut mekanisme wacana itu, termasuk format, masa, tempat dan tarikh serta tajuk yang difikirkan sesuai oleh Pemuda Umno.

Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau turut mencadangkan agar sekretariat tersebut dapat bermesyuarat selepas berakhirnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan pada 14 Julai ini.

“Kami mahu tengok kejujuran dan keikhlasan kedua-dua pihak dalam hal ini, sekiranya tiada serangan peribadi dilakukan dalam ceramah pilihan raya kecil nanti, maka saya nampak muzakarah ini boleh diteruskan,” kata beliau.

Beliau juga berpendapat bahawa wacana berkenaan tidak seharusnya terhad kepada isu-isu Melayu dan agama Islam sahaja sebalik harus melibatkan isu nasional seperti kebebasan demokrasi, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan aktivis mahasiswa.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hasan Tantawi hari ini menyerahkan surat jemputan wacana ilmiah terbuka bertajuk ‘Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam’ kepada Pemuda Umno yang diterima oleh Naib Ketuanya Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen.

Menurut Nasruddin, secara dasarnya Pemuda PAS mencadangkan supaya wacana tersebut diadakan dengan kedua-dua pihak masing-masing mengemukakan empat wakil dengan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai ditentukan oleh Pemuda Umno.

Beliau bagaimanapun memberikan tempoh seminggu kepada Pemuda Umno untuk menjawab jemputan itu selain cadangan supaya wacana itu diadakan secara terbuka yang boleh dihadiri oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: