Archive for 3 Julai 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA : PERINGKAT DAERAH KUNAK

Julai 3, 2009

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

DSC00723

PENGENALAN HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

 

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

 

SilamGemilang

MENAIKTARAF JALAN TUN FUAD KUNAK SABAH

Julai 3, 2009

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

DSC00687

Projek kerajaan yang akan dilaksanakan di setiap kampung adalah untuk kemudahan orang kampung. Salah satu lagi projek yang dibawa masuk ke daerah Kunak ialah MENAIKTARAF JALAN TUN FUAD DI KUNAK SABAH. Projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan oleh kontraktor MISI VISION SDN. BHD. pendaftaran PKK : pendaftaran CIDB : 0120071230-TR116, tarikh mula tapak pada 29 Mei 2009 tarikh siap 28 oktober 2009.

Hari ini YB Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, P188 Silam telah melawat perlaksanaan projek ini. Walaupun hujan lebat tidak mematahkan semangat YB. Silam untuk melihat secara dekat projek yang tertera di papan tanda di pasang di simpang Tuan Fuad. Kebetulan juga terdapat orang kampung menunggu dipondok perhentian bas mengadu kepada YB. Silam berkenaan projek menaiktaraf jalan ini yang belum siap dan hanya dihambur batu oleh pihak kontraktor walaupun sudah hampir ke tarikh siap namun tiada perubahan yang ketara. Penduduk kampung Tuan Fuad yang hanya dikenali sebagai NASIR merasa amat kecewa kenapa projek sedemikian hanya dihambur batu tetapi tidak nampak perubahan ketara. YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi juga merasa kecewa dengan sikap pihak kontraktor yang diamanahkan tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Projek ini bermula pada akhir bulam Mei namun sehingga kini sudah masuk bulan Julai namun kerja-kerja untuk menaiktaraf masih gagal dilaksanakan.

Saya berharap pihak yang dipertanggungjawabkan dan terlibat dalam perlaksanaan projek ini dapat menyiapkan mengikut jadual dan tidak menunda-nunda perlaksanannya.

 

Silamgemilang

DSC00690

DSC00693DSC00695DSC00696DSC00684