Archive for 6 Julai 2009

Tiga Faktor BN Boleh Diterima Rakyat Di Manik Urai

Julai 6, 2009

Tiga Faktor BN Boleh Diterima Rakyat Di Manik Urai

<!–

By: Ramjit

manek calon

KUALA KRAI, 6 Julai (Bernama) — Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan diterima oleh penduduk di Manik Urai berdasarkan tiga faktor utama.

Faktor-faktor itu, ialah kelebihan calon BN berbanding calon Pas, sokongan daripada penyokong wakil rakyat Pas yang terdahulu di Manik Urai dan perubahan yang sedang dilakukan oleh kerajaan BN di peringkat nasional, katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai di SMK Sultan Yahya Petra 1, di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu pada 14 Julai ini melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan Pas.

Mustapa, yang juga pengarah jentera pilihan raya kecil BN Manik Urai, berkata calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, adalah bekas seorang pegawai Kesedar, manakala lawannya Mohd Fauzi Abdullah dari Pas adalah seorang pemborong ikan.

Bagi faktor kedua, katanya, wakil rakyat di situ sebelum ini, Ismail Yaakob daripada Pas, yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu, mempunyai ramai pengikut peribadi yang mungkin mengalihkan sokongan mereka kepada BN.

“Satu lagi faktor ialah penduduk Manik Urai akan menilai perubahan di peringkat nasional. Ini akan beri tiupan semangat kepada kita,” kata Mustapa, merujuk kepada perubahan pada pucuk pimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata apa yang lebih penting pada masa ini ialah jentera parti perlu bekerja keras meyakinkan pengundi terutama pengundi atas pagar.

“Ini bukan kerusi mustahil (untuk BN menang) dengan syarat semua kerja keras,” kata Hishammuddin.

Seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata Tuan Aziz mempunyai kelebihan dalam pengurusan berdasarkan pengalamannya selaku pegawai Kesedar.

“Saya yakin beliau akan diterima baik oleh pengundi. Masalah yang dihadapi pakatan pembangkang di beberapa negeri yang diperintahnya juga mungkin menjejaskan keyakinan pengundi,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula berkata pergerakan itu akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon BN, terutama dalam mengembalikan sokongan golongan muda.

“Tuan Aziz selain merupakan anak tempatan, adalah Ketua Pemuda Umno Kuala Krai dan ini memberi kelebihan kepada jentera Pemuda untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” katanya.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata rakyat kini dapat menilai bahawa Pas lebih banyak beretorik daripada membangunkan negeri dan kawasan yang diwakili parti itu.

“Dalam tinjauan Wanita di Manik Urai, mereka (pengundi) telah menyatakan sudah bosan dengan cara Pas mentadbir dan membuat janji kosong semata-mata,” katanya.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan yakin Tuan Aziz bakal mencatat kemenangan kerana calon BN itu diterima rakyat di Manik Urai.

— BERNAMA

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA : PERINGKAT DAERAH KUNAK

Julai 6, 2009

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

DSC00795

DSC00742DSC00746DSC00748DSC00769DSC00733

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

DSC00812DSC00816DSC00808

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Tema ini dipilih berdasarkan peranan guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar.

 

Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat . Pelajar-pelajar akan menjadi warganegara yang berfikiran global dengan tidak mengesampingkan ciri-ciri tempatan justeru mampu bersaing dengan kepesatan dan ‘kesesakan’ dunia luar.

Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Tema ini bermatlamatkan hasrat untuk memperkasakan peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.

 

Guru-guru perlu memandang ke hadapan berbekalkan visi dan misi yang jelas demi kebahagiaan generasi akan datang di negara yang berdaulat ini. Negara bangsa yang unggul mampu menghasilkan satu ketamadunan yang memiliki masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi, berilmu, beriman serta berakhlak mulia. Usaha untuk mencapai pembentukan tamadun yang tinggi peradabannya ini, memerlukan kesegaran dan pembugaran budaya berfikir. Budaya ini terarah untuk mewujudkan rakyat yang bertanggungjawab serta kukuh akidah mereka. Pentradisian budaya berfikir merupakan anak kunci bagi kemajuan dan keunggulan sesebuah negara.
Kecemerlangan akademik belum bermakna kecemerlangan kehidupan. Semata-mata berpaksikan kecerdasan otak, kemahiran teknologi belum dapat melindungi manusia daripada sifat-sifat kejahilan, kebebalan dan kehaiwanan.

 

Guru bertanggungjawab memastikan bahawa ilmu yang memuncak tanpa iman dan hidayah llahi boleh mendorong manusia menjadi makhluk pintar tetapi perosak dan berbahaya. lnsan yang berkemahiran dan berakhlak mulia adalah insan yang diharapkan mampu memanfaatkan ciptaan Allah untuk kepentingan manusia sejagat. Pada hakikatnya kecemerlangan sahsiah manusia adalah berasaskan kepada kesepaduan ilmu, amal dan iman.

Guru-guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan dan mentransformasikan ilmu yang baik, meninggikan adab, serta sikap murni yang diredhai Allah, memberi petunjuk ke arah jalan yang benar dan sebagai pemudahcara proses pembelajaran. Sejauh manakah teras ini mampu diperkukuh dan disepadukan demi pembinaan negara bangsa?

 

16 Mei 2009, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu – Bersempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2009, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan serta merta pertambahan 2141 kuota bagi Jawatan Guru dan Pengetua Cemerlang PPPS di sekolah menengah di seluruh negara. Kerajaan juga bersetuju mewujudkan beberapa jawatn Guru Cemerlang yang berkhidmat di sekolah rendah.

Berikut Ringkasan daripada pengumuman yang telah dibuat:

A. GURU CEMERLANG GRED KHAS C
Pertambahan daripada 24 kepada 36 jawatan

B. GURU CEMERLANG GRED DG54
Pertambahan 34 daripada 100 jawatan sedia ada

C. GURU CEMERLANG GRED DG52
Pertambahan daripada 250 kepda 336 jawatan

D. GURU CEMERLANG GRED DG48
Pertambahan daripada 1000 kepada 1345 jawatan

E. GURU CEMERLANG GRED DG44
Pertambahan daripada 4000 kepada 5379 jawatan

F. PENGETUA CEMERLANG JUSA C
Pertaambahan daripada 10 kepada 20 jawatan

G. PENGETUA CEMERLANG GRED DG 54
Pertambahan daripada 200 kepada 475 jawatan

H. PENGETUA CEMERLANG GRED DG52
Dikekalkan pada 400 jawatan

I. GURU CEMERLANG GRED DG48 (SEKOLAH RENDAH)
Diwujudkan 173 jawatan

J. GURU CEMERLANG GRED DG44 (SEKOLAH RENDAH)
Diwujudkan 1737 jawatan

Bagi Guru PPPBS (bukan Siswazah), kajian sedang dijalankan dan akan diumumkan apabila ianya selesai tidak lama lagi.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG BAKAL MENIKMATI INSENTIF INI DAN JADIKAN IANYA SEBAGAI MOTIVASI KE ARAH

DSC00826

 

DSC00848DSC00818