KEHIDUPAN SATU PERSINGGAHAN : PANGGILAN ILAHI KEPADA BAPA PIRMAN

Assalamualaikum dan Salam Harmoni,Salam Silaturrahim dan Salam Perpaduan,

DSC00663DSC00671

SOLAT JUMAAT DI MASJID KAWASAN KUNAK

SOLAT JUMAAT DI MASJID KAWASAN KUNAK

DSC00675DSC00661

Kehidupan manusia di muka bumi ibarat satu persinggahan yang mencari bekal dan amal soleh sebagai bekal untuk hidup kekal abadi di alam yang penuh keberkatan Allah SWT. Setiap manusia mempunyai citarasa tersendiri untuk membina hidup yang bahagia bersama keluarga tercinta. Setiap manusia tidak terlepas dari rasa tanggungjawab terhadap saudara mara dan sesama manusia.

Ketika ini mungkin ada dikalangan rakan,sahabat,saudara yang ditimpa musibah kerana menyahut panggilan illahi. Apabila sudah sampai panggilan illahi tidak ada manusia yang boleh menolak kerana Allah SWT lagi Maha mengetahui, Maha Berkuasa dan lagi Maha Penyayang.

DSC00679

Rakyatku di kawasan Parlimen P188 Silam daerah Kunak yang berjasa dan sedia membantu perjuangan untuk membangunkan kredibiliti agama bangsa dan kewibawaan modal Insan, menerima satu ujian yang paling besar dalam keluarga. Nasib menimpa kepada saudara Firman apabila bapanya yang disayangi dan di hormati,dikagumi akhirnya telah pergi meninggalkan bumi ini buat selama-lamanya. Kesedihan ini bukan sahaja dirasai oleh saudara Pirman serta seisi keluarga tetapi ramai juga yang bersimpati khususnya masyarakat,pemimpin tempatan yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah. 

Keprihatinan Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, P188 Silam, telah membuat kunjungan ke rumah saudara Pirman bagi mengucapkan takziah di atas pemergian bapanya. Doa dan amalan agama Islam di laksanakan sepanjang tempoh adat dan tradisi pemergian bapanya. YB. Salleh menunaikan solat Jumaat di Masjid Nur Alfurqan, kampung Madai Ladang Bugis daerah Kunak.

Kepada Saudara Pirman diharap dapat banyak-banyak bersabar dan berdoa semoga roh dicucuri rahmat dan dimasukkan ke syurga bersama golongan uamt Islam yang lain.Amin……Sebagai umat Islam di seluruh dunia marilah kita mendoakan Bapa kepada saudara Pirman agar di cucuri rahmat dengan bacaan  Surah AL-FATIHAH..

 

SilamGemilang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: