1 TRADISI KEBAKARAN DI KUNAK : SIAPA YANG HARUS BERTANGGUNGJAWAB ?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

P7070574P7070577P7070583P7070585P7070591P7070593P7070567

Kebakaran yang berlaku di kampung Bagiang daerah Kunak yang berlaku sekitar jam lebih kurang 5.10 petang telah memusnahkan 11 buah rumah. Maklumat ini masih lagi lagi dalam siasatan pihak polis,pejabat daerah dan bomba bagi menentukan kesahihan jumlah rumah sebenar yang terbakar. Nama-nama ketua isi rumah bagi setiap rumah terbakar seperti 1. Saadian Sabudin/2. Mencing Manabung/3. Mohd Saldi Ali/4. Habibah Haji Kahar/5. Ibnu Hasan Haji Basri/6. Wahidah Haji Lamandi/7. Kandi Basah/8. Ismai Sahidan/9. Isah Kopong dan yang lain masih dalam siasatan.

Dalam siri laporan penganalisis SilamGemilang berhubung kebakaran yang menjadi sati tradisi seolah-oleh daerah Kunak sedang berpesta Api yang memusnahkan rumah. Sebelum ini kebakaran hanya berlaku kepada 1 isi rumah sahaja. Bagi saya ini mungkin amaran kepada penduduk kampung agar berwaspada dengan kes yang berlaku ini. Memang benar perkara ini berlaku lagi apabila Api mengganas lagi di kawasan kampung Bagiang apabila memusnahkan sebanyak lebih kurang 11 buah rumah.

Saya pernah timbulkan persoalan agar kita dapat merenung,merancang,bertindak dan lebih proaktif menghadapi situasi ini. Kebakaran yang sering berlaku di daerah Kunak perlu dibincang,diperhalusi dan dicanang bersama dari peringkat pemimpin tertinggi hingga ke peringkat bawahan yang melibatkan kuasa mutlak kerajaan negeri Sabah, Kerajaan Persekutuan dan Negeri,Badan-Badan NGO,Jabatan BOMBA,Jabatan AIR, Tenaga Elektrik, dan lain-lain lagi.

Saya berharap tindakan proaktif berhubung pemeriksaan oleh pihak Lembaga Elektrik berhubung sambungan yang dilakukan oleh rumah-rumah setinggan yang semakin banyak berlaku di kawasan Kelabu dan Hitam. Kempen-kempen keselamatan melibatkan Kerajaan dan NGO dengan mengadakan Seminar,Ceramah,Diskusi,Pameran bagi memberi kesedaran kepada rakyat tentang bahaya api kecil boleh memusnahkan nyawa dan harta benda.

Jabatan Air perlu bertindak menyelia,memantau kekuatan air khususnya yang melibatkan aliran air BOMBA, supaya masalah kekurangan air ketika kebakaran dapat diatasi. Isu yang sering ditimbulkan apabila kebakaran berlaku kadang-kala air tidak berfungsi,tekanan rendah dan jauh dari kawasan rumah yang terbakar. Kajian semula tentang aliran air Bomba perlu dikaji diperingkat daerah bagi mengatasi kekurangan aliran ini.

Pejabat Daerah Kunak perlu merancang satu mekanisma bagi mencapai matlamat 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Mesyuarat khusus bagi menangani kemelut kebakaran yang sudah menjadi 1 tradisi ini perlu di percepatkan bagi mengelakkan kebakaran yang lebih banyak lagi tidak berulang lagi. Saya berharap kerajaan negeri dibawah pentadbiran Ketua menteri Sabah agar dapat mengarahkan pihak Jabatan dan NGO yang peringkat negeri turun padang melihat sendiri masalah rakyat yang amat menakutkan dan menjadi trauma kepada rakyat di kawasan Kunak dan daerah lain.

Kita tidak meminta agar kebakaran berlaku kepada rakyat, tetapi inilah hakikatnya pemimpin peringkat tertinggi negeri Sabah perlu turun padang dan tidak membiarkan hanya kepada pentadbiran daerah bagi mengatasi masalah ini. Saya berharap konsep 1malaysia: Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan akan diterima pakai oleh pentadbiran tertinggi kerajaan negeri Sabah bagi mengelak lebih banyak rumah terbakar. Perkara yang kita tidak jangkakan apabila kebakaran yang melibatkan nyawa seperti yang berlaku di kampung Kunak kecil yang mengorbankan nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa.

Saya berharap isu ini perlu ditangani dengan segera dengan menyalurkan projek khas kepada rakyat kawasan Kunak bagi membina semula rumah-rumah rakyat yang terbakar ini supaya anak-anak mereka yang masih bersekolah dapat tinggal dirumah yang selesa.

Keprihatinan yang Berhormat Tuan Haji salleh Bin Haji Kalbi, ahli Dewan Rakyat Parlimen P188 Silam yang turun padang melihat sendiri kebakaran dan menyalurkan bantuan bangi meringankan beban mereka perlu dicontohi oleh semua pihak termasuk badan NGO dan lain-lain lagi.

Kebakaran yang berlaku ini satu dugaan Allah SWT kepada hambanya, namun sebagai pentadbir perlu merancang persediaan bagi mengelakkan perkara ini supaya tidak berulang semula.

 kad 1 SILAM PELANCONGAN

Penganalisis SilamGemilang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: