Archive for 10 Julai 2009

Pameran 100 hari PM : SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA YAB DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA. BAPA TRANSFORMASI EKONOMI BARU MALAYSIA

Julai 10, 2009

Perdana Menteri Ke-6 : Gambar Datuk Seri Najib Tun Razak Sewaktu Kecil Hingga Dewasa

Dikemaskini oleh M pada April 3rd, 2009
General 380 Respon

Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6 menganti’kan Datuk Seri Abdullah Badawi pada hari ini, 3 April 2009.

Tuanku Mizan berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama-sama Najib menghadap Seri Paduka pukul 10 pagi hari ini untuk Abdullah menyerah’kan surat melepas’kan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru. Lagi gambar selepas ini…

 

Pameran 100 hari PM

 

 AGUNGMOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAKPM B9PM B51 malaysia

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang mengikuti perkembangan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi pameran ‘100 Hari Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri’ di ruang pameran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Pameran anjuran bersama Jabatan Penerangan dengan kerjasama Jabatan Muzium Negara, Arkib Negara dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) juga akan diadakan di KL Sentral mulai 12 hingga 17 Julai ini.

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan, pameran berkonsepkan serba 100 itu, bakal memaparkan diari Najib sepanjang 100 hari sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia menerusi 100 poster gambar dan 100 petikan kata, selain menampilkan penerapan nilai gagasan 1Malaysia dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Segmen khas peristiwa tertentu seperti lawatan Najib ke luar negara dan program beliau bersama rakyat juga akan dipaparkan.

 

Isra dan Mi’raj : Anjuran Jabatan KEMAS p188 sILAM, Masjid Kg. Cocos, Lahad Datu. sabah. Dirasmikan oleh YB. Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi

Julai 10, 2009

Isra dan Mi’raj

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

DSC00916DSC00917DSC00920DSC00921DSC00911

Peristiwa Isra dan Mi’raj Nabi Muhammad s.a.w. yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam perjalanan Isra’ mahupun Mikraj seperti tecantum dalam buku ‘Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut ‘Buraq‘. Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra’ berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.

  1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
  2. Jibril juga mengajari Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
  3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitoh dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
  4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
  5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

DSC00941DSC00934

Khilaf(Perselisihan) tentang tarikh Israk Mikraj

Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.

Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.

  1. Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.
  2. Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
  3. Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
  4. Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir
  5. Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
  6. Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.
  7. Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal
  8. Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan
  9. Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
  10. Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
  11. Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.

Diambil daripada “http://ms.wikipedia.org/wiki/Isra_dan_Mi%27raj

 

Perjalanan Istimewa Isra Mi’raj : Menyaksikan 10 Azab Bagi Wanita

 

 
 
Senin (21/8), merupakan hari yang bertepatan dengan peristiwa 27 Rajab, hampir 13 abad silam. Sejarah mencatat peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW, yaitu perjalanan Isra Mi’raj. Berlangsung dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestina, serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh.”Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkannya nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surat al-Isra, ayat 1).Peristiwa tersebut terjadi setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah, bertepatan dengan tahun 721 Masehi. Peristiwa ini terjadi di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang berat yang dialami oleh Rasulullah dan para sahabat dari kelompok musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.

Isra Mi’raj adalah perjalanan cepat Nabi Muhammad pada malam hari atas takdir dan keinginan Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai Sidratul Muntaha. Bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembus tujuh lapis langit, lalu kembali ke Makkah di malam yang sama. Kisah-kisah dalam peristiwa Isra dan Mi’raj mengandung sesuatu yang sangat menakjubkan, karena perjalanan tersebut tidak sama dengan yang ditempuh manusia biasa. Tapi ini perjalanan istimewa menggunakan kendaraan Allah yang kecepatannya tidak bisa ditandingi oleh apa saja yang diciptakan manusia.

Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan tentang kekuasaan Allah serta balasan yang akan diterima oleh umatnya di akhirat nanti. Firman Allah: ”Dan Nabi Muhammad SAW telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asli) di waktu yang lain yaitu di Sidratul Muntaha. Di dalamnya ada surga yang merupakan tempat tinggal ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatan (Nabi Muhammad SAW) tidak berkisar pada menyaksikan dengan jelas (tentang pemandangan yang indah seperti yang diizinkan untuk melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Dan Baginda telah melihat sebagian dari tanda-tanda kebesaran Allah.” (Surat an-Najm, ayat 13-18).

 

 

Wanita beriman
Di antara pelajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu adalah mengenai wanita. Rasulullah SAW melewati satu daerah yang menebar bau yang sangat harum seperti bau kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril, daerah apakah yang sedang mereka lewati.

Jibril menjawab: ”Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.” Dia adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah yang kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah memiliki fisik yang lemah, tapi memiliki semangat dan jiwa keislaman yang kuat hingga mampu menepikan keangkuhan Firaun.

Masyitah adalah pelayan raja. Dia adalah seorang rakyat yang masih sadar dan beriman kepada Allah. Tetapi karena kekejaman Firaun, dia dan yang lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyisir rambut putri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, dia menyebut nama Allah. Ketika sang putri mendengarnya, bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada awalnya enggan menjawab, tetapi setelah didesak berkali-kali, dia akhirnya memberitahukan bahwa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Putri itu mengadu hingga menyebabkan Firaun sangat marah mengetahui Masyitah menyembah tuhan selain dirinya. Masyitah dipaksa Firaun agar mengakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian dia berkata: “Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah.” Kata-kata tersebut menimbulkan kemarahan Firaun. Lalu dia memerintahkan menterinya, Hammam, agar membuat patung sapi dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus Masyitah dan keluarganya.

Ketika tiba giliran bayinya yang akan dimasukkan ke dalam patung sapi, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan Firaun karena sangat sayang kepada anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, terjadi kejadian yang luar biasa. Secara tiba-tiba bayi tersebut dengan fasih berkata: “Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di jalan yang benar.”

Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan ”Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa”. Lalu semuanya syahid dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini diperingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Isra dan Mi’raj. Semua anggota keluarga Masyitah mendapat balasan syahid dari Allah karena mempertahankan akidah hingga mati.

Wanita durhaka
Dalam perjalanan tersebut, Baginda juga diperlihatkan tentang 10 jenis siksaan yang menimpa wanita hingga Rasulullah SAW menangis setiap mengenangnya. Di antaranya tentang perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mau melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.

Siksaan lain yang diperlihatkan kepada Baginda adalah perempuan yang digantung dengan lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung, dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan perkataan.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya. Ada pula perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular, dan kalajengking. Mereka adalah perempuan yang mampu shalat dan berpuasa tetapi tidak mau mengerjakannya, tidak wudhu dan tidak mau mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid dan nifas.

Baginda lalu melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan keburukan orang lain. Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya.

Siksaan lain yang dilihat oleh Baginda adalah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta. Ada juga perempuan yang Baginda lihat, wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Julai 10, 2009


Layar Keinsafan – MesticaFor more of the funniest videos, click here

Julai 10, 2009


Nasyid Oleh Rabbani – Muhammad Ya HabibiMore amazing videos are a click away

Manek Urai ‘anak emas’

Julai 10, 2009

Manek Urai ‘anak emas’

 

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
utusankelantan@utusan.com.my

 

KUALA KRAI 9 Julai – Bukan setakat anak angkat tetapi anak emas.

Itulah janji Barisan Nasional (BN) jika berjaya merampas kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai daripada genggaman Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamad berkata, jaminan itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau dalam pertemuan malam tadi di sini.

Menurutnya, BN memang ikhlas dan jujur membantu nasib penduduk DUN Manek Urai yang sewajarnya memang perlu dibela setelah diabaikan oleh kerajaan Pas Kelantan.

“BN ikhlas dan jujur serta cakna membantu penduduk Manek Urai. Buktinya memang jelas dan telah diketahui oleh semua pihak bahawa BN pada setiap masa membantu rakyat walaupun di negeri yang dikuasai pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini hari ini.

Sempena majlis itu yang disertai sebanyak tiga buah sekolah menengah dan 10 buah sekolah rendah di dalam DUN Manek Urai, satu acara penyampaian hadiah kecemerlangan turut disampaikan kepada pelajar terbaik.

Mustapa berkata, kerajaan BN telah banyak membawa pembangunan di Kuala Krai seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Hospital Kuala Krai dan kemudahan jalan raya yang baik.

“Saya merayu adik kakak semua berilah peluang kepada BN untuk melakukan perubahan, jika tidak berpuas hati, tolak kami pada pilihan raya umum akan datang.

“Tetapi kami berjanji akan melakukan terbaik sekiranya diberikan peluang kali ini,” katanya.

Sokongan terhadap BN meningkat

Julai 10, 2009

Sokongan terhadap BN meningkat

KUALA KRAI 9 Julai – Barisan Nasional (BN) mengaku masih belum berada dalam zon selesa di Manek Urai sungguhpun sokongan terhadap parti itu semakin meningkat menjelang pilihan raya kecil 14 Julai ini.

Pengarah Jentera Pilihan Raya BN negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, walaupun ramai bekas penyokong Pas telah menyatakan akan mengundi BN secara diam-diam, jentera parti sepatutnya tidak mudah berpuas hati.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan jentera BN supaya berjuang habis-habisan meraih sokongan pengundi menggunakan konsep mesra rakyat dengan mendampingi mereka dari rumah ke rumah.

“Kita yakin sokongan akan meningkat. Kita gembira kerana dari hari ke hari ada peningkatan sokongan kepada BN, malah kita dah jumpa pihak tertentu yang menyatakan nak berubah.

“Mereka ini tak mahu ‘menjelma’ atas sebab-sebab tertentu, bagaimanapun kita kena kerja kuat lagi, ia belum cukup untuk capai kemenangan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Operasi BN Manek Urai di sini hari ini.

Kebakaran kedai runcit temukan calon Pas, BN

Julai 10, 2009

Kebakaran kedai runcit temukan calon Pas, BN

TUAN Aziz Tuan Mat (kanan) menyatakan sesuatu kepada Zawawi Rahman (dua kiri) sambil diperhatikan Mohd. Fauzi Abdullah (kiri) ketika melawat Zawawi di rumahnya di Kampung Laloh, Kuala Krai, semalam.


KUALA KRAI 9 Julai – Kebakaran sebuah kedai runcit di Kampung Laloh pagi ini menemukan calon kedua-dua parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai buat pertama kali selepas empat hari membawa haluan sendiri untuk berkempen.

Pertemuan kira-kira 10 minit itu berlangsung dalam suasana yang mesra walaupun kempen pilihan raya semakin sengit.

Mereka tiba di kedai runcit milik pasangan suami isteri, Zawawi Rahman, 42, dan Noor Asiah Ismail, 37, hampir serentak didahului oleh calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat pada pukul 11.45 pagi, diikuti calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah tidak lama kemudian.

Tuan Aziz dan Mohd. Fauzi masing-masing menyerahkan sumbangan RM1,000 bagi meringankan beban mangsa.

Calon BN itu turut berjanji untuk mencari tapak baru bagi membolehkan mereka berniaga semula.

“Saya percaya bantuan kilat ini cukup untuk beliau tampung kehidupan buat sementara waktu. Lain-lain bantuan susulan akan diberikan seperti tempat untuk berniaga,” katanya.

Menurut Noor Asiah, kebakaran itu berpunca daripada api dapur yang digunakannya untuk memanaskan air gula.

Katanya, selepas memasak air gula, dia balik sebentar ke rumahnya di Kampung Pecah Pulai iaitu kira-kira lima kilometer dari kedainya.

“Bila hampir ke rumah, saya nampak asap dari arah kedai, masa itu baru saya teringat pasal air gula yang dimasak.

“Saya berpatah balik tapi kedai sudah habis terbakar, saya rasa kerugian boleh cecah RM5,000,” katanya yang menyewa kedai itu dengan bayaran RM50 sebulan.

Suaminya iaitu Zawawi merupakan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) tiada di kedai kerana bertugas mengawal lalu lintas di Kampung Manek Urai Baru.

Zawawi bertugas mengawal satu majlis yang dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dia yang bergegas pulang dilihat gagal mengawal perasaan dan menitiskan air mata melihat kesan kemusnahan kebakaran itu.

Manek Urai: Pengundi muda talian hayat BN, Pas

Julai 10, 2009

Manek Urai: Pengundi muda talian hayat BN, Pas

 
KUALA KRAI: “Tok ayah ni hijau…awe (kamu) tak payah kempen ko tok ayah lah,” kata seorang lelaki berusia dalam 70an yang berbaju Melayu, kain pelikat dan kopiah, penampilan tipikal seorang penyokong Pas.

Tok ayah ini adalah antara ratusan penyokong Pas yang hadir pada satu ceramah di Chuchoh Puteri, kawasan yang asalnya tanah rancangan yang dibuka Pas sekitar tahun 60-an.

Barisan Nasional (BN) tidak pernah menang di peti undi Chuchoh Puteri, satu daripada sembilan peti undi di kawasan Manek Urai, kecuali sekali pada 2004 dengan majoriti tujuh undi (di peti undi itu).

Ceramah sempena kempen pilihan raya kecil Manek Urai itu menampilkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Bagi majoriti Melayu Kelantan, terutama generasi lama, kehadiran Nik Abdul Aziz pada mana-mana ceramah amat dinanti-nantikan.

Di Manek Urai, 99.2 peratus daripada 12,293 pengundinya adalah Melayu, keadaannya juga begitu. Mereka sanggup naik turun bukit, meredah hujan dan lumpur semata-mata mendengar ceramah Nik Aziz.

Berdasarkan kecenderungan “pengundi tua” memilih Pas di Kelantan, maka tidak hairanlah banyak pihak melihat pengundi muda menjadi sandaran bagi BN untuk menang.

“Harapan BN adalah pada oghe (orang) muda,” kata bekas imam Masjid Chuchoh Puteri, Abdullah Awang Ahmad.

Abdullah, 60-an, yang sebelum ini penyokong Pas dan menjadi imam masjid itu selama enam tahun bermula 1990, bertindak keluar daripada parti itu kerana tidak bersetuju dengan tindakan rakan-rakannya dalam Pas menolak ahli Umno daripada menjadi ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

“Pok cik tok setuju demo (mereka) tokleh terima oghe Umno jadi AJK masjid,” katanya, yang mengakui agak sukar bagi Umno dan BN untuk mengubah mentaliti penduduk Manek Urai yang menganggap hanya Pas memperjuangkan Islam.

“Bagi demo ni, Pas itu Islam dan Islam itu Pas,” katanya.

Kewujudan dua imam atau dua penghulu dalam satu kampung adalah perkara biasa di Kelantan. Contohnya di Laloh, Manek Urai, terdapat dua penghulu di situ iaitu “Pak Da Halim” adalah penghulu BN manakala “Jali Kumbang” adalah penghulu Pas.

Seperti kebiasaan pada pilihan raya kecil dan pilihan raya umum sebelumnya, Pas yang memerintah Kelantan sejak 1990 menggunakan isu agama untuk menangkis hujah pembangunan yang diketengahkan oleh BN di Manek Urai, selain menuduh kerajaan persekutuan meminggirkan negeri itu.

Manek Urai adalah kubu kuat Pas. Kawasan itu diwakili Ismail Yaakob sejak 1985, sebelum wakil rakyat itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Mei lalu.

Pilihan raya kecil pada 14 Julai ini membabitkan pertandingan satu lawan satu antara Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan bendahari Pas Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Namun di sebalik penguasaan Pas di situ, pemerhati yakin Umno dan BN dilihat mempunyai harapan, jika ia dapat memenuhi aspirasi golongan muda yang rata-ratanya bekerja kampung atau berhijrah ke tempat lain untuk mencari kerja.

Pentingnya pengundi muda ini diakui pengarah pilihan raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun dan pengarah jentera pilihan raya BN Manek Urai, Datuk Mustapa Mohamed.

Abdul Fatah dan Mustapa masing-masing berharap majikan akan melepaskan pengundi muda untuk pulang mengundi pada 14 Julai ini.

Mengikut statistik, pengundi yang berumur antara 21 dan 39 tahun mewakili 5,598 daripada 12,293 keseluruhan pengundi atau 45.5 peratus pengundi di Manek Urai manakala pengundi berumur 40 hingga 59 tahun berjumlah 4,511 atau 36.7 peratus, pengundi 60-79 tahun (1,937 pengundi atau 15.75 peratus) dan pengundi senior berumur 80 tahun ke atas (247 pengundi atau 2.01 peratus).

Pemerhati politik berpendapat pengundi muda akan menjadi “talian hayat” BN untuk meneruskan agenda pembangunan di Manek Urai sekalipun hujah pembangunan parti itu sering kali disangkal oleh Pas.

Manek Urai juga akan dijadikan kawasan “anak angkat” kerajaan pusat jika BN menang pada 14 Julai ini, yang bermakna agensi seperti Risda dan Kesedar akan memberikan tumpuan lebih kepada kawasan itu berbanding kawasan lain di bawah kerajaan negeri.

“Tapi bukannya mudoh nak tarik pengundi muda ini. Demo (pengundi muda) takut nak pangkah dacing sebab takut ko ayoh. Kalu ayoh hijau maknanya anok pun hijaulah,” kata imam Abdullah.

Sekalipun tiga daripada empat peti undi yang mempunyai pengundi muda iaitu di Manek Urai Lama, Chuchoh Puteri dan Laloh memihak kepada BN pada pilihan raya umum lalu, jentera BN sentiasa diingatkan oleh pemimpin-pemimpin parti itu supaya terus bekerja keras.

Ini kerana bilangan pengundi muda di tiga kawasan itu hanya 114 orang berbanding majoriti 1,352 undi yang diperoleh Allahyarham Ismail, ketika mengalahkan Mohamed Zulkifli Omar daripada BN pada pilihan raya umum lalu.

Apa yang pasti, pihak mana yang mendapat sokongan pengundi muda akan mempunyai “talian hayat tambahan” yang akan mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil Manik Urai 14 Julai ini. – Bernama