Archive for 11 Julai 2009

Julai 11, 2009


Raihan – Dari TuhanThe top video clips of the week are here

Julai 11, 2009


Kasih Sayang by RaihanThe funniest videos clips are here

Bencana Yang Mungkin Ada Di Masa Depan

Julai 11, 2009

Bencana Yang Mungkin Ada Di Masa Depan

Selain banjir, senjata nuklir, polusi lingkungan, memburuknya iklim,

dan lain sebagainya, menurut laporan majalah Discovery, AS, para

ilmuwan juga memperhitungkan puluhan jenis bencana alam atau ulah

manusia yang bisa mengakibatkan manusia mendekati kepunahan.

Jaman sekarang, setiap saat orang-orang menyebarkan informasi tentang

kepunahan spesies, sehingga kita mulai menyadari bahwa ini bukan sebuah

fenomena perputaran alam yang baik.

Para ilmuwan telah memperkirakan, bahwa rasio kepunahan spesies

organisme sekarang adalah 1.000 kali lipatnya zaman fosil, menurut

statistik bahwa di atas bumi secara aktual terdapat 99% spesies berada

di ujung kepunahan.

Dan pembunuh-pembunuh yang menghancurkan spesies ini, sebagian besar disebabkan aktivitas peradaban manusia saat ini. Aktivitas-aktivitas ini menyebabkan berbagai jenis makhluk hidup di bumi, termasuk manusia sendiri secara perlahan-lahan menuju ke dalam kondisi yang kritis, ada beberapa kondisi yang mungkin dapat dialami dalam gerakan putaran alam. Mungkin Anda akan menganggap bahwa peringatan di atas hanya imajinasi sastrawan, namun di bawah pengamatan dan penyelidikan ilmuwan ditemukan bahwa dalam sejarah ratusan juta tahun, di atas bumi berkali-kali menyisakan bekas-bekas dihancurkan.

Manek Urai: Kempen masuk fasa kritikal

Julai 11, 2009

Manek Urai: Kempen masuk fasa kritikal

KUALA KRAI: Selepas enam hari berkempen, belum ada pihak berani meramalkan kedudukan dan sentimen sebenar 12,293 pengundi di Manek Urai.

Dalam fasa kritikal kempen pilihan raya kecil ini, kedua-dua pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pas melipat gandakan usaha untuk memenangi hati pengundi, terutamanya mereka yang berada di atas pagar.

“Pengundi atas pagar ni pertempuran kita sebenar. Siapa boleh tawan mereka dia mungkin menang,” kata Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fattah Harun ketika dihubungi di sini.
Tidak hairanlah kenapa jentera parti Pas juga sedang berusaha berhempas pulas untuk mempertahankan kubu kuatnya itu.

Jika BN dituduh menggunakan agensi kerajaan untuk menarik pengundi di Manek Urai, parti itu juga dilihat menggunakan masjid untuk berkempen.

Senario itu mungkin asing bagi orang luar tapi biasa bagi majoriti Melayu Islam di Kelantan yang diperintah Pas sejak 1990 di bawah kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau “Tok guru Nik Aziz”.

Semalam, seorang wartawan veteran dari Kedah terkejut selepas mendengar khatib menyelitkan kempen politik dalam khutbah Jumaat di Masjid Laloh, antara kawasan kubu kuat Pas di Manek Urai.

BN tewas 187 undi di kawasan peti undi Laloh pada pilihan raya umum lalu.

Khutbah khatib itu antara lain berbunyi, “Kerajaan tidak laksana fardu ain tapi buat fardu kifayah”.

Tiga hari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di Manik Urai Lama mencabar Pas membuktikan bahawa Umno tidak memperjuangkan agama dan tidak melakukan apa-apa ke arah pembangunan Islam.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata parti itu juga memperjuangkan Islam dalam usaha menuntut kemerdekaan pada 1957 dan melaksanakan pembangunan selaras dengan tuntutan fardu kifayah.

“Kedah pun diperintah Pas tapi tak macam ni,” kata wartawan itu yang enggan dikenali dan sudah enam hari berkampung di Manek Urai bagi membuat liputan pilihan raya kecil di kawasan itu.

Di atas kertas, Manek Urai dengan 80 peratus penduduknya yang terdiri daripada pekebun dan penoreh getah, adalah kubu kuat Pas.

Kawasan itu pernah dimenangi Umno pada 2004, ketika Allahyarham Ismail Yaakob tidak menjadi calon.

Ismail yang mewakili kawasan itu selama lima penggal, meninggal dunia pada 22 Mei lalu, akibat serangan jantung.

Namun, selepas kempen hampir masuk pusingan akhir, Pas nampaknya tidak mengambil mudah cabaran calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, selaku Ketua Pemuda Umno Kuala Krai yang juga bekas pegawai Kesedar.

Semalam, berpuluh peraih ikan dibawa ke Laloh untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada BN yang mereka dakwa menghina Mohd Fauzi Abdullah, 50, Bendahari Pas Kuala Krai, yang bekerja sebagai pemborong ikan.

Jika isu royalti minyak dilihat bertujuan meraih simpati pengundi di peringkat negeri, isu penghinaan kepada peniaga ikan itu pula dilihat cuba mendapat simpati politik pengundi akar umbi.

Petang semalam, bergema laungan takbir “Allahuakbar” oleh peniaga-peniaga ikan di pasar basah Laloh, yang pada sebelah paginya dilawati Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dan Tuan Aziz.

Jika dikaji, seperti mana di Chuchoh Puteri, Lata Rek dan Sungai Perial, Laloh juga kawasan kubu kuat Pas yang suatu ketika dulu tidak mungkin dijejaki Umno apatah lagi calonnya.

Di pihak Umno pula, parti itu sememangnya tidak mempunyai kawasan kubu kuat di Manek Urai, yang pada awalnya kawasan tanah rancangan yang dibuka kerajaan Pas, tetapi kini, kedua-dua calon dilihat turun berkempen dari rumah ke rumah.

“Penyokong Pas tidak lagi fanatik. Nampaknya, mereka lebih terbuka,” kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang juga melawat pasar itu bagi meninjau keadaan di situ.

Sehingga semalam, menurut Tuan Aziz, beliau sudah melawat 50 peratus pengundi di kawasan itu, manakala mengikut laporan media Mohd Fauzi melawat 70 peratus pengundi di Manek Urai.

Apa yang pasti, kedua-dua pihak kini menumpukan perhatian di kawasan seperti Chuchoh Puteri, Laloh, Manik Urai Lama dan Manik Urai Baru yang dilihat mempunyai lebih ramai pengundi atas pagar.

Malah Chuchoh Puteri, misalnya, menjadi lokasi pertama dilawati penceramah “heavyweight” daripada pakatan pembangkang seperti Nik Abdul Aziz, penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan exco kerajaan negeri Kelantan, Husam Musa.

Kawasan yang sama turut dilawati, antara lain, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Bagi penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein, tempoh dua hari terakhir ini adalah tempoh kritikal kepada BN dan Pas untuk pengundi terutama 12,209 pengundi Melayu menilai apa yang telah dijanjikan oleh kedua-dua parti itu.

“Mulai hari ini, kedua-dua pihak kena hati-hati dengan strategi yang mereka gunakan kerana ia akan mempengaruhi pengundi (terutama pengundi atas pagar) untuk swing arah mana,” kata profesor sains politik itu.

Apa yang pasti, sokongan pengundi ini bukan saja tentang memilih calon tetapi ia juga menentukan kedudukan Manik Urai dalam arus pembangunan negara. – Bernama

Najib umum penubuhan Amanah Saham 1Malaysia

Julai 11, 2009

Najib umum penubuhan Amanah Saham 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan penubuhan satu tabung unit amanah baru, Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit, sebagai usaha kerajaan menggalakkan rakyat melabur.

Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju bagi Permodalan Nasional Bhd (PNB) menubuhkan tabung unit amanah baru itu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Ia dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, katanya.
“Penubuhan tabung unit amanah baru pada ketika ini adalah sesuai selaras dengan jangkaan pemulihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini,” kata Najib.

Berucap pada majlis “100 Hari Najib Bersama Rakyat” di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Perdana Menteri berkata, tabung itu, dijangka dapat memberi peluang pelaburan kepada pelabur untuk menikmati pulangan pendapatan yang berpatutan dalam tempoh jangka panjang.

Dalam rangka untuk meratakan kemakmuran, kerajaan, menurut Najib, sudah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk Skim Amanah Saham Wawasan terutamanya bagi golongan miskin tegar di bandar.

“Skim ini bertujuan untuk meringankan bebanan mereka terutama hujung tahun bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak,” katanya.

Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa menjelang 2010, seramai 20,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi sebanyak 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.

Najib turut mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 20 peratus kepada pengguna kad pra bayar SmartTag dan Touch ”N Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan.

Pemberian diskaun ini akan bermula 1 September ini.

Beliau berkata, kerajaan menyedari bayaran tol ke atas pengguna jalan bertol boleh membebankan dalam ekonomi masa ini.

“Ini (diskaun) saya percaya akan memberi kelegaan pada rakyat terutamanya yang menggunakan jalan tol setiap hari,” katanya yang disambut dengan tepukan. – Bernama

100 hari sebagai PM, Najib buat 11 pengumuman mesra rakyat

Julai 11, 2009

100 hari sebagai PM, Najib buat 11 pengumuman mesra rakyat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, hari ini membuat 11 pengumuman “mesra rakyat” sempena genap 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

Berucap di majlis “100 Hari Najib Bersama Rakyat” di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Perdana Menteri berkata, bagi meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.

Najib berkata, ini adalah satu keputusan atau penyelesaian sementara saja, sementara menunggu kajian keseluruhan mengenai kadar tol yang menurutnya akan mengambil masa.
Katanya, beliau pernah diberitahu seorang pengguna jalan bertol yang dirinya terpaksa membayar tol lebih kurang RM300 sebulan manakala gaji bulanannya RM3,000, yang menurut Perdana Menteri:” Orang ini hanya mendapat gaji 11 bulan saja setahun, kerana gaji satu bulan lagi habis dibelanjakan untuk pembayaran tol setahun.

“Ini (diskaun) saya percaya akan memberi kelegaan pada rakyat terutamanya yang menggunakan jalan tol setiap hari,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh lebih 5,000 hadirin di dalam dan luar pusat konvensyen itu yang penuh sesak.

Dalam ucapan hampir 50 minit yang dimulakan tepat jam 11.11 pagi yang menandakan 11 Julai, genap 100 hari menjadi Perdana Menteri selepas dilantik pada 3 April lalu, Najib juga mengumumkan bahawa penyewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah di bawah program itu.

Katanya, sejumlah 44,000 unit rumah ditawarkan yang memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Satu lagi pengumuman mesra rakyat Perdana Menteri membabitkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru.

Najib berkata, ini sebagai memenuhi permohonan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia bagi pengurangan bayaran lesen yang dikemukakan kepada beliau pada satu majlis di Tanjung Karang, Selangor bulan lalu.

“Ini akan memberi banyak kelegaan…saya harap negeri-negeri lain akan ikut langkah di Wilayah Persekutuan ini. Mudah-mudahan (bayaran) lesen-lesen lain juga akan dikurangkan,” katanya.

Selain itu, Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang sudah diberikan setakat ini.

Menurut Perdana Menteri, dasar membantu pemandu teksi dibuat memandangkan pada masa sekarang terdapat ramai pemandu teksi yang terpaksa menyewa harian dengan pembayaran seperti RM50 sehari, di samping kos lain seperti minyak.

Najib juga mengumumkan bahawa caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang.

Menurutnya, beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang “ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai” tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang.

“Selepas berunding dengan sekolah-sekolah memandu, caj (kadar) bayaran latihan (belajar) dikurang kepada RM211. Dan berdasar riak tadi, saya membayangkan memang tepat keputusan tadi,” katanya sebagai mengulas reaksi tepukan gemuruh daripada ramai hadirin sebaik saja beliau mengumumkan pengurangan itu.

Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa menjelang 2010, seramai 10,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.

Najib juga berkata, satu lagi tabung unit amanah baru dinamakan “Amanah Saham 1Malaysia” akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit.

Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, katanya.

Najib juga mengumumkan peruntukan skim TEKUN ditambah RM150 juta lagi dan juga mengumumkan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India di negara ini.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil langkah drastik ke arah mengurangkan jenayah dan rasuah di negara ini, dan maklumat mengenainya akan diumumkan hujung bulan ini.

Satu lagi pengumuman mesra rakyat Perdana Menteri hari ini, adalah berkaitan pendaftaran kelahiran, yang menurutnya ramai juga yang lambat mendaftarkan kelahiran dan kerajaan akan terus mempergiatkan usaha memperbaiki keadaan itu.

Najib berkata, di Sabah, sejak 2005, sebanyak 36,000 permohonan pendaftaran telah diterima dan daripada jumlah itu 92 peratus diluluskan.

Di Sarawak pula, sejak 2005, sebanyak 19,000 permohonan telah diterima dan dari jumlah itu, 80 peratus permohonan telah diluluskan.

Dalam pengumuman mengenai kewarganegaraan pula, Najib mengumumkan bahawa jumlah permohonan tertangguh pada 1 November 2008 adalah sebanyak 34,000, dan sehingga bulan lalu, sebanyak 46 peratus telah selesai dibuat keputusan dan usaha akan dipergiatkan lagi untuk menyelesaikan baki permohonan.

Di majlis itu, Najib turut membuat pengumuman mengenai infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak, dan menurutnya kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di kedua-dua negeri, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.

Dalam konteks infrastruktur ini, Najib juga berkata, liputan bekalan air minum yang kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak, akan dipertingkatkan, begitu juga bekalan elektrik, dan pengumuman mengenainya akan dibuat hujung bulan ini.

Najib yang menyifatkan majlis hari ini sebagai “perjumpaan yang sangat bersejarah” berkata keputusan-keputusan yang dibuat itu adalah “keputusan istimewa untuk rakyat Malaysia”.

“Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan,” katanya. – Bernama

Najib umum enam bidang keberhasilan utama nasional

Julai 11, 2009

Najib umum enam bidang keberhasilan utama nasional

KUALA LUMPUR: Selain 11 pengumuman mesra rakyat yang dibuat Datuk Seri Najib Razak sempena genap 100 menjadi Perdana Menteri hari ini, beliau turut mengumumkan enam bidang keberhasilan utama nasional (KRA) untuk mencapai matlamat Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dengan lebih berkesan.

Keenam-enam bidang itu ialah mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Selain itu, juga meliputi memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.
Najib berkata, keenam-enam bidang itu akan diberikan fokus utama oleh beliau, bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta barisan Kabinet.

“Saya tidak mahu memperincikannya kerana akan berjumpa dengan pegawai-pegawai kerajaan hujan bulan ini…nak memperincikan (kepada mereka dulu). Kita tunggu dulu pengumuman detailsnya (butirannya),” katanya berucap di majlis “100 Hari Najib Bersama Rakyat” di sini.

Majlis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu diadakan sempena genap 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam, berikutan pelantikan beliau pada 3 April, mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mengenai pencegahan jenayah, Najib berkata, kalau sudah ada komitmen memeranginya, maka ia mesti serius dilaksanakan.

“Kalau tidak rakyat akan menunding jari (menyalahkan kerajaan)…(nanti) bila tiba masa (pilihan raya) akan tahu (respons) rakyat. Saya mahu kita bertanggungjawab pada rakyat Malaysia,” katanya.

KPI diwujudkan bagi membolehkan rakyat mengukur pencapaian anggota pentadbiran kerajaan dan untuk memastikan ada garis panduan jelas kepada penggubal dan pelaksana dasar dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Najib berkata, beliau akan bersikap tegas dalam membuat sesuatu keputusan kerana jika tidak rakyat akan terumbang-ambing dalam ketidakpastian.

Perdana Menteri berkata, pendekatan kerajaan adalah berlandaskan berfikir dan mendengar hasrat dan rintihan rakyat kerana menurutnya “era kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir”.

Menurutnya, proses mendengar luahan rakyat akan dibuat dalam hampir semua keputusan penting kerajaan, seperti membabitkan kajian mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di mana pendapat awam, Majlis Peguam dan sebagainya akan diambil kira. – Bernama