Najib umum enam bidang keberhasilan utama nasional

Najib umum enam bidang keberhasilan utama nasional

KUALA LUMPUR: Selain 11 pengumuman mesra rakyat yang dibuat Datuk Seri Najib Razak sempena genap 100 menjadi Perdana Menteri hari ini, beliau turut mengumumkan enam bidang keberhasilan utama nasional (KRA) untuk mencapai matlamat Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dengan lebih berkesan.

Keenam-enam bidang itu ialah mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Selain itu, juga meliputi memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.
Najib berkata, keenam-enam bidang itu akan diberikan fokus utama oleh beliau, bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta barisan Kabinet.

“Saya tidak mahu memperincikannya kerana akan berjumpa dengan pegawai-pegawai kerajaan hujan bulan ini…nak memperincikan (kepada mereka dulu). Kita tunggu dulu pengumuman detailsnya (butirannya),” katanya berucap di majlis “100 Hari Najib Bersama Rakyat” di sini.

Majlis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu diadakan sempena genap 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam, berikutan pelantikan beliau pada 3 April, mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mengenai pencegahan jenayah, Najib berkata, kalau sudah ada komitmen memeranginya, maka ia mesti serius dilaksanakan.

“Kalau tidak rakyat akan menunding jari (menyalahkan kerajaan)…(nanti) bila tiba masa (pilihan raya) akan tahu (respons) rakyat. Saya mahu kita bertanggungjawab pada rakyat Malaysia,” katanya.

KPI diwujudkan bagi membolehkan rakyat mengukur pencapaian anggota pentadbiran kerajaan dan untuk memastikan ada garis panduan jelas kepada penggubal dan pelaksana dasar dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Najib berkata, beliau akan bersikap tegas dalam membuat sesuatu keputusan kerana jika tidak rakyat akan terumbang-ambing dalam ketidakpastian.

Perdana Menteri berkata, pendekatan kerajaan adalah berlandaskan berfikir dan mendengar hasrat dan rintihan rakyat kerana menurutnya “era kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir”.

Menurutnya, proses mendengar luahan rakyat akan dibuat dalam hampir semua keputusan penting kerajaan, seperti membabitkan kajian mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di mana pendapat awam, Majlis Peguam dan sebagainya akan diambil kira. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: