Najib umum penubuhan Amanah Saham 1Malaysia

Najib umum penubuhan Amanah Saham 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan penubuhan satu tabung unit amanah baru, Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit, sebagai usaha kerajaan menggalakkan rakyat melabur.

Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju bagi Permodalan Nasional Bhd (PNB) menubuhkan tabung unit amanah baru itu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Ia dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, katanya.
“Penubuhan tabung unit amanah baru pada ketika ini adalah sesuai selaras dengan jangkaan pemulihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini,” kata Najib.

Berucap pada majlis “100 Hari Najib Bersama Rakyat” di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Perdana Menteri berkata, tabung itu, dijangka dapat memberi peluang pelaburan kepada pelabur untuk menikmati pulangan pendapatan yang berpatutan dalam tempoh jangka panjang.

Dalam rangka untuk meratakan kemakmuran, kerajaan, menurut Najib, sudah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk Skim Amanah Saham Wawasan terutamanya bagi golongan miskin tegar di bandar.

“Skim ini bertujuan untuk meringankan bebanan mereka terutama hujung tahun bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak,” katanya.

Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa menjelang 2010, seramai 20,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi sebanyak 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.

Najib turut mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 20 peratus kepada pengguna kad pra bayar SmartTag dan Touch ”N Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan.

Pemberian diskaun ini akan bermula 1 September ini.

Beliau berkata, kerajaan menyedari bayaran tol ke atas pengguna jalan bertol boleh membebankan dalam ekonomi masa ini.

“Ini (diskaun) saya percaya akan memberi kelegaan pada rakyat terutamanya yang menggunakan jalan tol setiap hari,” katanya yang disambut dengan tepukan. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: