Archive for 14 Julai 2009

40 Peratus Keluar Mengundi Sehingga 10.30 Pagi

Julai 14, 2009

40 Peratus Keluar Mengundi Sehingga 10.30 Pagi

KUALA KRAI, 14 Julai (Bernama) — Kira-kira 40 peratus atau 4,917 pengundi daripada 12,293 pemilih berdaftar telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sehingga pukul 10.30 pagi Selasa.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah itu amat baik dan bilangan itu dijangka terus meningkat sehingga tempoh mengundi ditutup pada pukul 5 petang ini.

Katanya, tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku setakat ini kecuali satu insiden kecil awal pagi ini yang berpunca daripada semangat tinggi penyokong kedua-dua parti bertanding.

Proses pengundian di sembilan pusat mengundi yang bermula pada pukul 8 pagi berjalan lancar.

Penjumlahan undi akan dibuat di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, dekat sini dan keputusannya dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Ismail Yaacob, dari PAS yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat serangan jantung.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, 39 dan Mohd Fauzi Abdullah, 50 yang mewakili PAS.

Julai 14, 2009


Warisan by Siti NurhalizaClick here for this week’s top video clips

Julai 14, 2009


Cinta Rasul – Ya Nebi Salam Alaika 1The best video clips are right here

Manek Urai: SPR kecewa parti gagal kawal penyokong

Julai 14, 2009

yb silam

Manek Urai: SPR kecewa parti gagal kawal penyokong

KUALA KRAI: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kecewa dengan parti yang bertanding dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai kerana gagal memastikan penyokong masing-masing mematuhi peraturan pilihan raya seperti yang dijanjikan.

Abdul Aziz berkata, Barisan Nasional (BN) dan Pas sewajarnya mengawal penyokong masing-masing supaya tidak melakukan perbuatan yang melanggar peraturan atau menjejaskan ketenteraman dan kelancaran proses mengundi

“Saya kesal perkara ini berlaku kerana mereka sudah berjanji kepada SPR untuk mematuhi segala peraturan,” katanya di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Peria dekat sini, sebentar tadi.
Beliau merujuk kepada ketegangan antara penyokong Pas dan BN di hadapan pintu masuk pusat mengundi itu.

Abdul Aziz berkata, SPR sudah berkali-kali menyatakan petugas atau penyokong parti yang bertanding dilarang daripada meraih undi pada hari pengundian, tetapi ia tidak diendahkan.

“Keadaan ini mungkin disebabkan kedudukan persaingan sengit dan rapat antara calon BN dan Pas,” katanya

Sehubungan itu, SPR sedang memikirkan tindakan segera bagi memastikan penyokong kedua-dua parti tidak terus melanggar peraturan pilihan raya.

Manek Urai: Penyokong BN, Pas bertikam lidah

Julai 14, 2009

Manek Urai: Penyokong BN, Pas bertikam lidah

KUALA KRAI: Proses mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tercemar sedikit apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) di perkarangan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Peria berhubung kedudukan mereka.

Penyokong Pas yang menguasai kaki lima di seberang jalan menghadap pintu utama dan di sisi pusat mengundi tidak berpuas hati dengan kedudukan penyokong BN yang dikatakan terlalu hampir.

Pegawai polis terpaksa mengarahkan seorang penyokong Pas yang datang memarahi penyokong BN untuk beredar.

Manek Urai: 15.7 peratus keluar mengundi sehingga jam 9 pagi

Julai 14, 2009

Manek Urai: 15.7 peratus keluar mengundi sehingga jam 9 pagi

KUALA KRAI: Proses mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai berjalan lancar dengan 1,932 pengundi atau 15.7 peratus daripada 12,293 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi sehingga jam 9 pagi tadi.

Proses mengundi DUN Manek Urai bermula

Julai 14, 2009

Proses mengundi DUN Manek Urai bermula

KUALA KRAI: Proses mengundi bagi piilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai bermula tepat jam 8 pagi tadi di sembilan pusat mengundi.

Seramai 12,268 pemilih berdaftar berpeluang memilih wakil rakyat baru mereka.

Calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, ditentang calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, 50.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat daripada Pas, Ismail Yaakob, pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung.

Negara Eropah Melihat Malaysia Sebagai Contoh Ikutan Bagi Perpaduan

Julai 14, 2009

Negara Eropah Melihat Malaysia Sebagai Contoh Ikutan Bagi Perpaduan

yb salleh

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Negara-negara Eropah melihat Malaysia sebagai wadah tumpuan pelbagai kebudayaan dan contoh ikutan bagi perpaduan dan kepelbagaian, kata Duta Besar Malaysia ke Belgium Datuk Hussein Hanif.

Kualiti-kualiti ini amat diperlukan dalam dunia hari ini dan bagi tahun-tahun yang akan datang,” katanya kepada Bernama dalam satu temubual di Putrajaya baru-baru ini.

“Mereka (negara-negara Eropah) dan seluruh dunia melihat Malaysia dengan begitu positif, kerana kita tidak mendiskriminasi warganegara kita dan rakyat yang mempunyai pelbagai kepercayaan, hidup dalam suasana harmoni dan bersatupadu,” kata Hussein.

Hussein, yang menyokong konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkata di sebalik sesetengah “media baru” cuba untuk mencemarkan nama baik Malaysia, sebaik para pelancong asing tiba di negara ini, mereka akan mengetahui betapa Malaysia begitu selamat dan mengagumkan.

Ini akan mendorong mereka untuk lebih menghargai Malaysia, katanya, sambil berkata bahawa Malaysia telah “memenuhi peta dunia dengan begitu banyak pencapaian yang hebat.”

Ketika ditanya setakat mana krisis kewangan global memberi kesan terhadap Eropah, Hussein berkata Kesatuan Eropah (EU) berharap bahawa pemulihan akan berlaku pada pertengahan tahun depan, dan juga telah melaksanakan pakej rangsangan bagi menangani isu itu.

Bagi teknologi hijau (GreenTech), Hussein berkata negara Eropah adalah sangat maju dalam bidang itu kerana para saintis mereka terus menerus menjalankan kajian mengenai tenaga bersih alternatif bagi kaedah pengeluaran tenaga mereka pada masa ini.

“Ini termasuk penggunaan gasolin tanpa plumbum, tenaga suria dan bahan bakar alternatif bagi kenderaan termasuk kenderaan elektrik hibrid,” katanya.

Dalam aspek ini, beliau berkata Najib telah mengorak langkah penting dengan penubuhan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dengan satu mandat untuk mempromosi pembangunan lestari dan menggunapakai teknologi hijau.

Menyentuh berhubung perubahan iklim, Hussein berkata sementara usaha meningkatkan kesedaran adalah penting, ia masih tidak mencukupi bagi mencapai pembangunan lestari.

Beliau berkata kesedaran itu perlu diubah menjadi penyelesaian yang amat diperlukan sekali oleh masyarakat antarabangsa.

“Kedua-duanya, negara-negara maju dan membangun mempunyai tanggungjawab yang sama tetapi berbeza dalam menangani tindakan konkrit bagi menyesuaikan dengan perubahan iklim pada masa depan,” katanya.

Pada 22 Jun, Duta/Ketua Perwakilan Suruhanjaya Eropahnya Vincent Piket berkata iklim EU dan pakej tenaga mempunyai sasaran 20:20:20 untuk tahun 2020, dengan 20 peratus bagi simpanan gas rumah hijau, 20 peratus bagi tenaga diperbaharui dan 20 peratus peningkatan dalam tenaga yang berkesan.

Katanya pelaburan dalam pertumbuhan tenaga hijau tidak akan melonjakkan ekonomi tetapi ia akan membawanya ke peringkat pertumbuhan seterusnya dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Ketika ditanya sama ada Malaysia Airlines juga terjejas dengan pakej perubahan iklim yang diterima pakai oleh EU, Hussein berkata ia boleh memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada syarikat-syarikat Malaysia.

“Kemasukan sektor penerbangan, yang membabitkan tindakan mengenakan penutup kepada pengeluaran karbon dioksida bagi semua pesawat yang tiba atau berlepas dari atau ke lapangan terbang EU, akan menyebabkan kos operasi bagi operator Malaysia Airlines meningkat,” katanya.

Pada 6 April, Majlis Menteri EU menggunapakai pakej perubahan iklim dan tenaga dengan matlamat bagi menepati sasaran keseluruhan alam sekitar bagi mengurangkan sebanyak 20 peratus pengeluaran gas rumah hijau dan 20 peratus bahagian bagi tenaga diperbaharui dalam penggunaan tenaga keseluruhan EU menjelang 2020.

Selain itu, Hussein berkata EU juga telah menetapkan piawaian dan spesifikasi yang perlu dipatuhi oleh para pengeksport.

Sebagai contoh, beliau berkata, EU juga telah mengenakan keperluan kebersihan dan kesihatan awam yang ketat berhubung makanan laut yang membawa kepada larangan menyeluruh ke atas hasil makanan laut dari Malaysia tahun lepas selepas pemeriksaan ke atas sektor perikanan tempatan menujukkan kurangnya amalan dan piawaian kesihatan.

Bagaimanapun, pada Mac tahun ini, pegawai veterinar dan makanan EU telah menarik balik larangan yang berlangsung selama 10 bulan itu dan memasukkan semula Malaysia dalam senarai importnya.

EU merupakan pasaran penting bagi industri ternakan udang yang bernilai AS$421 juta kerana ia membeli separuh daripada udang yang dieksport.

Antara keperluan EU bagi negara-negara pengeksport adalah kebanyakan negara itu mesti mempunyai pihak berkuasa yang cekap yang bertanggungjawab bagi mengawal secara rasmi bagi keseluruhan rangkaian pengeluaran terutama yang membabitkan makanan laut.

Hussein berkata beliau memantau peraturan dan pengawalan yang digubal oleh EU dalam usaha untuk memastikan beliau tidak terkejut dengan peraturan terbaru.

— BERNAMA

Amaran Najib Kepada Mereka Yang Berminat Jadi Wakil Rakyat

Julai 14, 2009

Amaran Najib Kepada Mereka Yang Berminat Jadi Wakil Rakyat
ALOR SETAR, 13 Julai (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada ahli UMNO yang bercita-cita menjadi wakil rakyat supaya membuktikan komitmen mereka serta berjasa kepada parti.

Presiden UMNO itu berkata ahli yang berminat perlu bekerja kuat mulai sekarang bagi memperkasakan parti agar dapat memenangi kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

“Sekarang saya beri amaran. Jangan harap (dipilih). Kami nak pilih orang yang berjasa kepada parti,” katanya pada majlis makan malam UMNO Perhubungan Kedah di sini Isnin.

Perdana Menteri berkata ada ahli UMNO yang ghairah melobi untuk mendapatkan tempat dalam parti atau sebagai calon pilihan raya.

“”Kalau tak dapat lobi saya, (mereka) lobi pegawai saya, kalau tak dapat pegawai saya, lobi semua orang,” katanya.

Beliau meningatkan semua ahli bahawa sokongan rakyat adalah amat penting bagi memastikan UMNO terus menjadi peneraju pentadbiran negara dan kepimpinan parti sentiasa dilihat dekat di hati rakyat.

Katanya UMNO perlu diperlihatkan sebagai sebuah parti yang mendahului zaman dan tidak membiarkan pihak lain yang menjadi juara pembaharuan.

Najib berkata pentadbirannya akan sentiasa mendengar suara rakyat yang merupakan suara keramat dalam sistem demokrasi berparlimen.

Oleh itu, menurut Perdana Menteri, setiap pemimpin UMNO perlu mencerminkan parti itu sebagai sebuah parti yang mengutamakan rakyat.

Katanya, usaha memulihkan kekuatan parti di negeri itu perlu dilakukan dengan sebaik mungkin dan mengelakkan sikap “enau dalam belukar” yang hanya gemar melepaskan pucuk masing-masing.

Beliau berharap UMNO Kedah tidak selamanya menjadi pembangkang dalam kerajaan pakatan di negeri itu.

Majlis itu turut dihadiri oleh bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Othman Arof dan Datuk Seri Mahadzir Khalid.

 

— BERNAMA

BN Yakin Dapat Sokongan Pengundi Muda

Julai 14, 2009

BN Yakin Dapat Sokongan Pengundi Muda
JITRA, 13 Julai (Bernama) — Barisan Nasional (BN) yakin dapat menarik pengundi muda untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang ekoran ada petanda baik mengenai sokongan golongan ini terhadap kerajaan sekarang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sememangnya jumlah pengundi muda kini semakin meningkat dan mereka adalah golongan yang penting bagi menentukan kemenangan bagi sesebuah parti dalam pilihan raya.

Katanya, parti yang dinamik dikaitkan dengan aspirasi golongan muda dan terdapat petanda yang baik dan BN kena bekerja kuat untuk menarik pengundi muda itu.

Pada perkembangan lain, Najib berkata kerajaan masih bersedia untuk mengkaji pandangan orang ramai mengenai kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

“Kerajaan bersikap terbuka dan menghormati suara rakyat”, kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di sini Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan sesetengah pihak yang mahukan PPSMI dikekalkan ekoran ramai pelajar di kawasan bandar yang telah mahir dalam menguasai PPSMI.

Najib berkata, kerajaan sedang berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran bahasa Inggeris di sekolah dengan memperkenalkan pelajaran Kesusasteraan Inggeris dan menambah bilangan guru bahasa Inggeris.

 

— BERNAMA