40 Peratus Keluar Mengundi Sehingga 10.30 Pagi

40 Peratus Keluar Mengundi Sehingga 10.30 Pagi

KUALA KRAI, 14 Julai (Bernama) — Kira-kira 40 peratus atau 4,917 pengundi daripada 12,293 pemilih berdaftar telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sehingga pukul 10.30 pagi Selasa.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah itu amat baik dan bilangan itu dijangka terus meningkat sehingga tempoh mengundi ditutup pada pukul 5 petang ini.

Katanya, tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku setakat ini kecuali satu insiden kecil awal pagi ini yang berpunca daripada semangat tinggi penyokong kedua-dua parti bertanding.

Proses pengundian di sembilan pusat mengundi yang bermula pada pukul 8 pagi berjalan lancar.

Penjumlahan undi akan dibuat di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, dekat sini dan keputusannya dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Ismail Yaacob, dari PAS yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat serangan jantung.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, 39 dan Mohd Fauzi Abdullah, 50 yang mewakili PAS.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: