Negara Eropah Melihat Malaysia Sebagai Contoh Ikutan Bagi Perpaduan

Negara Eropah Melihat Malaysia Sebagai Contoh Ikutan Bagi Perpaduan

yb salleh

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Negara-negara Eropah melihat Malaysia sebagai wadah tumpuan pelbagai kebudayaan dan contoh ikutan bagi perpaduan dan kepelbagaian, kata Duta Besar Malaysia ke Belgium Datuk Hussein Hanif.

Kualiti-kualiti ini amat diperlukan dalam dunia hari ini dan bagi tahun-tahun yang akan datang,” katanya kepada Bernama dalam satu temubual di Putrajaya baru-baru ini.

“Mereka (negara-negara Eropah) dan seluruh dunia melihat Malaysia dengan begitu positif, kerana kita tidak mendiskriminasi warganegara kita dan rakyat yang mempunyai pelbagai kepercayaan, hidup dalam suasana harmoni dan bersatupadu,” kata Hussein.

Hussein, yang menyokong konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkata di sebalik sesetengah “media baru” cuba untuk mencemarkan nama baik Malaysia, sebaik para pelancong asing tiba di negara ini, mereka akan mengetahui betapa Malaysia begitu selamat dan mengagumkan.

Ini akan mendorong mereka untuk lebih menghargai Malaysia, katanya, sambil berkata bahawa Malaysia telah “memenuhi peta dunia dengan begitu banyak pencapaian yang hebat.”

Ketika ditanya setakat mana krisis kewangan global memberi kesan terhadap Eropah, Hussein berkata Kesatuan Eropah (EU) berharap bahawa pemulihan akan berlaku pada pertengahan tahun depan, dan juga telah melaksanakan pakej rangsangan bagi menangani isu itu.

Bagi teknologi hijau (GreenTech), Hussein berkata negara Eropah adalah sangat maju dalam bidang itu kerana para saintis mereka terus menerus menjalankan kajian mengenai tenaga bersih alternatif bagi kaedah pengeluaran tenaga mereka pada masa ini.

“Ini termasuk penggunaan gasolin tanpa plumbum, tenaga suria dan bahan bakar alternatif bagi kenderaan termasuk kenderaan elektrik hibrid,” katanya.

Dalam aspek ini, beliau berkata Najib telah mengorak langkah penting dengan penubuhan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dengan satu mandat untuk mempromosi pembangunan lestari dan menggunapakai teknologi hijau.

Menyentuh berhubung perubahan iklim, Hussein berkata sementara usaha meningkatkan kesedaran adalah penting, ia masih tidak mencukupi bagi mencapai pembangunan lestari.

Beliau berkata kesedaran itu perlu diubah menjadi penyelesaian yang amat diperlukan sekali oleh masyarakat antarabangsa.

“Kedua-duanya, negara-negara maju dan membangun mempunyai tanggungjawab yang sama tetapi berbeza dalam menangani tindakan konkrit bagi menyesuaikan dengan perubahan iklim pada masa depan,” katanya.

Pada 22 Jun, Duta/Ketua Perwakilan Suruhanjaya Eropahnya Vincent Piket berkata iklim EU dan pakej tenaga mempunyai sasaran 20:20:20 untuk tahun 2020, dengan 20 peratus bagi simpanan gas rumah hijau, 20 peratus bagi tenaga diperbaharui dan 20 peratus peningkatan dalam tenaga yang berkesan.

Katanya pelaburan dalam pertumbuhan tenaga hijau tidak akan melonjakkan ekonomi tetapi ia akan membawanya ke peringkat pertumbuhan seterusnya dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Ketika ditanya sama ada Malaysia Airlines juga terjejas dengan pakej perubahan iklim yang diterima pakai oleh EU, Hussein berkata ia boleh memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada syarikat-syarikat Malaysia.

“Kemasukan sektor penerbangan, yang membabitkan tindakan mengenakan penutup kepada pengeluaran karbon dioksida bagi semua pesawat yang tiba atau berlepas dari atau ke lapangan terbang EU, akan menyebabkan kos operasi bagi operator Malaysia Airlines meningkat,” katanya.

Pada 6 April, Majlis Menteri EU menggunapakai pakej perubahan iklim dan tenaga dengan matlamat bagi menepati sasaran keseluruhan alam sekitar bagi mengurangkan sebanyak 20 peratus pengeluaran gas rumah hijau dan 20 peratus bahagian bagi tenaga diperbaharui dalam penggunaan tenaga keseluruhan EU menjelang 2020.

Selain itu, Hussein berkata EU juga telah menetapkan piawaian dan spesifikasi yang perlu dipatuhi oleh para pengeksport.

Sebagai contoh, beliau berkata, EU juga telah mengenakan keperluan kebersihan dan kesihatan awam yang ketat berhubung makanan laut yang membawa kepada larangan menyeluruh ke atas hasil makanan laut dari Malaysia tahun lepas selepas pemeriksaan ke atas sektor perikanan tempatan menujukkan kurangnya amalan dan piawaian kesihatan.

Bagaimanapun, pada Mac tahun ini, pegawai veterinar dan makanan EU telah menarik balik larangan yang berlangsung selama 10 bulan itu dan memasukkan semula Malaysia dalam senarai importnya.

EU merupakan pasaran penting bagi industri ternakan udang yang bernilai AS$421 juta kerana ia membeli separuh daripada udang yang dieksport.

Antara keperluan EU bagi negara-negara pengeksport adalah kebanyakan negara itu mesti mempunyai pihak berkuasa yang cekap yang bertanggungjawab bagi mengawal secara rasmi bagi keseluruhan rangkaian pengeluaran terutama yang membabitkan makanan laut.

Hussein berkata beliau memantau peraturan dan pengawalan yang digubal oleh EU dalam usaha untuk memastikan beliau tidak terkejut dengan peraturan terbaru.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: