Archive for 15 Julai 2009

SEMAI BELIA SILAM : KENEGARAAN DAN NILAI BUDAYA TERPAHAT DALAM SANUBARI.

Julai 15, 2009

 

 

 

 

Saya mengucapkan SELAMAT HARI BELIA kepada semua warga belia di negara ini. Saya berharap warga belia akan terus maju dengan mempunyai cita-cita yang tinggi bagi kemajuan negara. Bersesuaian dengan tema tahun ini BELIA BERWAWASAN PENGERAK KEJAYAAN yang mana belia dilihat sebagai satu elemen yang penting bagi kejayaan sesebuah negara.  

Hari ini yang pentingnya belia telah mendapat pengiktirafan dan penghargaan kerajaan kerana telah sama-sama memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Peranan Belia masa kini dalam pembangunan modal insan adalah amat berharga bagi mencapai sebuah negara maju. Belia perlu diberi perhatian dengan perancangan yang bermanfaat dalam jangka masa panjang bagi membentuk 1 generasi belia yang berdaya saing dan berdaya maju dalam aspek pembangunan ekonomi, sosial, saintis dan negara. Jika belia hari ini terabai negara akan mengalami kerugian yang besar kerana generasi pelapis tidak bersedia dan tidak mendapat pendedahan dan perhatian serius dari kepimpinan. Oleh itu, satu mekanisma bari berlandasakan 1Malaysia kita hendak membangunkan Belia yang produktif, berpersatuan, bergerak dan bersedia menghadapi cabaran semasa. 

 

Kita menyedari bahawa golongan belia hari ini memerlukan satu struktur pembangunan baru yang lebih komprehensif dan mempunyai matlamat yang tepat dan tidak sekadar untuk mengurangkan gejala sosial atau sekadar mengurangkan bilangan belia yang melepak tetapi matlamat pembangunan belia yang baik hendaklah berteraskan kepada pembinaan diri belia itu sendiri seperti mengenal pasti bakat dan membangunkan potensi setiap individu, serta menyediakan pelbagai peluang untuk mereka memainkan peranan yang bermakna dalam masyarakat, mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.Jesteru itu penekanan pembangunan yang diberikan seperti kebolehan intelek, kompetensi sahsiah dan sosial, kompentesi kognitif dan kompentesi kenegaraan dititik beratkan.

Meningkatkan semangat kenegaraan dan patriotisme di kalangan belia juga amat penting kerana saya yakin semangat kenegaraan dan jatidiri yang utuh sahajalah dapat menangkis belia kita daripada terjebak dengan gejala negatif.

 SATU MALAYSIA yang diterapkan oleh perdana menteri kita Dato Seri najib Tun Razak perlu di disemai dan di garap oleh Belia kita melalui ikatan kasih sayang dan perhatian pemimpin bagi melahirkan kekuatan minda yang utuh sifat kenegaraan dan nilai budaya terpahat dalam sanubari kendiri.

 

Penganalisis SilamGemilang

 DSC00904DSC00901DSC00893DSC00875DSC00876DSC00891

Julai 15, 2009


Unic-Insan Bernama Kekasih(plkn,kump1/siri5,08)Funny bloopers R us

RazakSat Berjaya Dilancarkan Ke Orbit

Julai 15, 2009

RazakSat Berjaya Dilancarkan Ke Orbit

<!–

By: Ramjit

–>

 

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — RazakSAT, satelit remote sensing kedua Malaysia, berjaya dilancar ke angkasa pada pukul 11.35 pagi waktu Malaysia dari Kwajalein Atoll di Kepulanan Marshall di Lautan Pasifik.

Setelah 20 minit dilancarkan, satelit seberat 180 kilogram itu memasuki Orbit Hampir Khatulistiwa (NEqO) untuk menjadi satelit pencerapan bumi pertama dilancarkan ke NEqO, demikian menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Pelancaran di Pulau Omelek itu menggunakan pelancar Falcon 1 Space Exploration Technologies (SpaceX) berjalan lancar setelah empat jam tertangguh bagi memenuhi beberapa keperluan teknikal.

Menurut MOSTI, sejam setengah selepas pelancaran, hubungan awal dapat dilaksanakan oleh Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di Sungei Lang di Banting dengan RazakSAT.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili dan para pegawai dari kementerian dan agensi Astronautic Technology (M) Sdn Bhd berada di Guam untuk menyaksikan pelancaran melalui siaran web.

Para pegawai kementerian yang diketuai oleh Timbalan Menteri Fadillah Yusof menyaksikan pelancaran itu di Angkasa di Banting dan mengadakan telepersidangan dengan kumpulan di Guam melalui siaran web.

Kegembiraan dapat dilihat apabila satelit itu, dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein, dilancarkan ke angkasa selepas hujan renyai-renyai dan angin kuat di tapak pelancaran.

Dr Ongkili berkata pelancaran berkenaan mencatat sejarah bukan hanya kepada Malaysia tetapi juga kepada dunia. Satelit itu akan mengelilingi orbit NEqO pada altitud nominal 685 kilometer.

“Saya mengucapkan tahniah kepada ATSB kerana membina satelit Malaysia sendiri, RazakSAT 1Malaysia Satelit NEqO Pertama Dunia,” kata Dr Ongkili.

RazakSAT membawa kamera resolusi tinggi yang boleh merakam imej dari angkasa untuk pelbagai aplikasi untuk memberi faedah bukan hanya kepada Malaysia, tetapi negara-negara di kawasan khatulistiwa.

Lokasi orbit itu akan membolehkan peningkatan kekerapan pemerhatian imej serta imej-imej boleh digunakan untuk tujuan pemetaan lanskap, ketepatan pertanian, biomas perhutanan, perancangan bahagian marin, mengurangkan bencana, perancangan bandar dan rangkaian jalan.

Dr Ongkili berkata semasa satelit lain beroperasi di orbit polar (Sun Synchronous Orbit), RazakSAT� beroperasi pada NEqO dan akan meliputi 70 peratus daripada lautan, di mana fenomena cuaca seperti La Nina bermula.

“Ini akan membolehkan saintis mengkaji dan memantau pelbagai faktor kritikal yang akan menyumbang dengan ketara kepada sains,” katanya.

Beberapa negara di Asia, benua Afrika dan Amerika Latin telah menyatakan minat untuk menggunakan imej yang dirakam oleh RazakSAT, katanya.

Malaysia, kata beliau, juga akan menawarkan data berkenaan untuk bidang pengetahuan bagi faedah masyarakat d seluruh rantau Khatulistiwa.

Remote Sensing Malaysia, agensi dalam kementerian, akan bertanggungjawab menerima data daripada RazakSAT dan membangunkan aplikasinya, kata Dr Ongkili.

RazakSAT merupakan kesinambungan program TiungSAT-1, satelit remote sensing pertama negara yang dilancarkan pada 2000. Bagaimanapun RazakSAT adalah satelit dengan fungsi sepenuhnya dalam pemantauan permukaan bumi dan alam sekitar.

Dr Ongkili yakin pencapaian itu akan meningkatkan dan memberi inspirasi agensi kementerian dan rakyat Malaysia untuk terus berusaha untuk menjadi inovatif dan kreatif, terutamanya dengan negara bakal menyambut Tahun Kreativiti dan Inovasi tahun depan.

“Kita menyasar untuk meletakkan Malaysia dalam dunia sains dan inovasi, bukan hanya dengan meneroka dunia tanpa sempadan tetapi melangkauinya, ke ruang angkasa,” katanya.

Beliau juga mengumumkan bahawa SpaceX telah bersetuju untuk melancarkan dua satelit mikro iaitu CubeSAT dan InnoSAT, untuk tujuan pendidikan tahun depan dengan Falcon 9.

CubeSAT dimajukan oleh ATSB manakala InnoSAT oleh tiga universiti tempatan, iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.

Dr Ongkili berkata kejayaan RazakSAt adalah hasil sumbangan pemimpin negara iaitu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Perdana Menteri sekarang ini Datuk Seri Najib Tun Razak, di atas segala usaha, keyakinan dan wawasan dalam mengilhamkan RazakSAT.

Satelit RazakSAT� akan beroperasi melalui segmen daratnya di Malaysia, yang terdiri daripada Stesen Kawalan Misi (MCS) dan Stesen Penerimaan Imej dan Pemprosesan (IRPS).

— BERNAMA

NHD

Manik Urai: Majoriti Tipis Bukti Pengundi Mahu Pembangunan

Julai 15, 2009

Manik Urai: Majoriti Tipis Bukti Pengundi Mahu Pembangunan

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA KRAI, 14 Julai (Bernama) — Kemenangan tipis PAS di Manik Urai dengan majoriti 65 undi membuktikan sebahagian besar pengundi kawasan itu mahu pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ia juga menepis anggapan bahawa pembangunan fizikal tidak diperlukan di kawasan itu yang mempunyai lebih 80 peratus daripada 30,000 penduduk berpendapatan rendah seperti pekebun kecil dan penoreh getah.

Sekalipun BN kecundang dalam usahanya menawan kubu kuat PAS itu, namum mesej pembangunan dan pembelaan yang cuba dibawa menepati sasaran pengundi di Manik Urai.

Dari sudut politik ianya dilihat sebagai tamparan kepada PAS, yang pada awalnya yakin mempertahankan kawasan itu dengan majoriti selesa sehingga 2,000 undi mengikut bancian awal.

Sepanjang lapan hari berkempen, BN berjani akan membawa pembangunan di kawasan itu, antara lain membina jambatan baru di Manik Urai Lama dan Masjid di Temalir selain berhasrat menjadikan Manik Urai sebagai Kota Agropolitan.

Agenda pembangunan itu disangkal PAS dengan mendakwa BN hanya mementingkan “urusan dunia” dengan pembangunan fizikal dan meninggalkan tuntutan agama.

Tidak seperti BN yang menjelaskan apa yang ditawarkannya kepada penduduk Manik Urai, PAS dan pakatan pembangkang lebih cenderung memainkan isu agama, isu royalti minyak, selain menggunakan beberapa isu nasional seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan krisis politik di Perak.

Kemenangan tipis itu sebagai “kemenangan moral” kepada BN Kelantan pimpinan Datuk Mustapa Mohamed yang berjaya mengurangkan majoriti 1,352 kepada 65 undi.

“Faktor jentera BN yang berkesan dan sistematik membawa kepada keputusan itu,” kata pemerhati politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Tanpa menjelaskan apa yang akan dilakukan parti itu di Manik Urai, PAS dilihat lebih “ofensif” dengan serangan peribadi kepada kepimpinan UMNO dan BN selain menjawab setiap serangan ditujukan kepadanya.

Antaranya mengenai isu kerajaan perpaduan yang berjaya dimanipulasi parti itu dengan membawa timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, pada saat-saat akhir kempen untuk mengembalikan sokongan penyokongnya.

“Isu kerajaan perpaduan dianggap selesai apabila Nasha cium tangan Tok Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat),” kata penyokong PAS merujuk kepada isu itu yang ditentang keras Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

Nik Abdul Aziz sebelum ini meminta Anggota Parlimen Bachok itu melepaskan jawatan jika beliau meneruskan idea kerajaan perpaduan bersama UMNO, yang asalnya dicadangkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, 50 memperoleh 5,348 undi untuk menewaskan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang mendapat 5,283 undi.

Peratusan keluar mengundi juga melepasi sasaran 85 peratus kepada 87 peratus atau 10,631 daripada 12,293 pemilih di sembilan peti undi.

Namun bagi penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein, keputusan di Manik Urai itu tidak menggambarkan penolakan kepada mana-mana parti bertanding kerana majoritinya yang tipis.

“Ia juga bukan kekalahan total kepada BN,” kata Ahmad Atory.

Dari sudut lain, kekalahan “tidak dramatik” itu juga memberikan semangat baru kepada BN selepas parti itu hanya menang satu daripada enam pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini sejak awal tahun.

“Kejayaan merapatkan jurang itu mengembalikan semangat UMNO bahawa mereka masih diterima orang Melayu khususnya di Kelantan,” kata Ahmad Atory.

Sekalipun tidak memihak kepada BN, keputusan di Manik Urai merupakan peringatan kepada PAS bahawa mereka tidak boleh lagi mengikut lenggok lama untuk memisahkan antara pembangunan rohani dan jasmani.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob dari PAS pada 22 Mei akibat sakit jantung.

DUN Manik Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai.

— BERNAMA

Tidak Perlu Kecewa Dengan Keputusan Manik Urai, Kata TPM

Julai 15, 2009

Tidak Perlu Kecewa Dengan Keputusan Manik Urai, Kata TPM

<!–

By: Ramjit

–>

TRONOH, 14 Julai (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) tidak perlu berasa kecewa dengan keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai.

Beliau berkata walaupun tewas, keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan sudah ada peningkatan sokongan yang agak jelas terhadap BN.

“Saya percaya ini petanda bahawa rakyat sudah faham menilai kepimpinan Perdana Menteri dan langkah-langkah yang diambil untuk membawa pembaharuan dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-52 di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas di sini malam ini.

Muhyiddin berkata keputusan itu akan mendorong beliau dan rakan-rakan dalam BN untuk bekerja lebih keras bagi memastikan angin perubahan terus berlaku pada masa depan.

Katanya bedah siasat akan dilakukan seperti biasa untuk dijadikan iktibar bagi perkara-perkara yang perlu BN perbaiki.

Timbalan Perdana Menteri juga menolak dakwaan bahawa kekalahan BN di Manik Urai sebagai isyarat pengundi menolak politik pembangunan yang dibawa oleh BN.

Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada PAS di atas kemenangan mereka, selain turut mengucapkan terima kasih pada Pengarah Pilihan raya BN Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dan seluruh jentera BN yang bekerja kuat bagi memastikan kemenangan BN.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Manik Urai memihak kepada PAS yang meraih 5,348 undi berbanding BN 5,283, menjadikan majoriti hanya 65 undi, iaitu perbezaan cuma 0.61 peratus.

BN menampilkan Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS diwakili Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Umno Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu kenyataan berkata walaupun tewas dari segi kiraan undi, namun BN menang menerusi perjuangan dan keikhlasan berkempen.

“BN kini mulai memenangi hati dan perasaan rakyat, ini terbukti menerusi keputusan di Manik Urai. Jika dilihat majoriti, BN mencapai kejayaan kerana peningkatan majoriti yang begitu drastik iaitu tewas dengan hanya 65 undi berbanding kekalahan dengan majoriti 1,352 undi pada pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lepas,” katanya.

— BERNAMA

PAS Menang Tipis Di Manik Urai

Julai 15, 2009

PAS Menang Tipis Di Manik Urai

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA KRAI, 14 Julai (Bernama) — PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai di Kelantan setelah calonnya Mohd Fauzi Abdullah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti tipis 65 undi dalam pilihan raya kecil pada Selasa.

Mohd Fauzi, 50, memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz, 39, mendapat 5,283 undi.

Majoriti PAS merosot sebanyak 1,287 berbanding majoriti yang diperoleh penyandang sebelum ini Allahyarham Ismail Yaacob sebanyak 1,352 pada pilihan raya umum 2008.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang juga Ketua Jajahan Kuala Krai, Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, di sini, pada pukul 9.05 malam.

Kawasan DUN itu mempunyai 12,293 pengundi berdaftar termasuk 25 pengundi pos, namun hanya 10,631 atau 87 peratus pengundi keluar mengundi hari ini.

SPR, yang dijangka mengumumkan keputusan itu pada pukul 8 malam ini bagaimanapun terpaksa melewatkannya selama kira-kira sejam kerana terpaksa melakukan pengiraan semula berikutan perbezaan undi majoriti yang kecil antara kedua-dua parti.

Keputusan hari ini mencatatkan 117 undi rosak dan enam kertas undi tidak dikembalikan.

Setelah melalui tempoh berkempen yang aman tanpa sebarang pergaduhan, pengundian bagi pilihan raya kecil hari ini bagaimanapun telah dicemari dengan insiden penyokong PAS membaling batu ke arah penyokong BN di Sungai Peria, yang mengakibatkan dua anggota Puteri Umno cedera (bengkak) di bahagian pinggang dan dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan.

Beberapa penyokong PAS juga turut mempamerkan gelagat buruk dengan melemparkan kata-kata kesat, kata-kata mengejek dan bersifat provokasi terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau melawat beberapa pusat mengundi hari ini.

Mohd Fauzi Abdullah ialah seorang pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai. Beliau berkelulusan Sekolah Menengah Rendah dan merupakan bendahari PAS Kuala Krai.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ismail, yang mewakili PAS pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung.

Pengundian dijalankan di sembilan pusat mengundi yang melibatkan 27 saluran bermula pada pukul 8 pagi ini.

Ismail memenangi DUN Manik Urai sejak pilihan raya umum 1985 namun tidak bertanding pada pilihan raya umum 2004, yang menyaksikan BN menang kerusi itu dengan majoriti 53 undi melalui calonnya Mohamed Zulkifli Omar.

Ismail bagaimanapun bertanding semula kerusi itu pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan Mohamed Zulkifli dengan majoriti 1,352 undi.

Manik Urai adalah satu daripada empat kawasan DUN dalam kawasan Parlimen Kuala Krai. Tiga lagi kawasan DUN ialah Mengkebang, Guchil dan Dabong.

— BERNAMA