RazakSat Berjaya Dilancarkan Ke Orbit

RazakSat Berjaya Dilancarkan Ke Orbit

<!–

By: Ramjit

–>

 

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — RazakSAT, satelit remote sensing kedua Malaysia, berjaya dilancar ke angkasa pada pukul 11.35 pagi waktu Malaysia dari Kwajalein Atoll di Kepulanan Marshall di Lautan Pasifik.

Setelah 20 minit dilancarkan, satelit seberat 180 kilogram itu memasuki Orbit Hampir Khatulistiwa (NEqO) untuk menjadi satelit pencerapan bumi pertama dilancarkan ke NEqO, demikian menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Pelancaran di Pulau Omelek itu menggunakan pelancar Falcon 1 Space Exploration Technologies (SpaceX) berjalan lancar setelah empat jam tertangguh bagi memenuhi beberapa keperluan teknikal.

Menurut MOSTI, sejam setengah selepas pelancaran, hubungan awal dapat dilaksanakan oleh Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di Sungei Lang di Banting dengan RazakSAT.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili dan para pegawai dari kementerian dan agensi Astronautic Technology (M) Sdn Bhd berada di Guam untuk menyaksikan pelancaran melalui siaran web.

Para pegawai kementerian yang diketuai oleh Timbalan Menteri Fadillah Yusof menyaksikan pelancaran itu di Angkasa di Banting dan mengadakan telepersidangan dengan kumpulan di Guam melalui siaran web.

Kegembiraan dapat dilihat apabila satelit itu, dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein, dilancarkan ke angkasa selepas hujan renyai-renyai dan angin kuat di tapak pelancaran.

Dr Ongkili berkata pelancaran berkenaan mencatat sejarah bukan hanya kepada Malaysia tetapi juga kepada dunia. Satelit itu akan mengelilingi orbit NEqO pada altitud nominal 685 kilometer.

“Saya mengucapkan tahniah kepada ATSB kerana membina satelit Malaysia sendiri, RazakSAT 1Malaysia Satelit NEqO Pertama Dunia,” kata Dr Ongkili.

RazakSAT membawa kamera resolusi tinggi yang boleh merakam imej dari angkasa untuk pelbagai aplikasi untuk memberi faedah bukan hanya kepada Malaysia, tetapi negara-negara di kawasan khatulistiwa.

Lokasi orbit itu akan membolehkan peningkatan kekerapan pemerhatian imej serta imej-imej boleh digunakan untuk tujuan pemetaan lanskap, ketepatan pertanian, biomas perhutanan, perancangan bahagian marin, mengurangkan bencana, perancangan bandar dan rangkaian jalan.

Dr Ongkili berkata semasa satelit lain beroperasi di orbit polar (Sun Synchronous Orbit), RazakSAT� beroperasi pada NEqO dan akan meliputi 70 peratus daripada lautan, di mana fenomena cuaca seperti La Nina bermula.

“Ini akan membolehkan saintis mengkaji dan memantau pelbagai faktor kritikal yang akan menyumbang dengan ketara kepada sains,” katanya.

Beberapa negara di Asia, benua Afrika dan Amerika Latin telah menyatakan minat untuk menggunakan imej yang dirakam oleh RazakSAT, katanya.

Malaysia, kata beliau, juga akan menawarkan data berkenaan untuk bidang pengetahuan bagi faedah masyarakat d seluruh rantau Khatulistiwa.

Remote Sensing Malaysia, agensi dalam kementerian, akan bertanggungjawab menerima data daripada RazakSAT dan membangunkan aplikasinya, kata Dr Ongkili.

RazakSAT merupakan kesinambungan program TiungSAT-1, satelit remote sensing pertama negara yang dilancarkan pada 2000. Bagaimanapun RazakSAT adalah satelit dengan fungsi sepenuhnya dalam pemantauan permukaan bumi dan alam sekitar.

Dr Ongkili yakin pencapaian itu akan meningkatkan dan memberi inspirasi agensi kementerian dan rakyat Malaysia untuk terus berusaha untuk menjadi inovatif dan kreatif, terutamanya dengan negara bakal menyambut Tahun Kreativiti dan Inovasi tahun depan.

“Kita menyasar untuk meletakkan Malaysia dalam dunia sains dan inovasi, bukan hanya dengan meneroka dunia tanpa sempadan tetapi melangkauinya, ke ruang angkasa,” katanya.

Beliau juga mengumumkan bahawa SpaceX telah bersetuju untuk melancarkan dua satelit mikro iaitu CubeSAT dan InnoSAT, untuk tujuan pendidikan tahun depan dengan Falcon 9.

CubeSAT dimajukan oleh ATSB manakala InnoSAT oleh tiga universiti tempatan, iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.

Dr Ongkili berkata kejayaan RazakSAt adalah hasil sumbangan pemimpin negara iaitu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Perdana Menteri sekarang ini Datuk Seri Najib Tun Razak, di atas segala usaha, keyakinan dan wawasan dalam mengilhamkan RazakSAT.

Satelit RazakSAT� akan beroperasi melalui segmen daratnya di Malaysia, yang terdiri daripada Stesen Kawalan Misi (MCS) dan Stesen Penerimaan Imej dan Pemprosesan (IRPS).

— BERNAMA

NHD

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: