Tidak Perlu Kecewa Dengan Keputusan Manik Urai, Kata TPM

Tidak Perlu Kecewa Dengan Keputusan Manik Urai, Kata TPM

<!–

By: Ramjit

–>

TRONOH, 14 Julai (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) tidak perlu berasa kecewa dengan keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai.

Beliau berkata walaupun tewas, keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan sudah ada peningkatan sokongan yang agak jelas terhadap BN.

“Saya percaya ini petanda bahawa rakyat sudah faham menilai kepimpinan Perdana Menteri dan langkah-langkah yang diambil untuk membawa pembaharuan dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-52 di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas di sini malam ini.

Muhyiddin berkata keputusan itu akan mendorong beliau dan rakan-rakan dalam BN untuk bekerja lebih keras bagi memastikan angin perubahan terus berlaku pada masa depan.

Katanya bedah siasat akan dilakukan seperti biasa untuk dijadikan iktibar bagi perkara-perkara yang perlu BN perbaiki.

Timbalan Perdana Menteri juga menolak dakwaan bahawa kekalahan BN di Manik Urai sebagai isyarat pengundi menolak politik pembangunan yang dibawa oleh BN.

Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada PAS di atas kemenangan mereka, selain turut mengucapkan terima kasih pada Pengarah Pilihan raya BN Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dan seluruh jentera BN yang bekerja kuat bagi memastikan kemenangan BN.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Manik Urai memihak kepada PAS yang meraih 5,348 undi berbanding BN 5,283, menjadikan majoriti hanya 65 undi, iaitu perbezaan cuma 0.61 peratus.

BN menampilkan Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS diwakili Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Umno Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu kenyataan berkata walaupun tewas dari segi kiraan undi, namun BN menang menerusi perjuangan dan keikhlasan berkempen.

“BN kini mulai memenangi hati dan perasaan rakyat, ini terbukti menerusi keputusan di Manik Urai. Jika dilihat majoriti, BN mencapai kejayaan kerana peningkatan majoriti yang begitu drastik iaitu tewas dengan hanya 65 undi berbanding kekalahan dengan majoriti 1,352 undi pada pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lepas,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: