Archive for 17 Julai 2009

SAGOL PARI : Makanan Suku Kaum Bajau ( Amangan Sagol ) t ( Lara maka Muntai )

Julai 17, 2009

 

Sagol Pari makanan tradisi Bajau. Makanan ini selalu dimakan ketika keluarga berkumpul hari menyambut perayaan ( addat nihinang he saga mattoa makarahu )

Sagol Pari makanan tradisi Bajau. Makanan ini selalu dimakan ketika keluarga berkumpul hari menyambut perayaan ( addat nihinang he saga mattoa makarahu )

 

 

 

 

    Sagol (Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu ‘benda yang dicampuradukkan’. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan ‘langnges’ iaitu ‘pasir’ pada kulit yu dan pari, atau ‘iting’ iaitu ‘duri’ pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.

    Ada dua jenis masakan sagol iaitu sagol kering (tiada kuah) dan sagol basah (ada kuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.

    BAHASA BAJAU :

    Hai habbal ka’am malahat rika’U. Mura-murahan ka’am ahika lajjikikbi…Manghinang pahab….Allah SWT…amuan hajja lajjiki bang kitalu ahab mamundusia…ajujur maka akosok maghinang.

    Tahassakuru…malahat mundusia ambal dasali maka malahatta…jari…itini nionan..kinakannta..biasana kinakan iti nikakan hitta…bang atimuk saga danakan maka keluarga.

    Kinakan iti bang ma’aku paling ahab assana nikakan…hinang lauk….aiklagi bang ani…putu…anggang….Sagol iti ahab assana  gik bang dilamudan lara,muntai…waina…mag helu sab….

    Bang kam malahat saddi…entomenbi…Sagol Pari ta……

     BAHASA MELAYU :

    SAGOL PARI merupakan satu makanan yang paling digemari oleh suku kaum Bajau. Sagol ini sebenarnya jarang-jarang dimakan bukan kerana tidak enak tetapi kerana enakla makanan ini jarang-jarang ditemui atau dimakan. Sebenarnya memasak Sagol ini tidak sama dengan memasak atau merebus ikan yang biasa dimasak dengan sos tomata,masak merah,masak kari tetapi Sagol kari ini bagi saya amat susah sedikit untuk dimasak. Saya sebagai generasi sehingga ke hari ini mengakui tidak tahu memasak Sagol Pari. Masakan ini hanya dimasak oleh orang-orang tua sahaja. Saya takut masakan ini akan pupus hilang ditelan zaman jika tidak dikomersilkan atau dibukukan. Masakan ini saya hanya dapat makan apabila balik kampung. Saya tahu bila sudah ibu membeli ikan pari di pasar ikan….saya tahula tu…ibu saya akan masak masakan Sagol….Sedap tau…he….

     

     

     

    Nota : Jika berminat untuk mengikuti Kursus Makanan Suku Kaum Bajau, sila hantar biodata diri ke email : karismasilam@google . jika anda ada pandangan masukkan bahagian komen blog ini. Buku Makanan Tradisi Suku Kaum BAJAU sedang disiapkan. Kepada anda yang berminat dengan masakan Suku Kaum BAJAU ini..jangan lepaskan peluang dapatkan buku yang akan diterbitkan dan akan dipasarkan kelak.

     

    Penganalisis SilamGemilang

    Julai 17, 2009


    Tolonglah Kami – Akhil Hayy Feat Faris Adikku SayangFunny home videos are a click away

    BENGKEL PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KAMPUNG PERINGKAT PARLIMEN P188 SILAM : YB. TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN P188 SILAM

    Julai 17, 2009

    BENGKEL PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KAMPUNG  PERINGKAT PARLIMEN P188 SILAM :  DIRASMIKAN OLEH: YB. TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN P188 SILAM

    ____________________________________________________________________________

    LAHAD DATU- Bengkel Pelan Tindakan Pembangunan Kampung peringkat Parlimen P188 Silam telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Lahad Datu. YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Ahli Parlimen P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB dijemput bagi perasmian penutup yang berakhir lebih kurang jam 5.05 petang.

    Objektif bengkel ini bagi memberi pendedahan kepada Pengerusi dan Jawatankuasa JKKK kampung berhubung falsafah dan strategi baru pembangunan luar Bandar dan gerakan daya wawasan. Memahami misi pembangunan luar Bandar bagi membentuk kampung yang maju, menarik dan menguntungkan (3M). Berkebolehan untuk merancang, melaksana dan menilai program pembangunan setempat. Diakhir bengkel ini para peserta mendapat pendedahan bagi membentuk kumpulan, memahami matlamat latihan dan menghayati peranan mereka sebagai anggota kumpulan.

    YB. Tn. Hj. Salleh menerima Cenderakenangan drpd Wakil Pengarah KEMAS Sabah.

    YB. Tn. Hj. Salleh menerima Cenderakenangan drpd Wakil Pengarah KEMAS Sabah.

    YB. Tn. Hj. Salleh menyampaikan Sijil pentyertaan kepada peserta Bengkel.

    YB. Tn. Hj. Salleh menyampaikan Sijil pentyertaan kepada peserta Bengkel.

    YB. Tn. Hj. salleh berpesan kepada peserta agar melengkapkan profail kampung bagi kemajuan kampung yang maju,menarik dan menguntungkan

    YB. Tn. Hj. salleh berpesan kepada peserta agar melengkapkan profail kampung bagi kemajuan kampung yang maju,menarik dan menguntungkan

    Gambar kenangan bersama YB. Tn. Hj. salleh Hj. Kalbi bersama Peserta dan staf kemas, Penolong Pegawai Daerah L.D.

    Gambar kenangan bersama YB. Tn. Hj. salleh Hj. Kalbi bersama Peserta dan staf kemas, Penolong Pegawai Daerah L.D.

    YB. Silam berkata “ Setiap kampung perlu mempunyai profail bagi memudahkan urusan bagi perlaksanaan perancangan,perlaksanaan dan tindakan yang melibatkan urusan rasmi di Jabatan KEMAS, Pejabat Daerah, mahupun pihak Universiti yang hendak membuat kajian tentang kampung-kampung.”

    Bengkel ini juga dihadiri oleh Tuan Juraimin  Hj. Jaddil, penolong Pegawai Daerah Lahad Datu, Wakil Pengarah Kemas Sabah, Tuan Suffindi Abd. Sunnat,En. Ladjarasa Mohd Noor, Penyelia Kanan Parlimen P188 Silam, En. Suharno Ali, Pegawai Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Lahad Datu, Harun Hj. Timpa, Peenyelia Pembangunan Desa Dan Perhubungan N50 Lahad Datu, Penulis Suara KEMAS Zon Tawau, Armendrah Abd. Rashid dan Kakitangan Kemas Parlimen P188 Silam. Antara kampung-kampung yang hadir dalam bengkel ini ialah kampung Tanjung Labian,kampung Cocos, kampung Getah dan kampung sungai Atas. Peserta yang hadir seramai 20 orang.

    Suffindi berkata” Bengkel ini bertujuan mengemaskini data-data kampung terkini,memasukkan data Gerakan daya Wawasa dalam e-GDW yang boleh diakses melalui internet, member peluang kepada kampung-kampung baru supaya boleh berdaya saing dan berdaya maju standing dengan kampung-kampung lain.

     

    Penganalisis SilamGemilang