Written by Admin |
Friday, 24 July 2009 20:19 |
Saudara Pengarang, UNTUK perhatian Ahli Parlimen Silam, YB Tuan Hj. Salleh Bin Kalbi. Besarlah kiranya harapan saya jika YB menitikberatkan soal pembangunan di Parlimen Silam. Sebagai anak muda biasa, izinkan saya menyentuh beberapa isu yang memerlukan perhatian. Antaranya ; Kesesakan trafik di waktu puncak di tiga jalan utama (Sandakan,Silabukan dan Tawau). Saya sebenarnya tidak faham mengapa masalah sedemikian boleh berlarutan selama 7 tahun ini. Saya masih ingat tahun 2003 di Batu 2, Jalan segama. Masa itu saya bangun pagi, ingatkan ada kemalangan sampai kereta sesak sepanjang dua batu jauhnya sehinggalah memasuki pusat bandar Lahad Datu. Tapi yang menyedihkan, itu hanyalah kesesakan biasa sampailah ke hari ini. Yang saya faham, itu berlaku pada waktu masuk dan pulang pelajar sekolah. Saya suka buat perkiraan matematik di sini. Cuba bayangkan jika kos minyak bagi sebuah kereta yang terperangkap dalam kesesakan ini ialah RM3 secara minimanya. Kemudian dengan flat nombor LD sudah mencecah huruf D (skrg E), maknanya kereta LD sahaja sudah ada 40,000 kereta yang bergerak setiap hari. Jika RM3 X 40,000 = RM120000 sehari, dan setahun sahaja kos minyak shj RM43.8 juta! yg terpaksa rakyat Lahad Datu hadapi dengan tiada pilihan. Melalui perancangan yang baik, kualiti jalan raya kita boleh diguna pakai untuk tempoh 20 tahun (RM43.8 juta X 20 tahun = RM876 juta). Buat lah sesuatu untuk menarik perhatian kerajaan pusat yang masalah kita ini bukan sahaja masalah jiwa dan raga, YB cuba lah bersepakat dengan Adun-adun yang lain untuk meminta peruntukan agar jalan raya kita mempunyai empat laluan dengan laluan di tengahnya ‘reserved’ untuk kenderaan memasuki simpang. Buatlah ia merentasi lima kilometer di setiap tiga jalan utama yang saya nyatakan tadi. Jumlah kesemuanya 15 kilometer,terlalu sedikit jika dibandingkan jalan airport Tawau yg sepanjang 30 kilometer. Itu sekali ganda! Kita pun kaya dengan sumber batu kuari kita. Itu belum saya sentuh isu kuari tersebut. Itu pun satu hal. Isu Kedua: Isu industri perkilangan yang perlu mengikut piawaian negara kita ini. Banyak sangat kilang yang tahap pencemaran mereka meragukan. Isu Ketiga; Mudahkan permohonan IKS oleh pemohon-pemohon di Lahad Datu. Kita sudah ada sumbernya, walaupun rakyat kita yang kurang berinisiatif, pihak YB perlulah mengembleng usaha ini. Permudahkan mereka. Isu Keempat; Perbanyakkan kemudahan kesukanan aktiviti mempertemukan rakyat contohnya di setiap Taman Perumahan Lahad Datu Isu Kelima; Baik pulih sistem tebatan banjir kita.
Sebenarnya tidak adil juga jika saya senaraikan apa yang sebaiknya untuk rakyat YB, bila mengenangkan kemampuan dan daya Majlis Daerah kita. Tapi itulah keluhan dan sedikit pandangan saya. Kalau boleh, utamakan sahaja dahulu isi jalan raya kita kerana saya beranggapan kelancaran ekonomi di Parlimen YB dipengaruhi oleh akses jalan raya ini. Percayalah. Pilihlah perunding yg berwibawa. Akhir kata, semoga perjalanan karier YB yang baik dan telus agar sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t..
Anak Tiri Musman |