Archive for Ogos 2009

SALAM 1RAMADHAN : AMALAN BERSEDERHANA MAMPU MEMBANTU KERAJAAN MEMULIHKAN EKONOMI NEGARA

Ogos 27, 2009

DSC01338DSC01341DSC01346DSC01347DSC01350DSC01357ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1SILAM DAN SALAM 1MALAYSIA, SALAM 1RAMADAN, SALAM 1MERDEKA

1. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT Yang Maha Kaya, Yang Maha Agung, Yang Maha Berkuasa dan Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang kini di sambut oleh seluruh umat Islam khususnya rakyat saya di 1SILAM, amnya umat Islam 1Malaysia dan 1Dunia pada tahun 1430H/2009M, saya berdoa kepada Allah SWT semoga setiap amalan baik, ibadah dan sedekah jariah akan mendapat rahmat, hidayah dan balasan baik yang berlipat ganda. Setiap tibanya bulan mulia ini, sudah pasti Umat Islam di seluruh dunia, berlumba-lumba untuk beramal ibadah dengan penuh khusyuk,tawadduk dan diisi dengan amalan ibadah solat, puasa, tarawih, membaca al-quran, bersedekah dan amalan-amalan lain berdasarkan yang disyariatkan Allah SWT. Saya menyeru kepada Rakyat agar berhemah dan bersederhana ketika berbelanja bersesuaian dengan tuntutan agama Islam . Selain daripada itu, kita sebenarnya membantu dan menyumbang kepada negara keluar dari kemelut kegawatan ekonomi yang melanda dunia masa kini.

2. Setiap Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat yang beriman dan bertakwa.  Amal ibadah sepanjang bulan puasa perlu menjadi amalan yang berterusan untuk keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan kedamaian dalam keluarga. Amalan Ibadah perlu dilaksanakan secara berterusan dan bukan dilaksanakan pada bulan-bulan tertentu sahaja. Anak-anak yang lahir ke dunia ibarat permata yang amat bernilai kepada pembentukan keluarga yang bahagia dan sejahtera. Saya berharap kepada ibubapa/penjaga agar mendidik sejak peringkat awal usia kanak-kanak lagi, supaya masa depan mereka melangkah sebagai generasi yang beriman, bertakwa dan hormat menghormati antara satu dengan lain. Saya ingin melihat generasi masa hadapan yang menghormati orang tua,ibubapa,abang,kakak bahkan dapat berkawan baik dengan suku kaum yang lain seperti masyarakat cina,india,kadazandusun,bajau,idahan,suluk,bugis dan lain-lain lagi. Saya amat berharap kepada ibubapa agar menterjemahkan erti sebenar gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia agar setiap Rakyat sayang kepada Perpaduan Bangsa,tidak berpuak-puak,tidak pentingkan diri sendiri dan kita perlu sedar untuk membina sebuah negara maju menjelang tahun 2020, amat memerlukan penglibatan semua kaum secara total bagi merealisasikan matlamat, visi dan misi negara kita. Ibarat pepatah melayu” Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh”, Rakyat Padu Negara Maju”, Gunung Sama Didaki, Lautan sama Direnangi” dan Perpaduan Teras Kejayaan”.

 3.Peranan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Institusi masjid dan surau perlu merancang satu transformasi baru bagi menarik minat golongan muda-mudi atau belia menunaikan ibadah tarawih di masijd. Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia berkata golongan belia perlu dilibatkan dengan aktiviti yang berlandaskan keagamaan bagi mendekatkan belia dengan masjid.   Saya mencadangkan kepada pihak yang dipertanggungjawabkan mengimarahkan masjid/surau agar melaksanakan program yang sederhana dan bermatlamat bagi mendekatkan belia ke masjid/surau dengan memberi peluang kepada belia terlibat dengan aktiviti seperti azan, bilal, khatam al-quran, ceramah agama, gotong-royong memasak untuk berbuka dan bersahur dan lain-lain lagi.

 4. Saya berharap kepada muslimin dan muslimah agar mempraktikkan dan mengerjakan ibadah bukan sahaja ketika bulan puasa bahkan setiap hari setiap masa hendaklah dilaksanakan dengan niat ikhlas kerana Allah SWT. Saya mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak, semoga amalan yang baik diberkati dan di redhai Allah SWT.

DSC01259DSC01260DSC01261DSC01264DSC01265DSC01272DSC01273DSC01274DSC01275DSC01277DSC01281DSC01292

5.  Saya memohon sejuta kemaafan kepada rakyat saya yang mungkin terkejut dengan kehadiran saya ke masjid-masjid di sekitar kawasan SILAM. Ketika saya balik kawasan baru-baru ini saya menunaikan ibadah solat Isyak dan terawih berjemaah bersama rakyat saya di masjid kampung Sharif yang terkejut dengan kehadiran saya tanpa diketahuai oleh sesiapa pun. Melihat keadaan masjid ini yang tidak boleh menampung jemaah khususnya bagi kaum HAWA yang terpaksa sembahyang di kawasan luar tanpa beratap/zink, boleh menyentuh hati mana-mana individu yang berterawih di kampung ini. Kalaulah hujan turun sudah pasti rakyat saya yang khusyuk sembahyang akan basah sehingga boleh mengganggu perjalanan sembahyang mereka. Saya cukup terharu dengan masalah yang dihadapi masjid kampung ini. Saya memaklumkan kepada seorang wakil kampung agar membina tempat berteduh kepada jemaah HAWA dengan sumbangan zink MELALUI PERUNTUKAN saya bagi membolehkan rakyat saya menunaikan sembahyang dengan selesa dan baik. Saya kagum dengan semangat penduduk kampung yang bersepakat dan bersatu hati untuk membina tempat berteduh ini dengan kerjasama dari penduduk kampung sendiri.

DSC01297DSC01299DSC01304DSC01305DSC01310DSC01308DSC01316DSC01312DSC01315

6.  Saya BERBUKA PUASA dan sembahyang maghrib bersama-sama rakyat di kawasan kampung DESA BAJAU. Sebelum itu, saya telah meninjau keperluan yang sesuai untuk di sedekahkan bagi keselesaan rakyat menunaikan sembahyang. Atas permintaan pihak penduduk kampung saya telah menyampaikan 2 buah kipas angin dan tikar getah 2 gulung bagi keselesaan menunaikan sembahyang yang diamalkan sepanjang puasa,hari raya dan ibadah setiap hari. Sembahyang Isyak dan solat Terawih saya bergegas ke kampung UNTA, kebetulan saya awal sampai sempat bersalaman dengan generasi pelapis yang awal datang. Saya amat terpegun dengan perubahan yang ketara dengan masjid kampung ini yang amat bersih,bercahaya dan dijaga dengan baik oleh ahli jawatankuasa masjid.

 

7. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia menjemput saya HADIR bagi majlis berbuka puasa. Saya perlu hadir majlis ini bagi menghargai jemputan YAB Perdana Menteri Malaysia. Saya berkeyakinan ada amanat penting yang hendak disampaikan selain jemputan majlis berbuka puasa.

DSC01360DSC01361DSC01362DSC01364

8. Sekali lagi saya ucap Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan al-mubarak tahun ini, semoga segala amalan baik yang dikerjakan  oleh rakyat ku mendapat rahmab dann ganjaran pahala yang berlipat ganda.

 

YANG BENAR,

YANG BERHORMAT KOLONEL (K) TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM

DUTA KEAMANAN UPF PMM

KEMENANGAN BESAR CALON BN DI PERMATANG PASIR : RAKYAT PERLU SEDAR PAKATAN PEMBANGKANG GAGAL MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN KEPADA RAKYAT.

Ogos 24, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia Salam Ramadhan

PERMATANG PASIR.2

PERMATANG PASIR.1PERMATANG PASIR

Pilihanraya kecil di Permatang Pasir, kini berada dikemuncaknya. Kepimpinan pihak pembangkang sebenarnya sudah lama lemah dan kita boleh saksikan ada sahaja wakil rakyat pembangkang yang tidak puashati dan keluar parti menjadi parti bebas. Saya berharap…rakyat sedar dan perlu berfikir dengan matang agar memberi kemenangan besar kepada kerajaan Barisan Nasional bagi membolehkan kawasan ini dibangunkan setanding dengan kawasan-kawasan lain. Beri peluang menang kepada BN supaya kerajaan dapat memberi bantuan. Saya berharap pengundi bijak meletakkan masa depan mereka. Keupayaan kerajaan Barisan Nasional mentadbir kawasan dan negara menyerlah berdasarkan konsep 1malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Jentera BN peringkat Permatang Pasir perlu berrgerak proaktif,dnamik dan mementingkan perpaduan demi kesinambungan generasi akan datang. Keputusan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, termasuk seorang Exco negeri keluar parti itu memberi gambaran jelas wujudnya percanggahan dan ketidaksefahaman dalam kerajaan diperintah parti pembangkang.

Bibit- bibit perpecahan dalam kerajaan negeri dikuasai pembangkang dalam tempoh lebih tidak sampai dua tahun, menunjukkan keretakan hubungan antara mereka.

“Sudah nampak ketidaksefahaman (antara parti pembangkang) dalam pelbagai isu yang bersangkut paut dengan ideologi dan prinsip masing-masing… nampaknya percanggahan itu semakin hari semakin melebar semakin hari semakin mendalam.

Dua pemimpin PKR Kedah, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia dan pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan keluar parti pembangkang.

Peletakan jawatan itu akan memberi kesan kepada kewibawaan kerajaan Kedah, walaupun masih mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mentadbir kerajaan negeri itu.

“Malah, pemangku Ketua Bahagian Padang Serai pun keluar kerana kehilangan kepercayaan kepada parti mereka (PKR).

 pihak pembangkang perlu akur dengan keputusan Mohd Radzhi adalah keputusan sendiri tanpa dipaksa atau dipengaruhi mana-mana pihak, terutama Umno.

Beliau sudah membuat keputusan berdasarkan kesedaran bahawa beliau sudah hilang kepercayaan kepada PKR dan sanggup keluar daripada kerajaan Kedah serta menjadi Adun Bebas.

Permatang Pasir adalah sebahagian daripada Permatang Pauh yang mana Anwar adalah wakil rakyatnya dan pemimpin di sini. Mungkin pengaruhnya sudah merosot dan saya harap pengundi akan menilai serta tidak terpedaya.

Pengundi-pengundi diharap agar dapat turun ke pusat pengundian bagi membuang undi mengikut saluran yang ditetapkan.

 

YANG BENAR,

YANG BERHORMAT KOLONEL (K) TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI,

AHLI PARLIMEN MAL;AYSIA, P188 SILAM

DUTA KEAMANAN UPF PBB

3 jadi konsortium: PM

Ogos 24, 2009

3 jadi konsortium: PM

Oleh Abdul Razak Raaff dan Irwan Shafrizan Ismail
bhnews@bharian.com.my


ROSMAH menyampaikan sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal dan fakir miskin sambil diperhatikan Najib sempena majlis berbuka puasa di Masjid At-Taufik di Peramu Tiga, Pekan.

Gabung projek Felda, Felcra, Risda tingkat ekonomi

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mencadangkan tiga agensi pertanian terbesar negara, Felda, Felcra dan Risda bergabung mewujudkan konsortium bagi menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi secara perkongsian, sekali gus meningkatkan pendapatan peneroka dan pekebun kecil.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah meminta ketua eksekutif dan pengerusi ketiga-tiga agensi itu menemuinya bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal bagi membincangkan bagaimana gabungan dan perkongsian itu boleh dilaksanakan.

Beliau berkata, banyak faedah yang dapat diperoleh peneroka dan pekebun kecil jika ketiga-tiga agensi pertanian itu bergabung dan meningkatkan kerjasama.
“Umpamanya nak buat kilang baja… jika ketiga-tiga agensi ini berkongsi dan membina kilang baja sudah tentu kita akan dapat mewujudkan skala ekonomi yang lebih besar berbanding jika setiap agensi mendirikan kilang masing-masing.

“Begitu juga jika bergabung bina kilang memproses buah kelapa sawit seperti di kawasan yang ada ladang milik Risda dan berdekatan tanah rancangan Felda dan Felcra. Kalau semua buah kelapa sawit itu dihantar di kilang sudah tentu ia akan maju dan beri margin lebih besar kepada peserta dan peneroka.

“Begitu juga kalau kita nak buat perusahaan hiliran. Kalau dapat bergabung bererti input untuk kilang bertambah dan dapat menghasilkan produk yang memberi keuntungan lebih besar bagi ketiga-tiga agensi ini,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) di sini, semalam.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Risda mengagihkan dividen berjumlah RM202.3 juta kepada 16,080 peserta RTBB dan 27,776 peserta TSK di seluruh negara.

Mengulas lanjut mengenai cadangan berkenaan, Najib berkata, ketiga-tiga agensi itu tetap wujud cuma mereka bergabung dan bekerjasama berdasarkan projek yang hendak diusahakan.

Adun Lunas keluar PKR

Ogos 24, 2009

Adun Lunas keluar PKR

Oleh Azman Mahmood dan Nahar Tajri
bhnews@bharian.com.my


Mohd Radzhi Salleh

Radzhi umum jadi wakil rakyat Bebas, hilang kepercayaan terhadap parti

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Kedah, Mohd Radzhi Salleh, mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti itu.

Turut keluar PKR ialah Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai yang dibubarkan, Jamaludin Abu Hassan yang mendakwa ada bukti rakaman perbualan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi telefon mengarahkan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan supaya mewujudkan ketegangan pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 17 Ogos lalu.
Mohd Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri, mahu mengekalkan jawatan Exco negeri kerana ia pelantikan Sultan. Beliau juga tidak bercadang menyertai mana-mana parti lain.

Keputusan beliau keluar parti itu juga berikutan pembubaran PKR Bahagian Padang Serai yang diumumkan Jamaludin.

Mohd Radzhi dan Jamaludin menegaskan mereka tidak lagi yakin kepada perjuangan PKR yang hanya menjaga kepentingan peribadi dan mengamalkan kronisme.

Keputusan mereka disokong 14 ahli jawatankuasa bahagian itu dan kira-kira 200 ahli parti berkenaan.

Bercakap pada sidang media di sini, semalam, Mohd Radzhi berkata, beliau akan memberi sokongan penuh kepada pentadbiran dan pucuk pimpinan Kerajaan Pusat yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, sejak Pakatan Rakyat (PR) memenangi lima negeri pada pilihan raya umum lalu (tetapi Perak diterajui semula BN), hala tuju dan perjuangan PKR lebih menjurus kepada kepentingan peribadi.

“Perjuangan PKR (hanya) untuk membela seseorang (Anwar). Itu yang menyebabkan saya mula terasa.

“Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab kepada ahli jawatankuasa bahagian… saya keluar bagi menyokong keputusan mereka (bubar bahagian),” katanya.

Mohd Radzhi juga mengakui ramai pemimpin PKR Kedah tidak lagi selesa dan mungkin turut keluar parti.

“Kalau tidak tuan-tuan (wartawan) tak (akan) dengar apa yang berlaku (kekecohan kerajaan PR) di Perak dan Selangor sekarang. Ini berlaku kerana perasaan tak puas hati,” katanya.

Beliau bagaimanapun menolak andaian mereka keluar PKR kerana dibeli parti lain.

“Kalau kena beli, kami dah masuk parti yang beli kami. Sekarang kami tak kena beli, kami masuk Bebas,” katanya.

Jamaludin pula berkata, beliau keluar PKR kerana pemimpin parti itu mengamalkan kronisme membabitkan pembahagian jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri selain PKR Kedah menidakkan peranannya di Padang Serai.

“Ahli Jawatankuasa bahagian syorkan saya bubarkan bahagian dan keluar parti,” katanya.

Mengenai rakaman perbualan Anwar menerusi telefon dengan Gobalakrishnan, beliau menjelaskan:

“Saya pasti apabila saya dapat rakaman perbualan melalui telefon pada 18 hari bulan (Ogos) lalu. Kita ada bukti rakaman itu,” katanya.

Diminta mengulas lanjut mengenai rakaman itu, beliau berkata rakaman visual itu berada dalam simpanan pihaknya.

“Kita akan buat CD (cakera padat) dan kita akan edarkan dalam masa terdekat. Saya tak mahu cakap (kandungan perbualan), nanti orang kata saya yang cakap.

“Kita nak CD itu yang cakap, dengarlah CD itu nanti,” katanya.

Gobalakrishnan ditahan pada hari penamaan calon 17 Ogos lalu kerana mencetuskan kekecohan dengan menampar seorang anggota polis di pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’dazam Shah hari ini bagi memohon perkenan baginda menggugurkan jawatan Exco yang disandang Mohd Radzhi.

Katanya, jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia negeri yang disandang Mohd Radzhi diperuntukkan kepada PKR sebagai komponen Pakatan Rakyat negeri dan sewajarnya jawatan itu dikosongkan apabila beliau keluar parti itu.

SALAM 1SILAM,1SABAH,1MALAYSIA KHAS BUAT RAKYAT SAYA DI P188 SILAM DARIPADA SAYA SALLEH BIN KALBI, AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN UPF PBB

Ogos 21, 2009

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1SILAM DAN SALAM 1MALAYSIA

yb silam

Perpaduan dikalangan sukukaum yang terdapat dikawasan saya perlu dikekalkan dan dipelihara bagi kesinambungan pembangunan modal insan yang berprestasi tinggi. Saya selalu menekankan dan amat merngambil berat soal perpaduan supaya tidak ada yang merasa kendiri rakyat yang tersisih dari arus perubahan dan pembangunan kerajaan. Di Parlimen P188 Silam ini terdapat pelbagai suku kaum yang banyak membantu dalam pembangunan silam. Antaranya Bajau,Suluk,Idahan,Bugis,Kadazandusun,India,Cina,Melayu dan lain-lain lagi.

Sebagai wakil rakyat kawasan Silam, saya akan melancarkan 1blog khusus untuk rakyat pelbagai kaum. Kepada anda yang berminat untuk menulis artikel boleh menghantar artikel dalam bentuk tulisan bahasa tempatan. Tulisan rakyat saya akan diterbitkan dalam blog kelak. Tujuan saya menerbitkan blog pelbagai bahasa ini, supaya rakyat saya dapat mengakses maklumat tentang cadangan,pandangan dan masalah atau apa sahaja yang rakyat fikirkan demi pembangunan rakyat,ekonomi,sosial,pelancongan,pertanian,perikanan, kebudayaan dan lain-lain lagi. Jika rakyat saya hendak menganhat artikel boleh serah dipejabat atau email di karismasilam@gmail.com.

Marilah bekerja bersama-sama saya membangunkan Parlimen P188 Silam bagi pembangunan dan merealisasikan wawasan 2020. Transformasi besar menyayangi RAKYAT dengan gagasan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

 

YANG BERHORMAT KOLONEL (K) TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI,

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM,

DUTA KEAMANAN UPF PBB

SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT KHUSUSNYA RAKYAT SAYA 1SILAM, KHASNYA 1SABAH DAN AMNYA 1MALAYSIA DARIPADA SAYA HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM, DUTA KEAMANAN UPF, PBB

Ogos 21, 2009

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1SILAM,1SABAH, 1MALAYSIA,

IMG_0941

DSC02131CIMG2334

PUASAramadhan2009

Syukur kehadrat Allah SWT, Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, Para Sahabat, Kaum Muslimin dan Muslimat. Ketibaan Bulan Ramadhan ini akan memberi keinsafan,kesihatan,melatih kendiri menjadi insan bertakwa dan beramal ibadah kepada Allah SWT. Saya YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM merangkap DUTA KEAMANAN UPF PBB mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA KEPADA ;

1. YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA

2. YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

3. YANG AMAT BERHORMAT DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN, KETUA MENTERI SABAH

4. YANG BERHORMAT DATO’ SERI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL, MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz – Perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop – Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom – Hal Ehwal Islam

 

Timbalan-timbalan menteri:

 
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Ahmad Maslan

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Fadillah Yusof (timbalan)

 

Menteri Pelancongan

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri Pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri Kerja Raya
Datuk Shaziman Abu Mansor

Menteri Kesihatan
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri Belia dan Sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)

Menteri Sumber Manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil

Menteri Luar
Datuk Anifah Aman

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Saya ucap Selamat Berpuasa kepada RAKYAT 1SILAM semoga puasa kali ini menambah keimanan,ketakwaan dan hubungan muhibbah sesama manusia sebagai umat islam. Insyallah saya akan menunaikan Ibadah Solat berjemaah,tarawih bersama RAKYAT di masjid kampung-kampung samada di luar bandar mahupun pedalaman.

Sama-samalah kita mengimarahkan masjid dengan amalan solat 5 waktu,sembahyang terawih bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Amin.Amin.Amin Ya Robbul Alamin.

 

Yang Benar

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM

DUTA KEAMANAN UPF PBB

PANDUAN PUASA RAMADHAN

Ogos 21, 2009

PANDUAN PUASA RAMADHAN

Oleh:  Ustadz Abu Rasyid

 

MUQADDIMAH

 

Artinya: Diriwayatkan dari Anas ra. ia berkata : Telah bersabda  Rasulullah saw. : Apabila ada sesuatu dari urusan duniamu, maka kamu lebih tahu tentang hal itu. Jika ada urusan dienmu, maka akulah tempat  kembalinya ( ikuti aku ). ( H.R Ahmad).

 

Artinya : Dirwayatkan dari ‘Aisyah ra : Rasulullah saw. telah bersabda :  Barangsiapa melakukan perbuatan yang bukan perintah kami, maka ia tertolak ( tidak diterima). Dan dalam riwayat lain: Barangsiapa yang mengada-adakan dalam perintah kami ini yang bukan dari padanya, maka ia tertolak. Sementara dalam riwayat lain : Barangsiapa yang berbuat sesuatu urusan yang lain daripada perintah kami, maka ia tertolak.
(HR.Ahmad. Bukhary dan Abu Dawud).

 

Kandungan dua hadits shahih di atas menerangkan dengan jelas dan tegas bahwa segala perbuatan, amalan-amalan yang hubungannya dengan dien/syari’at terutama dalam masalah ubudiyah wajib menurut panduan dan petunjuk yang telah digariskan oleh Rasulullah saw. Tidak boleh ditambah dan/atau dikurangi meskipun menurut fikiran seolah-olah lebih baik. Diantara cara syaitan menggoda ummat Islam ialah membisikkan suatu tambahan dalam urusan Dien. Sayangnya, perkara ini dianggap soal sepele, enteng dan remeh. Padahal perbuatan seperti itu adalah merupakan suatu kerusakan yang amat fatal dan berbahaya.

 

Sabda Rasul saw. :

“Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra, katanya : Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. berkhutbah kepada manusia pada waktu haji Wada’ . Maka beliau bersabda : Sesungguhnya Syaithan telah berputus asa ( dalam berusaha ) agar ia disembah di bumimu ini. Tetapi ia ridha apabila ( bisikannya) ditaati dalam hal selain itu; yakni suatu amalan yang kamu anggap remeh dari amalan-amalan kamu, berhati-hatilah kamu sekalian. Sesungguhnya aku telah meninggalkan untukmu , yangjika kamu berpegang kepadanya niscaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya. Yaitu: Kitab Allah dan sunnah NabiNya. ” ( HR. Hakim ).

 

Dengan demikian dapat difahami bagaimana Rasulullah saw. mengingatkan kita agar selalu waspada terhadap provokasi setan untuk beramal dengan menyalahi tuntunan Nabi sekalipun hal itu nampak remeh. “Diriwayatkan dari Ghudwahaif bin Al-Harits ra: ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw. : Setiap suatu kaum mengadakan Bid’ah, pasti saat itu diangkat (dihilangkan ) sunnah semisalnya. Maka berpegang teguh kepda sunnah itu lebih baik daripada mengadakan bid’ah” ( HR. Ahmad ).

 

Jadi, ketika amalan bid’ah ditimbulkan betapapun kecilnya, maka pada saat yang sama Sunnah telah dimusnahkan. Pada akhirnya lama kelamaan yang nampak dalam dien ini hanyalah perkara bid’ah sedangkan yang Sunnah dan original telah tertutup. Pada saat itulah ummat Islam akan menjadi lemah dan dikuasai musuh.

Insya Allah tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan,dalam bulan yang penuh berkat ini kita diwajibkan menjalankan ibadah puasa Ramadhan

sebulan penuh , yang mana hal tersebut merupakan salah satu bagian dari rukun Islam. Karenanya hal tersebut amat penting. Berkaitan dengan hal diatas, maka kita harus berusaha semaksimal mungkin untuk dapat menunaikan ibadah puasa ini sesempurna mungkin , benar-benar bebas dari bid’ah sesuai dengan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah saw.

 

Untuk keperluan itulah dalam risalah yang sederhana ini diterangkan beberapa hal yang berkaitan dengan amaliah puasa Ramadhan, zakat fithrah, dan Shalat ‘Ied

berdasarkan Nash-nash yang Shariih ( jelas ). Dalil – dalil dan KESIMPULAN dibuat agar mudah difahami antara hubungan amal dengan dalilnya. Dan -tak ada gading yang tak retak- kata pepatah, sudah barang tentu risalah ini sangat jauh dari sempurna, untuk menuju kesempurnaannya bantuan dari pemakai amat diharapkan. Semoga risalah ini diterima oleh Allah sebagai Amal Shalih yang bermanfaat terutama di akhirat nanti. Amien.

 

I. MASYRU’IYAT DAN MATLAMAT PUASA RAMADHAN.

 

1. “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa “( QS Al-Baqarah : 183 ).

 

2. “Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dengan yang bathil ), karena itu barangsiapa diantara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini ), maka hendaklah ia puasa… ” ( Al-Baqarah

: 185).

 

3. ” Telah bersabda Rasulullah saw. : Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad ituadalah

utusan Allah. Mendirikan Shalat Mengeluarkan Zakat puasa di bulan Ramadhan Menunaikan haji ke Ka’bah. ( HR.Bukhari Muslim ).

 

4. “Diriwayatkan dari Thalhah bin ‘ Ubaidillah ra. : bahwa sesungguhnya ada seorang bertanya kepada Nabi saw. : ia berkata : Wahai Rasulullah beritakan

kepadaku puasa yang diwajibkan oleh Allah atas diriku. Beliau bersabda : puasa Ramadhan. Lalu orang itu bertanya lagi : Adakah puasa lain yang diwajibkan atas

diriku ?. Beliau bersabda : tidak ada, kecuali bila engkau puasa Sunnah. “.

 

KESIMPULAN : Dari ayat-ayat dan hadits-hadits diatas, kita dapat mengambil pelajaran :

 

1. puasa Ramadhan hukumnya Fardu ‘Ain ( dalil 1, 2, 3 dan 4 ).

2. puasa Ramadhan disyari’atkan bertujuan untuk menyempurnakan ketaqwaan (dalil no 1).

 

 

II. KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN DAN KEUTAMAAN BERAMAL DIDALAMNYA

 

1. Artinya : Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).

 

2. “Diriwayatkan dari Urfujah, ia berkata : Aku berada di tempat ‘Uqbah bin Furqad, maka masuklah ke tempat kami seorang dari Sahabat Nabi saw. ketika Utbah

melihatnya ia merasa takut padanya, maka ia diam. Ia berkata: maka ia menerangkan tentang puasa Ramadhan ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda tentang bulan Ramadhan: Di bulan Ramadhan ditutup seluruh pintu Neraka, dibuka seluruh pintu Jannah, dan dalam bulan ini Setan dibelenggu. Selanjutnya ia berkata : Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/ beramal kebaikan bergembiralah anda, dan wahai orang-orang yang mencari/berbuat kejelekan berhentilah ( dari perbuatan jahat) . Seruan ini terus didengungkan sampai akhir bulan Ramadhan.” (Riwayat Ahmad dan Nasai )

 

3. ” Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Shalat Lima waktu, Shalat Jum’at sampai Shalat Jum’at berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi.” ( H.R.Muslim)

 

4. “Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: puasa dan Qur’an itu memintakan syafa’at seseorang hamba di hari

Kiamat nanti. puasa berkata : Wahai Rabbku,aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk

memintakan syafa’at baginya. Dan berkata pula AL-Qur’an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari ( karena membacaku ), maka berilah aku

hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memmintakan syafaat.” ( H.R. Ahmad, Hadits Hasan).

 

5. “Diriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad : Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : bahwa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut ” Rayyaan”.

Pada hari kiamat dikatakan : Dimana orang yang puasa? ( untuk masuk Jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir diantara mereka sudah memasuki pintu itu,

maka ditutuplah pintu itu.” (HR. Bukhary Muslim).

 

6. Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan karena beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang ( HR.Bukhary

Muslim).

 

KESIMPULAN : Kesemua Hadits di atas memberi pelajaran kepada kita, tentang keutamaan bulan Ramadhan dan keutamaan beramal didalamnya, diantaranya :

 

1. Bulan Ramadhan adalah:

  • Bulan yang penuh Barakah.
  • Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.
  • Pada bulan ini Setan-Setan dibelenggu.
  • Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam LAILATUL QADR.
  • Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasehati siapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang berbuat ma’shiyat agar menahan diri. (dalil 1 & 2).

 

2. Keutamaan beramal di bulan Ramadhan antara lain :

  • Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara setelah Ramadhan yang lewat sampai dengan Ramadhan berikutnya.
  • Menjadikan bulan Ramadhan memintakan syafaa’t.
  • Khusus bagi yang puasa disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan  untuk memasuki Jannah. ( dalil 3, 4, 5 dan 6).

 

III. CARA MENETAPKAN AWAL DAN AKHIR BULAN

 

1. “Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. beliau berkata : Manusia sama melihat Hilal (bulan sabit), maka akupun mengabarkan hal itu kepada Rasululullah saw. Saya

katakan : sesungguhnya saya telah melihat Hilal.  Maka beliau saw. puasa dan memerintahkan semua orang agar puasa.” ( H.R Abu Dawud, Al-Hakim dan Ibnu Hibban).(Hadits Shahih).

 

2. “Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. Bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: Mulailah puasa karena melihat ru’yah dan berbukalah ( akhirilah puasa

Ramadhan ) dengan melihat ru’yah. Apabila awan menutupi pandanganmu, maka sempurnakanlah bulan Sya’ban selama Tiga Puluh hari.  “( HR. Bukhary

Muslim).

 

KESIMPULAN

  • Menetapkan awal dan akhir bulan Ramadhan dengan melihat ru’yah, meskipun bersumber dari laporan seseorang, yag penting adil ( dapat dipercaya ).
  • Jika bulan sabit ( Hilal ) tidak terlihat karena tertutup awan, misalnya, maka bilangan bulan Sya’ban digenapkan menjadi Tiga Puluh hari. ( dalil 1 dan 2).
  • Pada dasarnya ru’yah yang dilihat oleh penduduk di suatu negara, berlaku untuk seluruh dunia. Hal ini akan berlaku jika Khilafah ‘ Ala Minhaajinnabiy sudah tegak ( dalil 2 ).
  • Selama khilafah belum tegak, untuk menghindarkan meluasnya perbedaan pendapat ummat Islam tentang hal ini, sebaiknya ummat Islam mengikuti ru’yah yag nampak di negeri masing-masing. ( ini hanya pendapat sebagian ulama).

 

IV. RUKUN PUASA

 

1. “… dan makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar, kemudian

sempurnakanlah puasa itu sampai malam…( AL-Baqarah :187).

 

2. “Adiy bin Hatim berkata : Ketika turun ayat ; artinya (…hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam…), lalu aku mengambil seutas benang hitam dan seutas benang putih, lalu kedua utas benang itu akau simpan dibawah bantalku. Maka pada waktu malam saya amati, tetapi tidak tampak jelas, maka saya pergi menemui Rasulullah saw. Dan saya ceritakan hal ini kepada beliau. Beliapun bersabda: Yang dimaksud adalah gelapnya malam dan terangnya siang (fajar). ” ( H.R. Bukhary Muslim).

 

3. “Allah Ta’ala berfirman : ” Dan tidaklah mereka disuruh, kecuali untuk beribadah kepada Allah dengan mengikhlashkan ketaatan untukNya ” ( Al-Bayyinah :5)

 

4. “Rasulullah saw. bersabda : Sesungguhnya semua amal itu harus dengan niat, dan setiap orang mendapat balasan sesuai dengan apa yang diniatkan.” ( H.R

Bukhary dan Muslim).

 

5. “Diriwayatkan dari Hafshah , ia berkata : Telah bersabda Nabi saw. : Barangsiapa yang tidak beniat (puasa Ramadhan) sejak malam, maka tidak ada puasa

baginya .” (HR. Abu Dawud) Hadits Shahih.

 

KESIMPULAN:

Keterangan ayat dan hadit di atas memberi pelajaran kepada kita bahawa rukun puasa Ramadhan adalah sebagai berikut :

a. Berniat sejak malam hari ( dalil 3,4 dan 5).

b. Menahan makan, minum, koitus (Jima’) dengan isteri di siang hari sejak terbit fajar sampai terbenam matahari ( Maghrib), ( dalil 1 dan 2).

 

V. YANG DIWAJIBKAN PUASA RAMADHAN.

 

1. “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian untuk puasa, sebagaimana yang telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa. ” ( Al-Baqarah : 183)

 

2. “Diriwayatkan dari Ali ra., ia berkata : Sesungguhnya nabi saw telah bersabda : telah diangkat pena ( kewajiban syar’i/ taklif) dari tiga golongan .

– Dari orang gila sehingga dia sembuh – dari orang tidur  sehingga bangun – dari anak-anak sampai ia bermimpi / dewasa.” ( H.R. Ahmad, Abu Dawud, dan

Tirmidzi).

 

KESIMPULAN

Keterangan di atas mengajarkan kepada kita bahwa : yang diwajibkan puasa Ramadhan adalah: setiap orang beriman baik lelaki maupun wanita yang sudah

baligh/dewasa dan sehat akal /sadar.

 

VI. YANG DILARANG PUASA

 

1. “Diriwayatkan dari ‘Aisyah ra. ia berkata : Disaat kami haidh di masa Rasulullah saw, kami dilarang puasa dan diperintahkan mengqadhanya, dan kami tidak

diperintah mengqadha Shalat “( H.R Bukhary Muslim).

 

KESIMPULAN

Keterangan di atas memberi pelajaran kepada kita bahwa wanita yang sedang haidh dilarang puasa sampai habis masa haidhnya, lalu melanjutkan puasanya. Di luar Ramadhan ia wajib mengqadha puasa yag ditinggalkannya selama dalam haidh.

 

VII. YANG DIBERI KELONGGARAN UNTUK TIDAK PUASA RAMADHAN

 

1. “(Masa yang diwajibkan kamu puasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi

keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) antara yang haq dengan yang bathil. Karenanya, siapa saja dari antara kamu yang

menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia puasa di bulan itu; dan siapa saja yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia

berbuka, kemudian wajiblah ia puasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki

kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan

supaya kamu membesarkan Allah karena mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.” ( Al-Baqarah:185.)

 

2. “Diriwayatkan dari Mu’adz , ia berkata : Sesungguhnya Allah swt telah mewajibkan atas nabi untuk puasa, maka DIA turunkan ayat ( dalam surat

AL-Baqarah : 183-184), maka pada saat itu barangsiapa mau puasa dan barangsiapa mau memberi makan seorang miskin, keduanya diterima. Kemudian Allah menurunkan ayat lain ( AL-Baqarah : 185), maka ditetapkanlah kewajiban puasa bagi setiap orang yang mukim dan sehat dan diberi rukhsah ( keringanan) untuk orang yang sakit dan bermusafir dan ditetapkan cukup memberi makan orang misikin bagi oran yang sudah sangat tua dan tidak mampu puasa. ” ( HR. Ahmad, Abu Dawud, AL-Baihaqi dengan sanad shahih).

 

3. “Diriwayatkan dari Hamzah Al-Islamy : Wahai Rasulullah, aku dapati bahwa diriku kuat untuk puasa dalam safar, berdosakah saya ? Maka beliau bersabda :

hal itu adalah merupakan kemurahan dari Allah Ta’ala, maka barangsiapa yang menggunakannya maka itu suatu kebaikan dan barangsiapa yang lebih suka untuk terus puasa maka tidak ada dosa baginya ” ( H.R.Muslim)

 

4. “Diriwayatkan dari Sa’id Al-Khudry ra. ia berkata : Kami bepergian bersama Rasulullah saw. ke Makkah, sedang kami dalam keadaan puasa. Selanjutnya ia

berkata : Kami berhenti di suatu tempat. Maka Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya kamu sekalian sudah berada ditempat yang dekat dengan musuh kalian,

dan berbuka lebih memberi kekuatan kepada kamu. Ini merupakan rukhsah, maka diantara kami ada yang masih puasa dan ada juga yang berbuka. Kemudian kami berhenti di tempat lain. Maka beliau juga bersabda: Sesungguhnya besok kamu akan bertemu musuh, berbuka lebih memberi kekuatan kepada kamu sekalian,maka berbukalah. Maka ini merupakan kemestian, kamipun semuanya berbuka. Selanjutnya bila kami bepergian beserta Rasulullah saw. kami puasa .” ( H.R Ahmad, Muslim dan Abu Dawud).

 

5. “Diriwayatkan dari Sa’id Al-Khudry ra. ia berkata : Pada suatu hari kami pergi berperang beserta Rasulullah saw. di bulan Ramadhan. Diantara kami ada

yang puasa dan diantara kami ada yang berbuka . Yang puasa tidak mencela yang berbuka ,dan yang berbuka tidak mencela yang puasa. Mereka berpendapat bahwa siapa yang mendapati dirinya ada kekuatan lalu puasa, hal itu adalah baik dan barangsiapa yang mendapati dirinya lemah lalu berbuka,maka hal ini juga baik”

(HR. Ahmad dan Muslim)

 

6. “Dari Jabir bin Abdullah : Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pergi menuju ke Makkah pada waktu fathu Makkah, beliau puasa sampai ke Kurraa’il Ghamiim dan semua manusia yang menyertai beliau juga puasa. Lalu dilaporkan kepada beliau bahwa manusia yang menyertai beliau merasa berat , tetapi mereka tetap

puasa karena mereka melihat apa yang tuan amalkan (puasa). Maka beliau meminta segelas air lalu diminumnya. Sedang manusia melihat beliau, lalu

sebagian berbuka dan sebagian lainnya tetap puasa. Kemudian sampai ke telinga beliau bahwa masih ada yang nekad untuk puasa. Maka beliaupun bersabda : mereka itu adalah durhaka.” (HR.Tirmidzy).

 

7. “Ucapan Ibnu Abbas : wanita yang hamil dan wanita yang menyusui apabila khawatir atas kesehatan anak-anak mereka, maka boleh tidak puasa dan cukup

membayar fidyah memberi makan orang miskin ” ( Riwayat Abu Dawud ). Shahih

 

8. “Diriwayatkan dari Nafi’ dari Ibnu Umar: Bahwa sesungguhnya istrinya bertanya kepadanya ( tentang puasa Ramadhan ), sedang ia dalam keadaan hamil. Maka

ia menjawab : Berbukalah dan berilah makan sehari seorang miskin dan tidak usah mengqadha puasa .” (Riwayat Baihaqi) Shahih.

 

9. “Diriwayatkan dari Sa’id bin Abi ‘Urwah dari Ibnu Abbas beliau berkata : Apabila seorang wanita hamil khawatir akan kesehatan dirinya dan wanita yang

menyusui khawatir akan kesehatan anaknya jika puasa Ramadhan. Beliau berkata : Keduanya boleh berbuka (tidak puasa ) dan harus memberi makan sehari seorang miskin dan tidak perlu mengqadha puasa” (HR.Ath-Thabari dengan sanad shahih di atas syaratMuslim , kitab AL-irwa jilid IV hal 19).

 

KESIMPULAN: Pelajaran yang dapat diambil dari keterangan di atas adalah : Orang Mu’min yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak puasa  Ramadhan, tetapi wajib mengqadha di bulan lain, mereka itu ialah :

  1. Orang sakit yang masih ada harapan sembuh.
  2. Orang yang bepergian ( Musafir ). Musafir yang merasa kuat boleh meneruskan puasa dalam safarnya, tetapi yang merasa lemah dan berat lebih baik berbuka, dan makruh memaksakan diri untuk puasa.

 

Orang Mu’min yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak mengerjakan puasa dan tidak wajib mengqadha, tetapi wajib fidyah (memberi makan sehari seorang miskin). Mereka adalah orang yang tidak  lagi mampu mengerjakan puasa karena:

  1. Umurnya sangat tua dan lemah.
  2. Wanita yang menyusui dan khawatir akan kesehatan anaknya.
  3. Karena mengandung dan khawatir akan kesehatan dirinya.
  4. Sakit menahun yang tidak ada harapan sembuh.
  5. Orang yang sehari-hari kerjanya berat yang tidak mungkin mampu dikerjakan sambil puasa, dan tidak mendapat pekerjaan lain yang ringan. ( dalil 2,7,8 dan 9).

 

VIII HAL-HAL YANG MEMBATALKAN PUASA

 

1. “…dan makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam (fajar ), kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam…” ( Al-Baqarah : 187).

 

2. “Dari Abu Hurairah ra.: bahwa sesungguhnya nabi saw. telah bersabda : Barangsiapa yang terlupa, sedang dia dalam keadaan puasa, kemudian ia makan atau minum, maka hendaklah ia sempurnakan puasanya. Hal itu karena sesungguhnya Allah hendak memberinya karunia makan dan minum ” (Hadits Shahih, riwayat Al-Jama’ah kecuali An-Nasai).

 

3. Dari Abu Hurairah ra. bahwa sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : Barang siapa yang muntah dengan tidak sengaja, padahal ia sedang puasa – maka tidak wajib qadha ( puasanya tetap sah ), sedang barang siapa yang berusaha sehinggga muntah dengan sengaja, maka hendaklah ia mengqadha ( puasanya batal ). ( H.R : Abu Daud dan At-Tirmidziy )

 

4. Diriwayatkan dari Aisyah ra ia berkata : Disaat kami berhaidh ( datang bulan ) dimasa Rasulullah saw. kami dilarang puasa dan diperintah untuk mengqadhanya

dan kami tidak diperintah untuk mengqadha shalat. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

 

5. Diriwayatkan dari Hafshah, ia berkata : Telah bersabda Nabi saw. Barang siapa yang tidak berniat untuk puasa ( Ramadhan ) sejak malam, maka tidak ada

puasa baginya. ( H.R : Abu Daud ) hadits shahih.

 

6. Telah bersabda Rasulullah saw: Bahwa sesungguhnya semua amal itu harus dengan niat  ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

 

7. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Sesungguhnya seorang laki-laki berkata kepada Rasulullah saw: Ya Rasulullah saya terlanjur menyetubuhi istri saya (di siang hari) padahal saya dalam keadaan puasa ( Ramadhan ), maka Rasulullah saw bersabda : Punyakah kamu seorang budak untuk dimerdekakan ? Ia menjawab : Tidak. Rasulullah saw bersabda : Mampukah kamu puasa dua bulan berturut-turut ? Lelaki itu menjawab : Tidak. Beliau

bersabda lagi : Punyakah kamu persediaan makanan untuk memberi makan enam puluh orang miskin ? Lelaki itu menjawab : Tidak. Lalu beliau diam, maka ketika kami dalam keadaan semacam itu, Rasulullah  datang dengan membawa satu keranjang kurma, lalu bertanya : dimana orang yang bertanya tadi ? ambilah

kurma ini dan shadaqahkan dia. Maka orang tersebut bertanya : Apakah kepada orang yang lebih miskin dari padaku ya Rasulullah ? Demi Allah tidak ada diantara

sudut-sudutnya ( Madinah ) keluarga yang lebih miskin daripada keluargaku. Maka Nabi saw. lalu tertawa sampai terlihat gigi serinya kemudian bersabda :

Ambillah untuk memberi makan keluargamu. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

 

KESIMPULAN

Ayat dan hadits-hadits tersebut di atas menerangkan kepada kita bahwa hal-hal yang dapat membatalkan puasa ( Ramadhan ) ialah sbb :

  • Sengaja makan dan minum di siang hari. Bila terlupa makan dan minum di siang hari, maka tidak membatalkan puasa. ( dalil : 2 )
  • Sengaja membikin muntah, bila muntah dengan tidak disengajakan, maka tidak membatalkan puasa. ( dalil :3 )
  • Pada siang hari terdetik niat untuk berbuka. (dalil : 5 dan 6 )
  • Dengan sengaja menyetubuhi istri di siang hari Ramadhan, ini disamping puasanya batal ia terkena hukum yang berupa : memerdekakan seorang hamba, bila tidak mampu maka puasa dua bulan berturut-turut, dan bila tidak mampu, maka memberi makan enam puluh orang miskin.( dalil : 7 )
  • Datang bulan di siang hari Ramadhan ( sebelum waktu masuk Maghrib ).( dalil : 4 )

 

IX. HAL-HAL YANG BOLEH DIKERJAKAN WAKTU IBADAH PUASA.

 

1. Diriwayatkan dari Aisyah ra Bahwa sesungguhnya Nabi saw. dalam keadaan junub sampai waktu Shubuh sedang beliau sedang dalam keadaan puasa, kemudian mandi. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

 

2. Diriwayatkan dari Abi Bakar bin Abdurrahman, dari sebagian sahabat-sahabat Nabi saw. ia berkata kepadanya : Dan sungguh telah saya lihat Rasulullah saw. menyiram air di atas kepala beliau padahal beliau dalam keadaan puasa karena haus dan karena udara panas. ( H.R : Ahmad, Malik dan Abu Daud )

 

3. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. Bahwa sesungguhnya Nabi saw berbekam sedang beliau dalam keadaan puasa. (H.R : Al-Bukhary ) .

 

4. Diriwayatkan dari Aisyah ra Adalah Rasulullah saw mencium ( istrinya ) sedang beliau dalam keadaan puasa dan menggauli dan bercumbu rayu dengan istrinya (

tidak sampai bersetubuh ) sedang beliau dalam keadaan puasa, akan tetapi beliau adalah orang yang paling kuat menahan birahinya. ( H.R : Al-Jama’ah kecuali

Nasa’i) hadits shahih.

 

5. Diriwayatkan dari Abdullah bin Furuuj : Bahwa sesungguhnya ada seorang wanita bertanya kepada Ummu Salamah ra. Wanita itu berkata : Sesungguhnya suami saya mencium saya sedang dia dan saya dalam keadaan puasa, bagaimana pendapatmu ? Maka ia menjawab : Adalah Rasulullah r pernah mencium saya sedang beliau dan saya dalam keadaan puasa. ( H.R : Aththahawi dan Ahmad dengan sanad yang baik dengan mengikut syarat

Muslim ).

 

6. Diriwayatkan dari Luqaidh bin Shabrah : Sesungguhnya Nabi saw bersabda : Apabila kamu beristinsyaaq ( menghisap air ke hidung )

keraskan kecuali kamu dalam keadaan puasa. ( H.R :Ashhabus Sunan )

 

7. Perkataan ibnu Abbas : Tidak mengapa orang yang puasa mencicipi cuka dan sesuatu yang akan dibelinya ( Ahmad dan Al-Bukhary ).

 

KESIMPULAN

Hadits-hadits tersebut di atas memberi pelajaran kepada kita bahwa hal-hal tersebut di bawah ini bila diamalkan tidak membatalkan puasa :

  1. Menyiram air ke atas kepala pada siang hari karena haus ataupun udara panas, demikian pula menyelam kedalam air pada siang hari.
  2. Menta’khirkan mandi junub setelah adzan Shubuh. (dalil : 1 )
  3. Berbekam pada siang hari. ( dalil : 3 )
  4. Mencium, menggauli, mencumbu istri tetapi tidak sampai bersetubuh di siang hari.( dalil 4 dan 5 )
  5. Beristinsyak ( menghirup air kedalam hidung )terutama bila akan berwudhu, asal tidak dikuatkan menghirupnya. ( dalil : 6 )
  6. Disuntik di siang hari.
  7. Mencicipi makanan asal tidak ditelan.(dalil :7)

 

ADAB-ADAB PUASA RAMADHAN.

 

1. Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab ra. telah bersabda Rasulullah saw: Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini, sedang

matahari sudah terbenam, maka orang yang puasa boleh berbuka. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

 

2. Diriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad : Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : Manusia ( ummat Islam ) masih dalam keadaan baik selama mentakjilkan

(menyegerakan) berbuka. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)

 

3. Diriwayatakan dari Anas ra., ia berkata : Rasulullah saw berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah ) sebelum shalat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. ( H.R : Abu Daud dan Al-Hakiem )

 

4. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka dengan

kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. ( H.R : Ahmad dan At-Tirmidzi )

 

5. Diriwayatkan dari Ibnu Umar : Adalah Nabi saw. selesai berbuka Beliau berdo’a (artinya) telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala

tetap ada Insya Allah. ( H.R : Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan )

 

6. Diriwayatkan dari Anas, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu ( yang sudah terhidang ). ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

 

7. Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : Makan sahurlah kalian karena sesungguhnya makan sahur itu berkah. (H.R :

Al-Bukhary )

 

8. Diriwayatkan dari Al-Miqdam bin Ma’di Yaqrib, dari Nabi saw. bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur, karena sahur adalah makanan yang penuh berkah. ( H.R : An-Nasa’i )

 

9. Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit t berkata : Kami bersahur bersama Rasulullah saw. kemudian kami bangkit untuk menunaikan shalat ( Shubuh ). saya berkata :

Berapa saat jarak antara keduanya ( antara waktu sahur dan waktu Shubuh )?Ia berkata : Selama orang membaca limapuluh ayat. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

 

10. Diriwayatkan dari Amru bin Maimun, ia berkata : Adalah para sahabat Muhammad saw. adalah orang yang paling menyegerakan berbuka dan melambatkan makan sahur. ( H.R : Al-Baihaqi )

 

11. Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila salah seorang diantara kamu mendengar adzan dan piring masih di tangannya janganlah diletakkan hendaklah ia

menyelesaikan hajatnya ( makan/minum sahur )daripadanya. (H.R : Ahmad dan Abu Daud dan Al-Hakiem )

 

12. Diriwayatkan dari Abu Usamah ra. ia berkata : Shalat telah di’iqamahkan, sedang segelas minuman masih di tangan Umar ra. beliau  bertanya : Apakah ini boleh saya minum wahai Rasulullah ? Beliau r.a menjawab : ya, lalu ia meminumnya. ( H.R Ibnu Jarir )

 

13. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata :Adalah Rasulullah saw. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika

Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan beliau saw. al-qur’an dan benar-benar Rasulullah saw. lebih dermawan tentang kebajikan( cepat berbuat kebaikan ) daripada angin yang dikirim.(HR Al-Bukhary )

 

14. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata :Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiyamullail (shalat malam ) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan

secara wajib, maka beliau bersabda : Barang siapa yang shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama’ah )

 

15. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Nabi saw. apabila memasuki sepuluh hari terakhir ( bulan Ramadhan ) beliau benar-benar menghidupkan malam (

untuk beribadah ) dan membangunkan istrinya ( agar beribadah ) dengan mengencangkan ikatan sarungnya (tidak mengumpuli istrinya ). ( H.R : Al-Bukhary dan

Muslim )

 

16. Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata : Adalah Nabi saw. bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir ( di bulan Ramadhan ) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. ( H.R : Muslim )

 

17. Diriwayatkan dari Abu salamah din Abdur Rahman, sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah ra: Bagaimana shalat malamnya Rasulullah saw di bulan

Ramadhan ? maka ia menjawab : Rasulullah saw tidak pernah shalat malam lebih dari sebelas raka’at baik di bulan Ramadhan maupun di bulan lainnya, caranya :

Beliau shalat empat raka’at jangan tanya baik dan panjangnya, kemudian shalat lagi empat raka’at jangan ditanya baik dan panjangnya, kemudian shalat tiga

raka’at. ( H.R : Al-Bukhary,Muslim dan lainnya )

 

18. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila bangun shalat malam, beliau membuka dengan shalat dua raka’at yang ringan,

kemudian shalat delapan raka’at, kemudian shalat witir. ( H.R : Muslim )

 

19. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata : Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata : Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam ? Maka

Rasulullah r. menjawab : Shalat malam itu dua raka’at dua raka’at. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah satu raka’at. ( H.R : Jama’ah)

 

20. Dari Aisyah ra. ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw shalat di masjid, lalu para sahabat shalat sesuai dengan shalat beliau ( bermakmum di belakang ), lalu

beliau shalat pada malam kedua dan para sahabat bermakmum dibelakangnya bertambah banyak, kemudian pada malam yang ketiga atau yang keempat mereka

berkumpul, maka Rasulullah saw tidak keluar mengimami mereka. Setelah pagi hari beliau bersabda : Saya telah tahu apa yang kalian perbuat, tidak ada yang

menghalangi aku untuk keluar kepada kalian ( untuk mengimami shalat ) melainkan aku khawatir shalat malam ini difardhukan atas kalian. Ini terjadi pada bulan Ramadhan. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

 

21. Dari Ubay bin Ka’ab t. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. shalat witir dengan membaca : Sabihisma Rabbikal A’la )dan ( Qul ya ayyuhal kafirun)

dan (Qulhu wallahu ahad ). ( H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa’i dan Ibnu Majah )

 

22. Diriwayatkan dari Hasan bin Ali t. ia berkata : Rasulullah saw. telah mengajarkan kepadaku beberapa kata yang aku baca dalam qunut witir : ( artinya ) Ya

Allah berilah aku petunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesehatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri

kesehatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orang yang telah Engkau pimpin, Berkatilah untukku apa yang telah Engkau berikan, peliharalah aku dari apa yang

telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas Engkau, bahwa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang Engkau musuhi. Maha agung Engkau wahai Rabb kami dan Maha Tinggi Engkau. ( H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa’i, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah )

 

23. Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda :Barang siapa yang shalat malam menepati lailatul qadar, maka diampuni dosanya yang telah lalu. ( H.R :

Jama’ah )

 

24. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. (H.R : Muslim )

 

25. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Dinampakkan dalam mimpi seorang laki-laki bahwa lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka

Rasulullah saw. bersabda : Sayapun bermimpi seperti mimpimu, ( ditampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia ( lailatul qadar ) pada malam-malam

ganjil. ( H.R : Muslim )

 

26. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Saya berkata kepada Rasulullah saw. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui lailatul qadar,apa yang saya harus baca pada malam itu ? Beliau bersabda : Bacalah ( artinya ) Yaa Allah sesungguhnya Engkau maha pemberi ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku. (H.R : At-Tirmidzi dan Ahmad )

 

27. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw mengamalkan i’tikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan sampai beliau diwafatkan

oleh Allah Azza wa Jalla. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

 

28. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila hendak beri’tikaf, beliau shalat shubuh kemudian memasuki tempat

i’tikafnya………. ( H.R :Jama’ah kecuali At-Tirmidzi )

 

29. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila beri’tikaf , beliau mendekatkan kepalanya kepadaku, maka aku menyisirnya, dan adalah beliau tidak masuk ke rumah kecuali karena untuk memenuhi hajat manusia ( buang air, mandi dll…) ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

 

30. Allah ta’ala berfirman : ( artinya ) Janganlah kalian mencampuri mereka( istri-istri kalian ) sedang kalian dalam keadaan i’tikaf dalam masjid. Itulah batas-batas ketentuan Allah, maka jangan di dekati…( Al-Baqarah : 187 )

 

31. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku

dan aku yang memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu puasa janganlah berbuat keji , jangan

berteriak-teriak ( pertengkaran ), apabila seorang memakinya sedang ia puasa maka hendaklah ia katakan : ” sesungguhnya saya sedang puasa” . Demi jiwa Muhammad yang ada di tanganNya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang puasa itu lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira karena puasanya. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)

 

32. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan amalan

kebohongan, maka tidak ada bagi Allah hajat ( untuk menerima ) dalam hal ia meninggalkan makan dan minumnya. ( H.R: Jama’ah Kecuali Muslim ) Maksudnya

Allah tidak merasa perlu memberi pahala puasanya.

 

33. Bahwa sesungguhnya Nabi saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar yang sering di panggil Ummu Sinan : Apa yang menghalangimu untuk melakukan haji

bersama kami ? Ia menjawab : Keledai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si fulan (suaminya ) untuk berhaji bersama anaknya sedang yang lain di pakai untuk memberi minum anak-anak kami. Nabi pun bersabda lagi : Umrah di bulan Ramadhan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku. ( H.R :Muslim)

 

34. Rasulullah sw. bersabda : Apabila datang bulan Ramadhan kerjakanlah  umrah karena umrah di dalamnya (bulan Ramadhan ) setingkat dengan haji. ( H.R : Muslim)

 

KESIMPULAN

Ayat dan hadits-hadits tersebut di atas memberi pelajaran kepada kita bahwa dalam mengamalkan puasa Ramadhan kita perlu melaksanakan adab-adab  sbb :

 

1. Berbuka apabila sudah masuk waktu Maghrib. ( dalil: 6 ) Sunnah berbuka adalah sbb :

  1. Disegerakan yakni sebelum melaksanakan shalat Maghrib dengan makanan yang ringan seperti kurma, air saja, setelah itu baru melaksanakan shalat. ( dalil: 2,3 dan 4 )
  2. Tetapi apabila makan malam sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan shalat dahulu. ( dalil : 6 )
  3. Setelah berbuka berdo’a dengan do’a sbb : Artinya : Telah hilang rasa haus, dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap wujud insya Allah. ( dalil: 5 )

 

2. Makan sahur. ( dalil : 7 dan 8 ) Adab-adab sahur :

a. Dilambatkan sampai akhir malam mendekati Shubuh. (dalil 9 dan 10 )

b. Apabila pada tengah makan atau minum sahur lalu mendengar adzan Shubuh, maka sahur boleh diteruskan sampai selesai, tidak perlu dihentikan di tengah sahur

karena sudah masuk waktu Shubuh. ( dalil 11 dan 12 ) * Imsak tidak ada sunnahnya dan tidak pernah diamalkan pada zaman sahabat maupun tabi’in.

 

3. Lebih bersifat dermawan (banyak memberi, banyak bershadaqah, banyak menolong) dan banyak membaca al-qur’an ( dalil : 13 )

 

4. Menegakkan shalat malam / shalat Tarawih dengan berjama’ah. Dan shalat Tarawih ini lebih digiatkan lagi pada sepuluh malam terakhir( 20 hb. sampai akhir

Ramadhan). (dalil : 14,15 dan 16 ) Cara shalat Tarawih adalah :

  1. Dengan berjama’ah. ( dalil : 19 )
  2. Tidak lebih dari sebelas raka’at yakni salam tiap dua raka’at dikerjakan empat kali, atau salam tiap empat raka’at dikerjakan dua kali  dan ditutup dengan witir tiga raka’at. ( dalil : 17 )
  3. Dibuka dengan dua raka’at yang ringan. ( dalil : 18)
  4. Bacaan dalam witir : Raka’at pertama : Sabihisma Rabbika. Roka’t  kedua : Qul yaa ayyuhal kafirun. Raka’at ketiga : Qulhuwallahu ahad. ( dalil : 21 )
  5. Membaca do’a qunut dalam shalat witir. ( dalil 22 )

 

5. Berusaha menepati lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir, terutama pada malam-malam ganjil. Bila dirasakan menepati lailatul qadar hendaklah lebih giat

beribadah dan membaca : Yaa Allah Engkaulah pengampun, suka kepada keampunan maka ampunilah aku. ( dalil : 25 dan 26 )

 

6. Mengerjakan i’tikaf pada sepuluh malam terakhir. (dalil : 27 )

Cara i’tikaf :

a. Setelah shalat Shubuh lalu masuk ke tempat i’tikaf di masjid. ( dalil 28 )

b. Tidak keluar dari tempat i’tikaf kecuali ada keperluan yang mendesak. ( dalil : 29 )

c. Tidak mencampuri istri dimasa i’tikaf. ( dalil : 30)

 

7. Mengerjakan umrah. ( dalil : 33 dan 34 )

 

8. Menjauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran. (dalil : 31 dan 32 )

 

Maraji’ (Daftar Pustaka):

 

1. Al-Qur’anul Kariem

2. Tafsir Aththabariy.

3. Tafsir Ibnu Katsier.

4. Irwaa-Ul Ghaliel, Nashiruddin Al-Albani.

5. Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq.

6. Tamaamul Minnah, Nashiruddin Al-Albani.

Ucapan Dato’ Sri Najib Tun Razak Mengenai 1Malaysia(Bahagian 2 – Ketabahan)

Ogos 20, 2009

Ucapan Dato’ Sri Najib Tun Razak Mengenai 1Malaysia(Bahagian 2 – Ketabahan)

Labels: Ketabahan

Saya percaya bahawa nilai utama 1 Malaysia yang seterusnya merupakan tulang belakang bagi semua negara yang pernah berjaya mengatasi zaman-zaman yang mencabar dalam sejarah mereka. Maka, pengertian nilai ketabahan sebagai satu nilai yang wajib dipupuk dan dibentuk oleh setiap rakyat Malaysia itu sangat dalam, terutamanya dalam tempoh waktu ini.

KETABAHAN

Kehidupan bukan semuanya mudah. Sebarang tanggapan bahawa kehidupan adalah lakaran lurus yang sentiasa mendaki tanpa penghujungnya pada saya adalah suatu salah anggapan. Seseorang itu hendaklah menerima kehidupan sebagai satu siri naik dan turun. Tetapi jika anda adalah seorang yang percaya kepada kerja keras, sepenuhnya berdedikasi, dan jika anda tabah menghadapi segala dugaan, maka apabila anda berhadapan dengan sebarang rintangan, semestinya anda akan berupaya mengharungi rintangan yang dihadapi dan berupaya meletakkan diri anda ke pangkal jalan, anda perlu menghargai dan memahami bahawa ada masa-masanya kesukaran perlu dihadapi. Begitu jugalah Malaysia sebagai sebuah negara, kita telah berhadapan dengan berbagai krisis sebelum ini, sama ada krisis kewangan, menentang komunis atau berhadapan dengan waktu-waktu bergolak di dalam sejarah kita. Namun pada setiap keadaan kita telah berjaya mengharungi krisis tersebut dan menjadi lebih kuat sebagai sebuah negara. Tetapi semua itu telah dicapai kerana kita telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada permasalahan tersebut. Kita telah berkerja dengan gigih dan sentiasa menghadapi rintangan dengan ketabahan dan akhirnya membuktikan bahawa para pewaham kita adalah salah.

Tentang ketabahan mengharungi perubahan peribadi

Disepanjang kehidupan saya, saya sentiasa perlu berusaha lebih daripada biasa demi membuktikan kemampuan diri kerana saya tidak mahu orang lain memandang kepada saya dan berkata “dia berada di situ kerana nama, atau nama keluarganya melonjakkannya ke situ”. Benar, saya memiliki kelebihan tersebut, namun pada masa yang sama ia seakan satu bebanan kerana anda perlu sentiasa membuktikan bahawa anda wajar mendapat semua itu. Malah saya sentiasa menyedari bahawa saya perlu menunjukkan saya mampu melakukannya, dan melakukannya dengan baik. Dan dalam hal kekecewaan peribadi, rasa saya yang paling memilukan dalam ingatan adalah kekecewaan politik yang saya alami di kawasan saya sendiri pada 1999, apabila saya menang tipis dengan majoriti yang sangat kecil iaitu 241.

Pada masa itu, ramai yang berkata tidak lama lagi saya akan menjadi sejarah, dan lebih daripada itu sebahagian daripada mereka mencadangkan supaya saya bertukar kawasan. Tetapi saya kekal berpendirian teguh dan menyatakan pada diri sendiri walau apa sekali pun saya akan terus berjuang. Jika saya perlu jatuh rebah, saya akan rebah dalam perjuangan. Dan saya menyatakan pada diri sendiri saya boleh membuktikan bahawa para pewaham adalah silap dan nah, lihatlah, dalam jangka masa 4 tahun, majoriti yang kecil, majoriti tipis 241 telah dijelmakan kepada majoriti besar berjumlah 22,922 dan sebagaimana yang anda ketahui, pada Pilihan Raya Umum yang lepas saya mencapai kejayaan terbaik dari segi majoriti BN untuk sebarang kawasan pemilihan Parlimen apabila saya berjaya meraih 26,464. Itulah saiz majoriti yang saya perolehi. Tetapi saya tidak fikir mampu mendapat majoriti sebegitu besar jika tidak kerana kekecewaan pada 1999. Apabila mengalami kekecewaan tersebut, saya menyedari perlunya melakukan lebih lagi. Saya perlu menjadi lebih kreatif serta perlu membawa pendekatan yang berbeza, dan semua itu telah menghasilkan perubahan dan peningkatan tersebut, peningkatan besar yang menakjubkan.

Ucapan Dato’ Sri Najib Tun Razak Mengenai 1Malaysia(Bahagian 1 – Budaya Kecemerlangan)

Ogos 19, 2009

 

Ucapan Dato’ Sri Najib Tun Razak Mengenai 1Malaysia(Bahagian 1 – Budaya Kecemerlangan)

Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, saya dapati reaksi bersemangat dari pihak awam mengenai konsep 1 Malaysia amat menggalakkan. Sambil kita terus bergiat dan menggandakan usaha untuk memperbaiki segala tindakan dan proses dalam kerajaan, perlu saya tekankan satu lagi ciri utama dalam memastikan kejayaan kita iaitu nilai-nilai yang perlu diterap bagi melengkapkan usaha-usaha tersebut. Memang benar, tindakan itu lebih dalam kesannya dari kata-kata sahaja.

Saya telah mengenalpasti sebanyak lapan nilai yang tidak saling eksklusif yang saya percaya adalah penting untuk kita semua. Diharap anda semua terus mengunjungi lawan web peribadi saya di mana saya akan memperkenalkan setiap nilai secara berperingkat sepanjang bulan ini. Semoga nilai-nilai ini dalam dipupuk dalam jiwa kita semua. Sila terus berkongsi pandangan dan kritikan membina anda; inilah tanda yang jelas bahawa momentum dialog kita sedang meningkat.

BUDAYA KECEMERLANGAN

Saya benar-benar percaya bahawa demi mengubah Malaysia dan membawa Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian yang lebih tinggi, satu nilai yang melungkungi nilai-nilai lain yang akan memastikan Malaysia menuju trajektori yang betul ialah untuk kita menanamkan Budaya Kecemerlangan. Ini kerana jika anda mempunyai satu set nilai-nilai yang menandakan anda mempraktikkan Budaya Kecemerlangan, segalanya akan berkembang dan beralir dari Budaya tersebut.

Secara dasar, ianya satu usaha berterusan. Namun anda perlu menjanakan perkara-perkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan dengan lebih banyak prinsip meritokrasi. Dari situ, anda akan menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut kepada Budaaya Kecemerlangan.

Berkenaan aspek-aspek Budaya Kecemerlangan

Saya rasakan kita perlu mengenalpasti subset-subset yang berkaitan dengan Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, bagi dikenali sebagai sebuah masyarakat yang percaya kepada prinsip ketepatan. Ianya satu subset Budaya Kecemerlangan. Dalam erti kata lain, anda mementingkan ketepatan. Ketepatan dari segi pengukuran, dari segi menguruskan masa, dari segi jadual penyampaian, dari segi kualiti. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk yang datang dari Malaysia, setiap perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.

Saya harap dapat memberi penekanan kepada kepimpinan berasaskan prestasi. Dalam erti kata lain, jika anda mahu mengubah Malaysia, perubahan mestilah berteraskan kepimpinan yang berasaskan prestasi. Ini bermakna anda mempunyai matlamat-matlamat khusus, dan prestasi anda boleh diukur. Anda boleh mengawas, anda boleh memantau, anda boleh mengambil tindakan pembetulan. Anda boleh juga membuat sebarang perubahan jika perlu. Tetapi ianya penting untuk kita merasakan bahawa kita sedang mengalami kemajuan, bahawa kita semakin maju.

Maksud saya, pengertian waktu, ‘waktu Malaysia’, yang sering dijadikan bahan jenaka orang ramai. Tentang menjaga masa, ketepatan masa dalam apa jua yang anda lakukan. Saya rasa ianya satu perkara yang boleh difahami semua orang dan dilihat dalam gaya hidup semua rakyat Malaysia. Ini antara perkara-perkara yang kita boleh ketengahkan, mengingkatkan kesedaran untuk merubah di mana perlu. Dan dari segi cara untuk membatinkan perubahan ini, contohnya, pernyataan seperti ‘lebih kurang’ – ia sepatutnya tidak wujud lagi dalam leksikon perkataan-perkataan yang kita gunapakai seharian. Kita perlu lebih tepat dalam setiap perbuatan, pertuturan, dalam apa sahaja yang ingin dicapai.

Tentang mempelajari Budaya Kecemerlangan

Arwah ayahanda saya seorang ahli motivasi, biarpun saya tidak menyedari hakikat itu pada awalnya. Tetapi secara halus, beliau menerapkan dalam jiwa kami satu keinginan untuk berjaya dan menjadi yang terbaik di kalangan rakan seperjuangan, contohnya di dalam bilik darjah. Arwah mendirikan satu skim ganjaran, sejumlah wang yang kecil. Jumlahnya tidak lumayan, hanya sedikit wang yang akan dihadiahkan jika kami berjaya menduduki tempat pertama di dalam mana-mana ujian atau peperiksaan. Ianya bukan tentang ganjaran wang, tetapi jelas kegembiraan yang beliau rasai bila anda menjadi pelajar terbaik di dalam kelas, dan kekecewaan di riak wajahnya jika anda tidak berjaya. Itulah titik tolak dalam hidup saya untuk menyedari betapa pentingnya untuk berjaya dan berusaha dengan gigih dalam segala perbuatan.

Perdana Menteri Malaysia Keenam

Ogos 19, 2009

 

Perdana Menteri Malaysia Keenam

Labels:


YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai, 1953) merupakan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein.

Keluarga

Isteri keduanya ialah Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat tiga anak lelaki, Nizar (lahir 1978), Nazifuddin dan Norashman, dan dua anak perempuan, Puteri Norlisa dan Nooryana Narjawa. Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar merupakan isteri pertamanya dan mendapat 3 anak.

Pendidikan

Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Kerjaya Politik

Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:

  • 1978-1980 – Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
  • 1980-1981 – Timbalan Menteri Pendidikan
  • 1981-1982 – Timbalan Menteri Kewangan
  • 1982-1986 – Menteri Besar Pahang
  • 1986-1987 – Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
  • 1990-1995, 1999-2008 – Menteri Pertahanan
  • 1995-1999 – Menteri Pendidikan

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.