GENERASI BARU UMNO : PERUBAHAN PERLU BERMULA DARI UMNO BAHAGIAN BAGI MENGEKALKAN BISA KERIS KERAMAT UMNO 1MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia

DSC02305

Sebagai generasi baru Ahli UMNO yang ingin melihat KUASA untuk membangunkan negara 1Malaysia terus bertakhta dan berbisa serta diterima rakyat dengan mengutamakan pembangunan didahulukan dan mencipta rekod pencapaian diutamakan. Saya sebagai generasi baru UMNO ingin melihat UMNO untuk terus memerintah dan mentadbir kerajaan menuju kegemilangan bagi membangunkan negara Malaysia yang maju setanding dengan negara-negara lain di dunia.

Persoalannya Sampai bila UMNO boleh pulih dari kemelut bergaduh,bertikam lidah,bermasam muka,berhati busuk,berdendam dan tidak memandang dengan kedua-dua mata hanya semata-mata demi kepentingan jawatan dalam parti UMNO. Saya amat merasai luka yang ada pada UMNO masih lagi berdarah sehingga kini walaupun sudah 100 hari pentadbiran kerajaan UMNO. Saya tidak mahu kendiri ini dibesarkan dalam UMNO sebagai generasi baru UMNO yang di ajar untuk bergaduh,bermasam muka dan tidak  ada nilai-nilai murni sehingga Ahli-Ahli sesama Ahli-Ahli bergaduh,berpuak-puak dan hanya mementingkan perkauman dan permusuhan. Saya tidak hairan jika sebelum ini wujud pergaduhan antara pemimpin-pemimpin UMNO kerana gila kepada kuasa yang dikatakan sebagai SAKTI AJAIB untuk mendapat tawaran sebagai WAKIL RAKYAT.

Pemilihan UMNO yang telah lalu sudah suram dibawah fajar yang menyingsing tetapi masih lagi terang bah matahari ditengah hari. Ahli UMNO perlu sayang kepada PARTI UMNO sebagai parti keramat orang melayu yang berjuang untuk membela rakyat,pencetus perpaduan,membentangkan tikar kedamaian,keamanan dan kesejahteraan 1Malaysia. Jangan kita mudah lupa apabila kita sudah berkuasa memegang keris UMNO di mana-mana jua Bahagian. Saya amat sayang dengan keris UMNO yang menjadi lambang kekuatan Bangsa Melayu sehingga gemilang mewujudkan PERPADUAN 1MALAYSIA. Saya amat HORMAT UMNO yang menjadi pejuang KEMERDEKAAN negara. Saya mengalirkan air mata bukan kerana sedih atau hiba tetapi pengorbanan pejuang-pejuang yang menuntut kemerdekaan demi HAK TANAH AIR TERCINTA ini. Kalau bukan PARTI KERAMAT UMNO saya pasti saya tidak sebahagia ini, boleh melayari internet dengan tenang,tiada gangguan,bebas berjalan,tenang,aman,selamat dan makmur.

Mengapa masih wujud permusuhan dalaman? adalah sudah lupa dengan KERIS Pusaka UMNO ? Saya ingin melihat PARTI UMNO sebagai parti yang di KAGUMI,DIHORMATI,DIRESTUI PEJUANG KERIS UMNO,DI HORMATI RAKYAT DAN DAN AMAT DI SAYANGI DAN DI TERIMA OLEH SEMUA LAPISAN RAKYAT YANG BERBILANG KAUM,AGAMA,DAN BANGSA demi kesinambungan generasi 1MALAYSIA.

DSC02321DSC02281

Hari ini generasi Baru UMNO ingin mencadangkan agar kajian semula dengan sistem pemilihan peringkat BAHAGIAN UMNO yang menjadi dalang perpecahan dikalangan ahli-ahli UMNO, Hari ini generasi Baru UMNO ingin mencadangkan agar kajian semula tentang pemilihan yang diamalkan selama ini banyak mengundang permusuhan dikaji. Saya menganalisis PERPECAHAN selepas pemilihan amat ketara sekali sehingga pihak-pihak lain mengambil kesempatan di atas kelemahan yang masih berdarah dikalangan UMNO ini. Antaranya ;

1. Pemilihan peringkat Bahagian UMNO menimbulkan kepada pelbagai puak dan kumpulan mengikut Ketua Bahagian yang bertanding. Keadaan ini telah menjadi satu budaya dan penyakit bukan hanya kepada yang bertanding malahan kepada ahli-ahli turut sama berpuak-puak.

2. Setelah selesai pemilihan Bahagian UMNO Pemimpin yang kalah dalam pertandingan disisihkan dari kumpulan Bahagian UMNO tanpa melihat dengan kedua-dua mata. Ini adalah satu penyakit dan bolehlah dikatakan buta sejarah tentang KERIS PERJUANGAN UMNO. Sepatutnya jika Ketua Bahagian UMNO memenangi mana-mana Bahgian calon-calon yang kalah terutama dikalangan Yang Berhormat tidak dipinggirkan. Sepatutnya di beri jawatan dalam Bahagian UMNO sebagai lambang PERPADUAN KERIS PERUANGAN UMNO. Kajian perlu di buat peringkat Bahagian agar Mana-mana Yang Berhormat yang bertanding dalam Bahagian UMNO yang kalah agar di beri KUASA secara AUTOMATIK dalam Jawatankuasa Bahagian UMNO sebaris dengan KETUA BAHAGIAN agar tidak wujud lagi perpecahan di peringkat Bahagian.

3. JKKK/Ketua Cawangan UMNO yang wujud hari ini perlu dikaji semula. Pemilihan dan perlantikan mereka tidak boleh diserah kepada Ketua Bahagian atau ADUN. Saya mengkaji wujud jawatan ini amat baik untuk pembangunan kawasan-kawasan kampung namun cara pemilihan jawatan ini perlu dirombak semula dengan penilaian pemilihan jawatan ini melalui SISTEM MERIT dan kelulusan kepada kepimpinan peringkat kampung. Negara telah merdeka lebih 50 tahun namun masih lagi terdapat pemimpin peringkat kampung yang dipilih berdasarkan perjuangan kumpulan Bahagian UMNO yang menang. Saya mengkaji sebahagian JKKK / Ketua Cawangan  adalah dikalangan Ahli UMNO yang tidak mempunyai pendidikan. Keadaan ini amat BERBAHAYA kerana mereka hanya menjadi pengikut kumpulan yang menang Bahagian UMNO sahaja sedangkan tugas dan tanggungjawab mereka untuk membangunkan kampung-kampung. Sudah tiba masanya kajian semula dengan meletakkan calon JKKK / KETUA BAHAGIAN UMNO dikalangan golongan berpendidikan dengan pemilihan diletakkan di bawah kuasa KEPIMPINAN UMNO PUSAT. Saya mencadangkan wujudkan Jawatankuasa Khas Kakitangan UMNO Malaysia ( JKKUM ) yang bertanggungjawab untuk menemuduga bagi jawatan ini. Jika wujud JKKUM ini saya yakin tidak wujud lagi JKKK / Ketua cawangan yang suka berkelompok,berpura-pura dan lupa pada perjuangan KERIS KERAMAT UMNO.

 

Setakat ini sahaja pandangan saya, sebagai GENERASI BARU UMNO yang SAYANG KERIS PEJUANG UMNO berharap masalah dalam parti peringkat Bahagian UMNO diselesaikan sepantas KILAT yang melibatkan JKKUM  1MALAYSIA.

 

 ” GENERASI BARU UMNO PEMBELA KERIS KERAMAT UMNO ”

 KERIS 1

Penganalsis SilamGemilang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: