Umno Pulau Pinang Pilih Calon Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir

Umno Pulau Pinang Pilih Calon Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi memilih calon yang sesuai untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Permatang Pasir.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon yang dipilih perlu diterima oleh kebanyakan masyarakat dan bukannya hanya oleh pemegang jawatan dalam Umno bahagian, Pemuda, Wanita atau Puteri.

“Jika calon itu popular… sesuai dengan kehendak rakyat yang boleh mewakili rakyat dan diterima oleh pemimpin di peringkat negeri dan peringkat pusat, Insya-Allah saya akan kemukakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden Umno) yang akan mendapatkan persetujuan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno,” katanya selepas merasmikan Kursus Pidato Politik di sini Sabtu.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS semalam, kerana sakit jantung di Institut Jantung Negara.

Sementara itu, PAS dijangka mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir minggu depan.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa PAS pusat dalam masa terdekat.

“Itu (pengumuman calon) akan diputuskan oleh jawatankuasa (PAS) pusat dan kita akan bawa (keputusan) pada mesyuarat tertinggi pakatan pembangkang nanti,” katanya ketika dihubungi.

Salahuddin, yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata kematian wakil rakyat PAS itu merupakan satu kehilangan besar kepada parti.

Beliau turut berharap Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calonnya seperti yang dilakukan parti itu pada pilihan raya kecil DUN Penanti 31 Mei lepas.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Mohd Hamdan yang menjadi wakil rakyat Permatang Pasir selama tiga penggal mulai tahun 1999, memperoleh 11,004 undi menewaskan calon BN Ahmad Sahar Shuib yang mendapat 5,571 undi dengan majoriti 5,433 undi.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir dijangka diumum selewat-lewatnya 10 Ogos.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: