Lambang Komitmen

Lambang Komitmen
Saturday, 01 August 2009

 COPY DARI BLOG 1MALAYSIA

Y.A.B DATO’ SERI HJ. MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Mungkin anda sedari sejak beberapa bulan kebelakangan ini terdapat banyak syarikat tempatan yang terkenal di negara ini telah memperkenalkan di dalam kempen pengiklanan mereka logo yang hampir serupa dengan logo 1Malaysia, seperti mana yang anda boleh lihat di laman web saya. Semua ini merupakan usaha sukarela dan keprihatinan yang diperlihatkan oleh banyak GLC dan syarikat-syarikat tempatan untuk menyatakan sokongan mereka terhadap konsep dan prinsip-prinsip 1Malaysia yang mendukung “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sungguhpun logo tersebut mencerminkan harapan dan seruan supaya Malaysia bersatu berasaskan prinsip-prinsipnya, saya juga telah menyatakan bahawa logo ini menjangkau lebih daripada satu konsep, yang diperlihatkan melalui kempen-kempen strategik yang menepati sasaran  “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Angka ‘1’ tersebut boleh membawa pelbagai maksud, antaranya; yang terbaik, teratas, dan keunikan dan komitmen terhadap masa.

Tidak lama lagi anda akan melihat logo ini – dalam pelbagai manifestasinya – dijelmakan dengan lebih kerap lagi oleh syarikat-syarikat ini.  Kepada anda ia bermakna : di mana saja logo ini terdapat, anda dijamin usaha terbaik syarikat-syarikat ini sejajar dengan prinsip ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Tidak kira sama ada anda sedang beratur untuk membayar bil atau menyerahkan borang permohonan, logo ini akan menjadi jaminan bahawa keperluan anda akan dilayani dengan pantas dan berkesan, dalam semangat “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Tidak lama lagi, beberapa kementerian yang telah dikenal pasti akan memulakan pelaksanaan perintis perkhidmatan awam berdasarkan prinsip yang sama. Pencapaian kementerian-kementerian ini di sektor-sektor utama awam akan dipantau untuk memastikan kejayaan pelaksanaannya. Setelah berjaya mencapai hasil yang diharapkan dari segi peningkatan tahap perkhidmatan, kerajaan berhasrat untuk memulakan sistem perkhidmatan ini pada skala yang lebih besar.

Semua entiti, sama ada kementerian, agensi, sektor swasta mahu pun institusi pelajaran dipelawa untuk menggunakan logo ini sebagai satu komitmen penyampaian. Harapan saya hanyalah satu agar ia digunakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan komitmen ini dipenuhi. Dengan menggunakan logo ini anda telah menerima akauntabiliti, dan menerima respons yang membina daripada mereka yang telah anda berikan perkhidmatan.

Saya percaya bahawa prinsip ini tidak lagi terletak di dalam lingkungan pentadbiran,  tetapi untuk digunakan oleh semua organisasi di Malaysia sebagai faktor  penting ke arah membina satu budaya prestasi tinggi. Oleh itu, saya mempelawa anda untuk menggunakan logo ini berdasarkan semangat yang sama – untuk berkembang menjadi sebuah negara yang dibekali kuasa oleh keinginan untuk melakukan sebaik kemampuan yang ada, demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia.

Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang logo ini di sini. Anda juga boleh menghubungi pejabat saya untuk maklumat lanjut berkenaan pengunaan logo.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: