SURAU ROSAK TERUK AKIBAT POKOK TUMBANG DI AIR TERJUN MADAI, KUNAK P188 SILAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia,

Perjalanan Yang Berhormat Kolonel (K) Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan UPF PBB kesatu majlis Perasmian Penutup Kursus Pelan Tindakan Desa dan Institut Masjid anjuran INFRA awal-awal pagi lebih kurang jam 7.20 pagi telah singgah sebentar ke Air Terjun Madai melihat sendiri kejadian Surau rosak teruk akibat pokok tumbang. Berdasarkan temubual dengan peniaga dan penjaga di situ mereka berkata kejadian berlaku semalam jam lebih kurang 1.30 malam, angin yang bertiup kencang sehingga menyebabkan 2 pokok tumbang.

Awal-awal pagi lagi YB. Salleh meninjau surau yang dihempap  pokok besar..

Awal-awal pagi lagi YB. Salleh meninjau surau yang dihempap pokok besar..

Kejadian ini merupakan kuasa Allah SWT, yang memberi isyarat kepada manusia agar sentiasa tawaduk,insaf,sedar dan muhasabah diri bahawa sekuat mana pun pokok ini berdiri atas sokongan akar-akarnya jika Allah SWT hendak menguji pasti pokok akan tumbang. Ini pula pokok sedangkan banyak lagi ujian yang berlaku sekarang seperti H1N1,Tsunami,Kemiskinan,Gerhana,Gunung Berapi dan lain-lain lagi.

Luar biasa, beginilah jika Allah SWT hendak memperingati manusia agar mengimarahkan masjid/surau sebagai tempat ibadah

Luar biasa, beginilah jika Allah SWT hendak memperingati manusia agar mengimarahkan masjid/surau sebagai tempat ibadah

Masjid/surau perlu diperkasa dengan penglibatan masyarakat setempat khususnya di kampung masing-masing. Peranan ini perlu dimainkan oleh Pengerusi Masjid dan AJK sebagai penggerak utama di kampung. Kehadiran masyarakat untuk menunaikan sembahyang/solat di masijd amat berkurangan dan masih menjadi 1 budaya masyarakat Islam khususnya di kampung-kampung. Persoalannya siapa yang harus dipersalahkan? Apakah kekurangan masjid sehingga tidak ada inisiatif untuk membangunkan masjid sebagai institut masjid yang aktif ( mesyuarat,riadah,tamu niaga,konsep himpun belia dan lain-lain lagi)

DSCN3462DSCN3463DSCN3464

 

 

 

 

 

DSCN3461

Pengajaran yang boleh disimpulkan kesan pokok yang kukuk dan kuat akhirnya tumbang dan rebah jatuh ke tanah jua. Orang yang kaya,kuat,merasa diri hebat,sombong,bongkak,takabur dan memandang rendah golongan bawahan dan miskin bila-bila akan jatuh tersungkur jika Allah SWT kehendaki. Maka dengan itu sedarlah apa yang ada pada diri kita adalah PINJAMAN…guna baik-baik untuk menabur bakti,mewujud perpaduan,satukan umat Islam dan jika diri sudah ada pangkat,kedudukan..jangan lupa kedudukan itu hanya sekadar pinjaman…guna untuk bantu rakyat,wujud perpaduan,rapatkan ukhwah. Jarang orang mengejar kebaikan tetapi ramai orang mengejar kejahatan dan permusuhan. Siapa yang RELA menjadi KAWAN kepada pihak lawan? Jika kita dihina,difitnah,dipukul,dicaci maki oleh orang yang benci dengan kita….kita tidak perlu rasa takut,sedih,marah,dendam,geram tetapi kita perlu bersifat tenang,bahagia,sabar dan semakin tawaduk kepada Allah SWT. Jika ada orang benci pada diri kita, kita doakan semoga hidupnya mendapat rahmat Allah SWT. Jika seseorang itu benci pada kita sehingga kita sendiri terluka,menangis,pedih dan amat merasai derita kesan kejahatan seseorang …pertama YAKIN pada Allah SWT…Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Allah…Kepada Allah sahaja tempat memohon perlindungan semoga kejahatan yang dibuat-buat oleh orang-orang tertentu di balas semula….YAKIN DAN SABAR sahaja….INSYALLAH….suatu hari nanti…kalau bukan hari ini esok dan akan datang kita akan melihat orang itu akan mendapat penghinaan yang lebih teruk sekali daripada balasan Allah SWT.

Sempena Bulan MERDEKA ini saya ucap selamat menyambut Bulan Merdeka dan selamat menyambut Bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Sekian, terima kasih..

 

“Transformasi Takwa Merencana 1Belia Gemilang”

Penganalisis SilamGemilang

Pengerusi Persatuan 1Belia Gemilang

Lahad Datu, Sabah

Satu Respons to “SURAU ROSAK TERUK AKIBAT POKOK TUMBANG DI AIR TERJUN MADAI, KUNAK P188 SILAM”

  1. DieNull Says:

    9. Jika dua golongan orang-orang mukmin bergaduh, betulkanlah antara mereka; kemudian, jika satu daripada mereka angkuh terhadap yang lain, perangilah yang angkuh, sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika ia kembali maka betulkanlah antara mereka dengan adil, dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.
    10. Sesungguhnya orang-orang mukmin bersaudara; maka betulkanlah antara dua saudara kamu, dan takutilah Allah supaya kamu dikasihani.
    11. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan sesama sendiri, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.
    12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan janganlah mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.
    13. Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.
    17. Mereka mengiranya sebagai satu budi baik kepada kamu bahawa mereka telah tunduk patuh! Katakanlah, “Janganlah kamu mengira bahawa keislaman kamu adalah sebagai satu budi baik kepadaku; tidak, tetapi Allah berbudi baik kepada kamu, dengan Dia memberi kamu petunjuk pada keimanan, jika sekiranya kamu orang-orang yang benar.
    18. Sesungguhnya Allah mengetahui keghaiban di langit dan bumi; dan Allah melihat apa yang kamu buat.

    (al-hujurat)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: