SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 45 TAHUN : YB. KOLONEL (K) TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KABI, AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM, DUTA KEAMANAN UPF PBB

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,PERPADUAN, SALAM 1SILAM 1MALAYSIA

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT, Selawat Ke atas Junjunganh Nabi Muhammad SAW, para sahabat muslimin dan muslimat. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyidin Bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Bin Aman, Ketua Menteri Sabah, Menteri-Menteri Kabinet Persekutuan dan Negeri,sahabat Parlimen Malaysia,Duta-Duta,Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati.

1SILAM 1malaysia kini copy

Yang Berhormat Kolonel (K) Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan UPF PBB. Sejarah yang terukir pada tarikh 10hb / Ogos / 2009 bersamaan hari Isnin menandakan umur Yang Berhormat kini mencecah 45 tahun. Setiap detik masa yang bergerak,berputar mengikut arus pusingan jam setiap itulah perjuangan terus dicurahkan untuk rakyat khususnya di 1SILAM dan peranan yang dimainkan peringkat negeri Sabah di Parlimen Malaysia turut merencana satu deminsi baru yang berkarisma,berwawasan jauh kehadapan sehingga Sabah dan Sarawak hatta Semenanjung menerima kesan positif dengan ucapan semasa berada di Parlimen Malaysia.

Berdasarkan kajian penganalisis SilamGemilang terhadap kehebatan berucap yang bernas,berkarisma,visi,misi,wawasan dan demi kepentingan rakyat 1Malaysia, Yang Berhormat Tuan Haji Salleh memiliki IDENTITI TERSENDIRI sehingga terkenal sebagai anak muda baru yang membela rakyat 1Malaysia. Mungkin apa yang saya katakan banyak persoalan namun hakikat mendahului persoalan. Tepuk-tepuk kendiri tanya minda?

Perjuangan Yang Berhormat Tuan Haji Salleh membawa perubahan khususnya di Kunak,Lahad Datu dan Tungku yang terletak di Parlimen P188 Silam telah mengangkat dan mengharumkan nama Silam bukan sahaja di 1Malaysia malahan di pentas dunia. Rakyat amat bersyukur kerajaan Malaysia telah meluluskan Zon Akuakultur Negara Parlimen Silam yang berpotensi sebagai industri baru dalam memperkayakan Rakyat Silam. Kehebatan Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bagi meyakinkan kerajaan potensi Silam sebagai Zon Akuakultur Negara akhirnya menjadi kenyataan. Dalam tempoh terdekat ini Silam akan hebat sebagai Pusat Akuakultur Negara apabila terlaksananya Pusat Industri Akuakultur Negara yang dirancang pembinaanya di kawasan DEWATA, Lahad Datu, P188 Silam. Setakat ini pembinaan masih lagi tergendala kerana masalah penyelesaian TANAH yang masih dalam kajian. Namun demikian, tapak di kawasan Kunak, P188 Silam perlu difikirkan sebagai penempatan Pusat Industri Akuakultur Negara jika masalah BIROKRASI masih menjadi persoalan walaupun kerajaan Malaysia telah MELULUSKAN.

Kepantasan budaya kerja dan kelajuan minda berfikir Yang Berhormat Tuan Haji Salleh telah meletakkan P188 Silam sebagai BANDAR PELANCONGAN yang kaya dengan destinasi yang belum di komersialkan,belum dipromosikan. Sudah tiba masanya P188 Silam diiktiraf sebagai Bandar Pelancongan NEGARA MALAYSIA yang selama ini tersimpan dalam buku sahaja tetapi tidak dipromosikan. Peranan Kementerian Pelancongan,NGO,Kerajaan Persekutuan dan Negeri BERSEPADU menggemilangkan P188 SILAM sebagi salah satu lagi destinasi pelancongan yang menarik,hebat,kaya sumber alam Hutan Hujan Tropika,Gua Madai Menyimpan berjuta-juta harta,Air Terjun Madai yang menyimpan berbillion kekayaan sumber air indah dan menarik,pokok hutan tropika Madai,Lembah Danum yang menyimpan jutaan HAIWAN pokok  hutan yang terpelihara,Pelancongan Arunji, Pelancongan Pantai Terusan,Pantai Sarina,Telaga Tujuh Sumber sejarah manusia,kuburan purba,larva gunung Berapi sejadi Madai,Bermulanya Islam bertapak di Silam, Keunikan rakyat yang menghuni P188 Silam bermasyarakat ANTARABANGSA,Pelancongan Felda Sahabat dan banyak lagi. Hakikat P188 SILAM yang dikomersilkan sebagai BANDAR PELANCONGAN SILAM adalah tepat pada masanya dan RAKYAT P188 SILAM amat berbangga dan kagum dengan visi dan misi Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi yang MENGANTARABANGSAKAN P188 SILAM sebagai Pusat Destinasi Pelancongan BARU DI 1SABAH dan DI 1MALAYSIA HATTA DI 1DUNIA PENTAS GLOBALISASI.

Saya YAKIN dan PERCAYA rakyat menyokong USAHA YB. Hj. Salleh Hj. Kalbi merekod SILAM yang menyimpan HARTA KARUN BERNILAI TINGGI di NOBATKAN sebagai TAPAK WARISAN BANGSA KITA. Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas dan Tahniah kepada Yang Berhormat Kolonel (K) Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi yang GEMILANG BERKARISMA dan SAYANG RAKYAT BIJAK MEREALISASIKAN KHAZANAH BUMI SILAM UNTUK DI REKOD DALAM BUKU 1 SILAM,1SABAH,1MALAYSIA. Ini terbukti 13 orang Doktor Profesor dari Universiti Kebangsaan Malaysia membuat kajian (PROFER) Program Penyelidikan dan Kajian Bumi P188 SILAM agar mampu berdayasaing dan berdaya maju setanding dengan kawasan Parlimen-Parlimen di Malaysia.

Sebagai bukti kejayaan KAJIAN BANDAR PELANCONGAN SILAM pada bulan Januari 2010 akan bermula akses Pesta Silam yang digabung jalinkan di tiga-tiga kawasan melibatkan Kunak,Tungku dan Lahad Datu di Parlimen P188 Silam.

Kejayaan GEMILANG BERKARISMA Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi telah memantulkan mutiara ilmu yang bermanfaat demi KETERBILANGAN 1SILAM,1SABAH DAN 1MALAYSIA HATTA 1DUNIA DI ERA GLOBALISASI.

 

“Transformasi Silam Gemilang Menjulang Namamu 1Malaysia”

Penganalisis SilamGemilang

Pengerusi Persatuan 1Belia Gemilang

Lahad Datu,P188 Silam

Tinggalkan komen